© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, July 01, 2011

sebab-sebab pengharaman BERSIH


BERSIH 2.0 HARAM kerana sebab-sebab seperti berikut:


1. BERSIH mahu bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.


ALASAN ---- Mana boleh buang hantu. Hantu takde, siapa nak undi nanti?


2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.


ALASAN ---- Isq cakap pulak bab reformasi. Hangin betul dengar perkataan reformasi ni. mesti ada kaitan dengan Anwar Ibrahim!


3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.


ALASAN ---- Aiiyaaa.. undi mesti banyak!


4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.


ALASAN ---- Ini risiko besar beb!


5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.


ALASAN ---- Seperti biasa, sekali lagi ingin mengingatkan memang melayu betullah, melayu mudah lupa!, bahawa sesungguhnya tiada keadilan di dunia ini Malaysia, yang ada hanyalah Parti KeADILan.


6. Kukuhkan institusi awam

•Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

-Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

-Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

-Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

-Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.


ALASAN ---- Alasan yang sama seperti di atas, dan di atas-atas.


7. Hentikan rasuah

•Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

•Pembelian undi harus dihentikan!

•Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.


ALASAN ---- You help me I help you lah!


8. Hentikan politik kotor

•BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


ALASAN ---- Puak-puak BERSIH ni takde bende lain ke nak mintak? Mintaklah harga mintak naik lagi ke, subsidi dikurangkan ke.. Ni asyik-asyik mintak benda yang susah dan tak BEST loh. Lagi tak boleh tahan, dia nak suruh berhenti maen KOTOR. ♩♪Hey Pembangkang mari dengar sini! Berapa kali mahu dibilang lagi?♫♪ alamak, termenyanyi rentak lagu Senyum pulak.


KETUA ALASAN ---- DIRTY people always think DIRTY loh. Tak layan BERSIH2!

10 comments:

Cikli said...

depa tak nak dakwat kekal takut mandi wajib tak rata...
ustazah tolong jelaskan.

Puteri said...

cikli,

haha.. ni mesti depa xbaca keputusan majlis Fatwa ni..

xpe2.. petikan:

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kaedah penggunaan tanda dakwat pada jari yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihanraya umum dibolehkan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, hasil analisis sampel dakwat oleh sepasukan pakar dari Jabatan Kimia dan Bahagian Proses Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati dakwat tersebut tidak mengandungi sebarang unsur najis. Beliau berkata, dakwat yang tidak dapat dipadamkan itu juga bersifat telap air dan tidak mendatangkan sebarang mudarat sekiranya dicelup pada tangan atau kuku.

“Dakwat itu tidak membabitkan hukum atau fatwa baru tetapi kita melihat dari segi sama ada ia boleh menghalang umat Islam daripada mengambil wuduk."

‘‘Jadi terpulang kepada SPR untuk menggunakan dakwat itu dalam pilihan raya kerana hasil analisis sampel dakwat yang dibentangkan kepada kita menunjukkan tiada sebarang halangan dan keraguan dari segi hukum,” kata Abdul Shukor kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Khas Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai penggunaan dakwat itu di sini hari ini.

Dalam bab seumpama ini, setelah diyakini ia : -
a) tiada unsur najis
b) tidak mengganggu wudhu
c) dapat memberikan sedikit jaminan tambahan kepada keadilan dalam proses pilihanraya.

sumber : http://mppmj.org/?p=43

Kamal Sanusi said...

I would agree with Ketua Alasan that Dirty People Always Think Dirty.

Why can't SPR just accept the proposal from Bersih 2.0 and make an empty promise that they will look into the matter rather than giving 1001 kind of inconsistent retaliation statements which clearly show that they are being "lembu" by KERAjaan.

And the best part of it, those Perkasa & Pemuda United Malays No Otak are indirectly given permission to organize their rallies on the same date without any provocation by the Polis.

The worst part is Majlis Fatwa Kebangsaan say it is HARAM to join Bersih 2.0 rally. What kind of people sitting in this majlis who can issue fatwa for the sake of interest of some party rather than all Muslim.

Puteri said...

Kamal Sanusi,

SPR also under 'their' leg.

'They' said Bersih related to communism, but i see 'they' are the truly communist in Malaysia.

MFK also jaga periuk nasik.
Won't speak the truth = jewish attitude

tehr said...

hari ni tak sempat sapu rumah
alamak... dah tak bersih la pulak
huhu

Nini Hartini said...

Bersih 1.0 dorg x bersedia nk buat kekacauan. jd Bersih 1.0 agak berjaya. Skrg mereka dh bersedia dan pasti mcm2 terjadi 9hb nt. mcm Perh. ISA aritu. hampir2 saya ditangkap. Tp syukur selamat melarikan diri.

Semoga 9hb nt semua dpt pergi dan pulang dgn selamat...

Goodbye Nuffnang
.

Puteri said...

tehr,

haa xpe2..
malam da ni..
esok bersih2kan k?
hehe

Puteri said...

Nini Hartini,

eh nama macm kwn sy la hehe

tu la.. kali ni mesti prncngn diorg gile2 punya jht

Nur Huda Rasidi said...

kite nak bg BERSIH. yg depa suke kotor pehal. pengotoq je. moga ALLAH melindungi niat BERSIH kite. insyaALLAH :)

Puteri said...

Miis Huda,

kan? yang pengotor dibebaskan.
yang Bersih dipenjarakan