© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

I'm sorry...

Sometimes, you just have to erase the pictures,
delete the memories and move on.
You don't have to forget what that car was to you.
You just have to accept that it isn't that car anymore...

I'm sorry if I give up but I can't suffer.

#2013-2015 #AkuDiaDanSonata

Thursday, June 11, 2015

Lagu Tanpa Irama

"Hidup tanpa cinta?"
Bagai air tanpa gula
Bak rembulan tanpa kejora
Ibarat pohon tanpa bunga
Umpama dunia tanpa warna
Laksana mentari tanpa cahaya
Seperti aku tanpa Sonata
"Tawar rasanya."
~Nurfatimahz Puteri~

#AkuDiaDanSonata #SonataItuCinta
#11.06.2015

Sunday, May 12, 2013

apa namanya

Ada rindu
Ada yang ditunggu

Ada cinta
Ada yang dipuja

Cemburu
Ya siapa tidak cemburu
Bila dia yang dipuja
Bertemu dengan orang lain?

Dia bertanya, apakah aku cemburu
Sambil menggelengkan kepala
Aku menjawab tidak
Padahal di dalam hati.....

Inginku meluah rasa
Namun aku enggan kecewa
........

Monday, February 04, 2013

Sang Pelangi

Pelangi.. Hadirnya indah dipandang mata. Tatkala ia hilang, hati kecewa kerana belum puas menikmati keindahan yang ada. Namun, bersabarlah. Ada pelangi yang akan muncul lagi selepas teriknya mentari dan suramnya hari.. 

Dan aku menanti pelangi itu.

~Nurfatimahz AKA Puteri~
(04.02.12013 @ 9.55 am)

Monday, April 25, 2011

cintaku



Cintaku kepadamu
tidak membawaku ke mana-mana
tidak menjanjikan ku bahagia

Cintaku kepadamu
tidak bisa mengubah apa-apa
suratan yang telah ditakdirkan

Cintaku kepadamu
tetap utuh hingga kini
walau aku tidak kau cintai

Cintaku kepadamu
hanya akan mati
saat degup nafasku terhenti..


Nota:

FRUST. Asyraf Muslim (Ustaz Amirul) sudah bertunang..
............
..........
.......
sebenarnya tiada kaitan hidup atau mati dengan asyraf muslim
:)

Saturday, December 11, 2010

ingin

Inginku menanam kasih
Namun ku tersisih

Inginku menyemai sayang
Namun ku terbuang

Inginku membaja cinta
Namun ku masih tertanya


Inginku menyubur rindu

Namun ku terus tertunggu

Inginku mekarkan percintaan
Namun tidak kesampaian..

~nurfatimahz AKA puteri~
10/12/2010 @ 11.00 pm

Sunday, December 05, 2010

untukmu

Diamku bukan membisu
Diamku bukan membencimu
Diamku merinduimu
Mencintaimu, Mengasihimu
Mondoakan kejayaanmu
Ketenangan dan kebahagianmu
Dalam hidupmu
Dunia
Akhirat

nurfatimahz AKA puteri
05/12/2010 @ 6.15 PM


Sunday, November 28, 2010

segalanya cinta

Cinta memungkinkan rindu, juga cemburu
Cinta memungkinkan sayang, juga dendam
Cinta memungkinkan harap, juga hampa
Cinta memungkinkan tawa, juga air mata
Cinta memungkinkan indah, juga gundah
Cinta memungkinkan pertemuan, juga perpisahan
Cinta memungkinkan bahagia, juga derita
Cinta memungkinkan segalanya..

Kerana cinta kita bertemu
Kerana cinta kita berpisah
Kerana cinta kita hidup
Kerana cinta kita mati.

~nurfatimahz AKA puteri~
10/06/2010

Tuesday, November 16, 2010

hatimu...



Hati seseorang..
Bolehkah diikat?

Hati seorang lelaki..
Bagaimana mahu mengikat?

Kalaulah ia boleh diikat
Pasti aku tak bisa mengikatnya
Hati itu pasti meronta hingga terputus ikatan
Lalu pergi meninggalkanku
Kerana aku tiada di hati itu..

Kalaulah ia perlu diikat
Aku tidak akan melakukannya
Kerana aku tak mahu hati itu terluka
Hati, tak boleh dipaksa
Dan aku ingin ia hadir secara rela..



**************************************************
NOTE:

Entry sejak dua menjak ini quite feeling,..
I'm so sorry..

Monday, November 15, 2010

mimpi

mimpi
mainan tidurkah?
mainan syaitan?

mimpi oh mimpi
ku tertipu
di siang hari

ku bermimpi
sang pujaan hati
hadir dalam mimpi

mimpi
buatku bahagia
walau ia hanyalah dusta

dalam mimpi
ku merindu
ku terharu

di luar mimpi
ku mengelamun
menyeru namamu..

~ nurfatimahz AKA puteri ~
06/11/2010 @ 5.24 pm

emm,,

MS: berkenaan?
MR: bekenee
MS: berkenan?
MR: kene. nok pn bleh
MS: ha.ha. sy nok ke awk
MR: ho. cntoh ayt cmtu lh
MS: ha.ha. bkn cntoh lh td ha.ha
MR: ayt lgu tu lh haha
MS:
em yelah

[tukar topik..]

MR:
jom tdo
MS: tdo lh
MR: jom
MS: xnk,
MR: jm
MS: xnk. xska kt awk
MR: haha

14/11/2010 @ 10.26 pm

Thursday, November 11, 2010

angin..

angin..
kirimkan dia
sejahtera

angin..
kirimkan dia
bahagia

angin..
kirimkan aku
cinta

angin..
kirimkan aku
dia.

~ nurfatimahz AKA puteri ~
06/11/2010 @ 10.53pm



Sunday, October 24, 2010

fly me away

"Will you fly me away? Take me away with you, My Love"



[ Mood: Addicted with Fly Me Away by Annie Little ]

Silver Moons and paper chains,
Faded maps and shiny things.
You're my favorite one-man show.
A million different ways to go.

Will you fly me away?
Take me away with you,
My love.

Painted scenes, I'm up all night.
Slaying monsters, flying kites.
Speak to me in foreign tongues.
Share your secrets one by one.

Will you fly me away?
Take me away with you,
My love.

Now I cant think what life was like
Before I had you by my side.
Cant say what I'd do without you,
Knowing what its like to have you.

Hidden walk ways back in time.
Endless stories, lovers cry.
In my mind I've been set free.
Will you take this Journey
You and Me?

Will you Fly me away?
Take me away with you,
My love.

Fly me away with you,
My Love.

Take me away with you,
My Love.


[ Lyric Source: elyrics]

Sunday, September 19, 2010

yang tak terungkap

Hari ni pergi openhouse. Tapi taknak cerita tentang tu lagi. Nanti baru cerita dan upload gambar yang berkenaan. Juga tentang openhouse dan beraya di rumah kawan-kawan lama di kampung bandar Sg. Petani. Sebab, saya tak nak menulis hari ni.

Tapi tiba-tiba rasa nak menulis. Sebenarnya tak nak, tapi.. tulis jugak lah sikit. Sebab tiba-tiba sesuatu terlintas dalam pemikiran. Mungkin terkena 'renjatan elektrik' dari entry Cik KhaiZarien tentang 'rasa-rasa' yang pelbagai tuh.. He.he. Ohya, penulisan ini akan meminjam tafsiran dalam entry Cinta.Sayang.Suka.Minat. Boleh merujuk untuk penambahan maklumat.

Kenapa tiba-tiba nak menulis? Mungkin juga sebab ada ber-sms dengan kawan-kawan. Kawan sekolah menengah. Juga kawan di kampus sekarang. Dan dua-dua secara jujurnya adalah lelaki.


Yang kawan sekolah menengah tu.. Erm.. Kenal semasa tingkatan satu dan dua. Kemudian masing-masing berpindah sekolah. Tapi masih contact. Pernah juga sesekali bertemu apabila ada program atau lawatan. Ohya, dia tinggal di KL.

Suka? Mungkin suka. Tapi bukan minat. Sayang? Rasanya.. tak.

Kalau dia terbaca entry ni, mungkin dia akan terasa. Tapi yelah.. Pernah juga sewaktu dahulu dia ada 'berbasa-basi' tentang 'itu', tapi saya anggap dia bergurau. Sebab saya tak ada rasa yang 'itu'. Kalau tersilap gaya, mungkin dia berkecil hati. Tapi sekarang ok je, dah lama takde 'berbasa-basi' tentang 'itu'. Saya pun senang berkawan macam ni.

Yang kawan sekampus tu pulak.. Kawan sekelas sejak tahun satu, sem satu dulu. Masa mula-mula masuk USIM. Kemudian sesekali berlainan kelas dan sekarang sama balik. Dulu-dulu selalu juga sms. Tetang apa tak perlu cerita kot..he.he.

Lepas tu dah jarang. Dia banyak berubah. Bukan berubah tak baik. Berubah jadi lebih baik. Saya sangat respek. Tapi dia tidak melupakan saya. Masih bertegur sapa. Sesekali ada juga ber-sms walaupun tidak kerap. Kalau orang tanya siapa lelaki yang baik (akhlaknya), maka saya tak akan teragak-agak untuk menamakan dia.

Dia juga sama seperti saya. Ada juga sesekali 'khabar angin' yang tak enak tentang kami. Dia dengan kisahnya. Saya dengan kisah saya. Tapi kami tak pernah 'dimasukkan' di dalam satu kisah yang sama. Saya tahu tentang kisahnya, dan dia tahu tentang kisah saya. Tapi tak ramai yang tahu tentang apa yang kami tahu. Ada sesiapa kisah? Tentu tak ada, kan. Hu.hu..

Dia baik. Kawan yang baik. Terlalu baik. Pernah ada orang yang membuka cerita atau bertanya kepada saya tentang 'khabar angin' tentang dia. Pantas saya melarang dia meneruskan persepsi yang 'ditanam' oleh pembawa 'khabar angin'. Bahawa kawan saya itu bukan sedemikian dan saya tidak sesekali akan rela jika ada sesiapa yang mengatakan dia adalah begitu dan begitu. Mengapa? Sebab dia kawan saya dan saya kenal dia.

Suka? Ya. Minat? Minat juga. Sebab dia baik. Bagus. Sopan. Sayang?

Tapi kenapa saya rasa saya tak ada perasaan istimewa terhadap dia ya? Saya suka (istilah sebenar ialah sayang) orang lain. Tapi orang tu tak adalah saya minat pun. Confirm saya tak minat dia. Tapi suka, dan 'sikit-sikit' sayang. Tapi orang lain tu tak adalah suka (sekali lagi, perkataan yang nak disampaikan ialah sayang) dekat saya pun.

Pelik kan. Tapi begitulah hidup. Kita suka orang yang tak suka kita. Kita tak suka orang yang suka kita. Kalau saya pulak; saya suka orang, orang tak suka saya. Saya tak suka orang, orang pun tak suka saya. Ha.ha.. :))

Kita mungkin mudah membezakan antara suka dan minat. Minat dan sayang. Tapi kadang-kadang kita mungkin tersalah mentafsir sayang sebagai cinta. Walhal sayang itu bukan cinta. Namun ia tak mustahil bisa berubah menjadi cinta.

Oh? Saya benar-benar bercakap tentang 'rasa-rasa' yang ada lah! Ha.ha.

Adios.

Thursday, August 12, 2010

sebenarnya..

apa sebenarnya?


Haisyhh.. memang susah lah nak cakap. Tak faham, tak faham, tak faham! Apa yang tengah cik puteri @ nurfatimahz sedang lakukan terhadap orang yang dia suka, sayang, kasih itu?

Pelik betul. Semuanya pelik. Perasaan ini pelik.

Kejap ok, kejap tak. Kejap normal. Kejap tak berapa nak betul. Betul atau tak? Atau betul2 dah tak betul>??

Hantar balik sms yang dapat. Huh? Kenapa buat macam tu? Tak tahu. Tak ado kojo ko? Memang pun.

Tak suka, tak suka, tak suka..!

Kenapa tak boleh nak kawal perasaan ni??

Tolonglah, kembali normal!

Encik 'polis', saya sayang awak, saya benci awak. Saya tak nak msg awk, tapi saya nak awak msg saya. Saya tak nak kawan dengan awak, tapi saya nak awak baik dengan saya macam dulu. Tak ke macam tak betul namanya?

Owh,,.. all of these drive me crazy.

Love + Hate = ???!

!@#$%^&*?

Saturday, August 07, 2010

d.i.a.m bukan b.e.n.c.i

Saya.. erm.. segan nak mengaku. Tapi memang buat pun. Jahat kan? Sebab marah, maka tidak melayan orang itu. Saya tidak memandangnya walau berhampiran dengan dia. Saya tidak mempedulikannya..langsung.. seolah-olah dia tiada. Seolah-olah tidak pernah mengenalinya.. Seolah-olah begitu 'jauh'.. Tapi saya memang tak boleh 'dekat' dengan dia.

Sms dia pun saya tak balas. Walaupun dia tidak bertanya, hanya memberi ucapan atau sekutu dengannya.. Saya tidak memberi respon. Ya, memang dia juga pernah melakukan perkara yang sama ke atas saya. Tapi...

Tapi apa? Tak sampai hati nak buat? Tapi buat jugak. Harus buat. Harus. Siapa yang memberi hukum? Tiada sesiapa. Lantas, hanya saya yang menggunapakai. Kalian jangan mencontohi saya (atas perkara ini).

:: tapi kerana terlalu s.a.y.a.n.g,,, ::

***************************************************

Maafkan saya. Walaupun saya tidak layak untuk dimaafkan. Salah siapa? Salah saya sendiri yang mungkin terlebih melayan perasaan.. dan biarkanlah begini. Hanya beberapa bulan sahaja lagi kita akan berpisah. Dan perpisahan itu pasti selamanya. Benarkanlah saya untuk membiasakan keadaan itu. Tanpa mengingati awak, tanpa mengingati perasaan saya, tanpa awak, dan tanpa sms awak.

Monday, August 02, 2010

kerana sayang

Maafkan aku
E
nggan menatap wajahmu
Bukan kerana ku tak sudi
Namun ku khuatir
Hatiku kan terus jatuh kasih
Padamu

Maafkan aku
Enggan melihat senyummu
Bukan kerana ku benci
Namun ku tak mahu
Hatiku kan terus menaruh cinta
Padamu

Maafkan aku
Enggan membalas warkahsmsmu
Bukan kerana ku berubah diri
Namun aku takut
Hatiku kan terus terpaut rindu
Padamu

Maafkan aku
Menjauhimu
Kerana aku
Terlalu menyayangimu


-nurfatimahz AKA puteri-
02 August 2010 / 8.45pm

Monday, June 21, 2010

keliru

sukar, sulit, susah

Memang sukar untuk menjelaskan betapa sulitnya perasaan, dan pastinya susah untuk difahami. Siapakah bisa mengerti hati ini?

Ah.. hati sendiri pun tidak mampu difahami, apa lagi mahu bertanya pada orang lain. Tapi manalah tahu kan? Akan ada yang mampu memberikan jawapan. Atau sekurang-kurangnya menghuraikan kekusutan yang ada sedikit sebanyak.

Resah.. Saya benar-benar resah. Buntu, juga keliru.

Si dia yang dikasihi.. Entah. Haisyhh.. Susahnya menyimpan perasaan terhadap orang yang tidak mahu menerimanya. Tapi akan daya, hati ini masih tidak mahu berubah. Mengapa berdegil? Ketegaq, orang Kedah kata.

Atau mungkin sebab dia melayan dengan baik, malah masih melayan dengan baik. Maka sukar untuk meninggalkan dia? Atau sebab sebenar adalah kerana tiada yang lain? Ha.ha. Salah satu jawapan yang boleh diterima.

Saya tak nak berhubung dengan dia lagi. Tapi masih mengharap yang dia tidak berhenti menghubungi.

Sesungguhnya saya telah berjaya untuk membuang pengharapan untuk bersama dia kelak, cumanya perasaan yang ada masih belum mampu diusir.

Ada kawan saya cakap, jangan sms dia, jangan layan dia, jangan balas sms dia, jangan, jangan, jangan dan jangan.

Ada juga yang memberi sokongan. Teruskan usaha. Tidak salah mengharap. Malah berdoalah kepada Tuhan kerana Dia Maha Mendengar. Berdoa moga hatinya terbuka untuk saya, semoga dia menerima saya dalam hati dan hidupnya, mengasihi saya seperti mana saya mengasihi dia.

Sebab hati dia, bukan dia yang pegang. Allah yang pegang. Jangan minta pada dia untuk membuka hatinya. Tapi pintalah pada yang Esa. Itu nasihat teman saya, Asya. Yang masih terngiang-ngiang. Asya sering memberi sokongan kepada saya, perasaan saya.

Tapi betul juga. Kalau saya tak hantar sms pada dia, saya tetap mengingati dia. Dia sms, saya tak sampai hati tak balas. Saya pernah buat macam tu, tapi hati saya yang sakit. Sakit sangat. Walaupun orang boleh buat macam tu kepada saya, tapi saya tak boleh.

Kenapa ya? Kenapa tak sampai hati nak buat kat orang, apa yang orang sampai hati buat kat kita?

Tentang cincin yang saya dapat daripada dia. Saya masih pakai lagi. Ada orang cakap, jangan pakai, simpan jauh-jauh. Kalau pakai ingat dekat dia. Hurmm.. tapi kalau dengan saya tak payah lah, tak pakai pun ingat + rindu jugak dekat orang tu. Lagipun sayanglah kalau tak pakai, sebab memang takde yang lain pun. Ha.ha. Kan? He.he..

Saya akui, saya yang memintanya. Dan dia belikan untuk saya. Dia suruh saya pilih, tapi saya tak mahu. Saya suruh dia pilih sendiri. Jadi dia pilihkan dan beri kepada saya. Saya tanya dia, apa yang dia mahu dari saya? Dia cakap tak ada. Dan saya pun tak beri apa-apa. Ha.ha, teruk kan?

Kata Asya, bukan senang lelaki nak berikan cincin kepada perempuan. Si dia ada tanya pasal cincin juga, suka tak? Saya cakap saya suka, tapi... yelah sebab saya yang minta. Kata dia, kalau tak bagitau taktau nak bagi apa. Jadi kena bagitau...

Saya suka kacau dia. Saya suka usik dia. Saya juga suka dia usik saya. Saya juga suka merajuk dengan dia (ngada-ngada kejap, ha.ha). Tapi bukan betul-betul pun. Dia usik-usik, ataupun ubah topik ke, nanti ok lah balik. Aihhh.. apo nak jadi dengan eden nih?

(SATU)
Saya: Kawan saya cakap awak hensem.
Dia: Ek? Kat mana ya?
Saya: Manalah saya tahu. Dah dia cakap macam tu. Takkan nak tanya kot
Dia: Tanya je lah.. Hehe
Saya: Taknak lah
Dia: Awak rasa hensem kat mana? Eh, manis kat mana?
Saya: 'Awak' tu saya ke, kawan saya?
Dia: Awaklah yang tengah msg ni.
Saya: Hensem kat mane? Erm.. Macam mana nak cakap ye? Susah lah nak cakap. Mmm., macam mane nak bagitau mana yang hensem sebab awak tak hensem pun! :P
Dia: Haha

(DUA)
Saya: Nak coklat? Tadi saya makan coklat. Tapi tak sedap. Nanti saya bagi ya?
Dia: Amboi. Tak sedap baru nak bagi?
Saya: Yelah, sebab tak sedap la nak bagi. He.he
Dia: Kalau sedap tu makan habis, tak bagi la. Teruknya
Saya: Ha.ha. Ok ape.. ok la.. sekurang-kurangnya bagi. Bukan macam orang tu
Dia: Yelah, yelah...

Tapi kadang-kadang.. Saya rasa, dia layan saya sebaik mana pun, bahkan saya percaya dia boleh layan saya dengan lebih baik selepas ini.. Tapi hati dia...??

Yelah.. kalau perempuan, kalau saya, saya tahulah. Saya layan dia baik sebab saya suka dia. Tapi dia, hurmm.. boleh ya, layan saya dengan baik, tapi tak suka kan saya? Bukanlah tak suka langsung. Dia suka sebagai kawan, kawan baik. Bukan macam saya sukakan dia.

Keliru. Pernah sendiri cakap, saya akan terus sayang dia selagi saya mampu. Hati akan terluka? Itulah harga yang perlu dibayar apabila sukakan orang yang tidak menyukai kita. Kadang-kadang mahu berhenti sahaja. Tapi... tapi apa? Tapi kenapa?

Saya rasa saya tak boleh kalau dia tak ada. Atau mungkin boleh sebenarnya, cuma tidak mahu jika dia tiada.

Sunday, June 20, 2010

saya sayang awak!

Saya suka dia bercerita
namun bukan kerana celotehnya
membuat saya suka
sebab dia membisu juga
saya mengasihinya

Saya suka dia sms saya
namun bukan kirimannya
membuat saya teruja
sebab dia tak membalas juga
saya merinduinya

Saya suka dia memujuk
namun bukan kerana usikannya
membuat saya bahagia
sebab dia buat tak tahu juga
saya menyayanginya..

Tuhan beri aku bahagia
Tuhan berikan aku cinta
Tuhan berikan aku dia..