© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, July 18, 2011

makcik pun sokong Bersih!

Sabtu lepas setelah tamat program Tamrin Maahadi, saya, Nik Syafawati dan Farhan (junior) singgah makan-makan di sebuah kedai makan, takkan kedai basikal kan? haha warung..

Tengah belek-belek menu yang menarik, datang seorang makcik, pekerja warung tersebut menyapa saya yang ketika itu memakai T-shirt KUNING siap ada tulisan dan lambang BERSIH 2.0!

"Makcik pun kuning jugak" Sapanya. Saya melihat makcik tersebut sambil menghadiahkan senyuman, saya lihat dia memakai apron berwarna kuning.

"Boleh geng la kita, hehe" tambah saya, basa-basi. Orang bilang... orang berbudi kita berbahasa. Ingat tuhh!

Ok.. tamat di situ. saya dan kawan-kawan pun makan.

Nik Syafawati.

nampak tak baju kuning-kuning..?
hik.hik.hik
(ngantuk ke time ni? tak sompat den nak posing!)

Farhan.
Special thanks to this man sebab bayar kitorang punya makan..
wahaa.. best wo! dah la junior kitorang!

Waktu kami dah habis makan, kami borak-borak berkenaan Tamrin Maahadi. Kekurangan, kelemahan yang tidak diutarakan kepada guru-guru, cukuplah urusetia dan fasilitator sahaja yang tahu.

Syok-syok berborak tu, tiba-tiba datang makcik tadi yang berbaju apron kuning, siap bawa pinggan berisi makanan parking sekali kat meja kami. (he.he.he...).. Kemudian berbicara tentang perjuangan, dan pastinya terselit, perjuangan Bersih 2.0.

Sempat Farhan berbisik, "Tu la pakai lagi baju Bersih." Jawab saya, "Ok apa.. haha..".

Kata makcik tersebut, anak-anaknya, adik-beradiknya, saudara-maranya ramai yang join Bersih. Dia juga ingin turut sama namun keadaan menghalangnya. Kata makcik tu lagi, "Makcik akan pergi Bersih 3 (3.0)!". Terbaek lah!

'Makcik ber-apron kuning'.
Lauk pun kuning woo..


"Makcik rasa bangga dengan anak muda zaman sekarang sebab dah bangkit sambung perjuangan yang suatu masa dahulu, hanya dipelopori oleh orang-orang lama. Sykur kini ramai sudah sedar. Insya-Allah lepas ni Johor pulak tumbang, kita ambil balik Terengganu!", kata makcik dengan penuh semangat dan emosi.

Di akhir pertemuan, makcik tu berpesan.. "Daftar mengundi belum? Daftar cepat jangan tak daftar!". "Nanti datanglah lagi (ke warung ni)," tambahnya yang sudah berkhidmat di warung ini lebih 10 tahun.

Ok.. Ni wat tontonan kawan-kawan semua. MESTI TONTON!
TOP #10 Police Brutality.



8 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bila baca Brutality macam mengata gua,bila baca semula baru gua faham

puteri said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o -->>

lu walaupun brutal
tapi dalam hati ada taman

hahaha

yang dalam vid ni brutal
dalam hati agaknya ada padang pasir saja

Cikli said...

dik puteri, macam mengayat brutalsolo je. hehe.
makcik tu the coolest. terbaik.

Tip Blogging Terbaik said...

erm.... isu bersih xsettle2 lagi... sekarang ada iklan kat tv yg peniaga marah sbb xdapat bniaga tu...

sakit hati je tgk... salahkan perhimpunan tu semata-mata... padahal klu ikutkan kalau ia dikendalikan dgn betul... isu ni xde la parah sgt...

tehr said...

dulu marahkan hijau
sekarang kuning pulak

lama2 esok dah tak ada warna apa lagi
huhu

puteri said...

cikli,

oh tidak!
bukan niatku..!!

itu lah pasal..
terbaekk

puteri said...

tips blogginf terbaik -->>

kans..???
tah hape2 ntah

puteri said...

tehr -->>

warna air teh pun kuning kan..??
:D