KEJOHANAN OLAHRAGA SK SERI PEMATANG RENGAS KALI KE-37
acara |
skrip |
note |
Aluan |
Assalamualaikum
wrt wbkth, Salam Sejahtera
* Yang
berusaha Pn. Rafadzilah Abdul Rahim, GB SKSPR * Yang dihormati,
Encik Pauzidan bin Sungip, Guru Penolong Kanan Pentadbiran * *
En. Yusmarizal bin Idrus, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Pn.
Nurul Shuhada binti Masrun, GPK Kokurikulum
Yang
dialu2kan Dr Muhammad Aswad bin Ithnain, Penyelaras Pendidikan & Latihan Teknikal & Vokasional Zon Selatan yang juga merupakan Pengarah Poliklinik Al Amin Batu Pahat, Yang
dihormati En Anuar bin Kasim Yang dipertua persatuan ibu bapa dan guru PIBG
rengas, en, azri effendy bin abd Rahman, naib yang dipertua pibg, ** Ahli2
jawatankuasa PIBG, petugas dan sukarelawan, ibu bapa, guru-guru dan para
atlet kejohanan, seterusnya sidang hadirin sekalian.
SELAMAT
DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN SEMUA UNTUK MENJAYAKAN KEJOHANAN OLAHRAGA
KE-37 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PEMATANG RENGAS TAHUN 2025.
|
|
Perarakan kontijen |
Hadirin
yang dihormati,
Marilah
kita saksikan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah sukan yang akan
mengambil bahagian dalam KEJOHANAN OLAHRAGA pada kali ini.
(lintas
hormat kontinjen)
|
|
Lintas
Hormat
Lagu
|
(kontinjen
dekat dengan VIP) Majlis
menjemput Yang Dihormati *
Yang berusaha Pn. Rafadzilah bt Abdul Rahim, GB Sek Kebangsaan Seri Pematang
Rengas rengas untuk mempersila dan mengiringi Yang Dihormati Dr Muhammad
Aswad bin Ithnain Penyelaras Pendidikan & Latihan Teknikal & Vokasional Zon Selatan, untuk menerima
lintas hormat daripada kontingen-kontingen yang mengambil
bahagian. Dipersilakan.
*En
Anuar bin Kasim, Yang Dipertua PIBG rengas untuk mempersila dan
mengiringi Yang berusaha Pn. Rafadzilah bt Abdul Rahim, GB Sek Kebangsaan Seri
Pematang Rengas untuk menerima lintas hormat daripada
kontingen-kontingen yang mengambil bahagian. Dipersilakan.
Hadirin
sekalian,
1.
Mendahului
perarakan ialah KETUA KONTIJEN & PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN OLAHRAGA KALI
KE-37 SK SERI PEMATANG RENGAS. 2. 3. Berikutnya, PASUKAN DARI PRA SEKOLAH TUNAS ILMU SEK KEB SERI PEMATANG RENGAS. Kontigen kecil-kecil cili padi ini di bawah bimbingan CIKGU SHAHIDA BINTI BEKIS dan diketuai oleh MUHD AYYASH HULAIF BIN MOHD IZZAT. 4. Seterusnya pasukan yang tampil dengan warna BIRU
iaitu kontijen dari rumah BENDAHARA. Kontijen ini di bawah bimbingan CIKGU SALMIATI BINTI HAMDAN dan diketuai oleh MUHAMMAD AFIQ IRGLFAN BIN JAMIL. Dengan motto GIGIH USAHA NOMBOR SATU, Rumah
BENDAHARA bertekad untuk merebut kejayaan dan membuat kejutan pada tahun ini.
2. Berikut
pula, ialah kontigen dari Rumah PAHLAWAN yang mengunakan warna hijau sebagai
simbol perjuangan. Kontigen ini dipimpin oleh CIKGU SURIYANA BINTI BASIRON dan
diketuai oleh MUHAMMAD FIRASH RIZQI BIN MOHD FIRDAUS. Motto
PAHLAWAN LAWAN HABIS diharap dapat menjadi penguat semangat Rumah
PAHLAWAN untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.
3. Seterusnya
ialah kontigen dari Rumah Temenggung. Kontigen ini dibimbing oleh CIKGU NUR
NAJIHAH BINTI JAFFAR dan diketuai oleh MUHD ARYAN RAYQAL BIN AIMI Dengan motto, KUNING MELANGKAH
MEGAH, kita percaya Rumah Temenggung mampu memecah rekod dan mencatat KEMENANGAN
kali ini.
Hadirin
dan hadirat, Nyanyian
lagu bangsa Johor dan lagu sekolah, majlis mohon berdiri.
Tetamu
jemputan dipersilakan duduk.
|
|
doa |
Hadirin dan hadirat Marilah kita sama-sama menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh MUHAMMAD FARISZ IRFAN,
dipersilakan.
Amin2 ya rabbal alamin. Terima kasih
Muhammad Farisz Irfan. |
|
naik |
Seterusnya,
marilah kita sama-sama menyaksikan upacara menaikkan bendera kejohanan.
Dipersilakan.
|
|
IKRAR
|
Hadirin
yang dihormati,
Seterusnya,
majlis mempersilakan ketua KONTIJEN KEJOHANAN OLAHRAGA SK seri pematang
rengas MUHAMMAD DARWISH DANISH BIN NORAZWAN untuk mengetuai lafaz ikrar
kejohanan. Dipersilakan
Terima
kasih MUHAMMAD DARWISH DANISH Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan
ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet dalam kejohanan ini.
|
|
Ucapan
guru BESAR
|
Hadirin
yang dihormati.
SEBAGAI
PEMBUKA ACARA, marilah kita sama-sama mendengarkan amanat dan pesanan dari
Yang Berusaha Pn. Rafadzilah Abdul Rahim, GB SKPR. Dengan segala hormanya
dipersilakan.
Terima
kasih Pn Rafadzilah Abd Rahim atas ucapan yang diberikan.
(selepas
selesai ucapan….)
|
|
Ucapan & perasmian |
Hadirin
yang dimuliakan,
Untuk menyempurnakan pembukaan kejohanan OLAHRAGA KALI KE -37,
majlis menjemput YG DIHORMATI, Dr Muhammad Aswad bin Ithnain,
Pengarah Poliklinik Al Amin Batu Pahat untuk memberikan
ucapan dan seterusnya MERASMIKAN Kejohanan
OLAHRAGA SKSPR.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih Dr. Diminta doctor kekal
berdiri untuk acara berikutnya. |
|
Gimik |
Majlis mempersilakan GB, barisan
pentadbir, YDP n NYDP untuk sama-sama mengiiringi Yang Dihormati Dr
Muhammad Aswad bin Ithnain, Pengarah Poliklinik Al Amin Batu Pahat untuk
menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan. |
|
keluar |
Semua
kontingen yang mengambil bahagian diminta untuk bergerak keluar meninggalkan
arena. Dipersilakan.
|
|
Persembahan pra |
Hadirin
dan hadirat,
Sebagai
penyeri kejohanan pada pagi ini, marilah sama-sama kita menyaksikan
persembahan Istimewa dari murid pra sekolah tunas ilmu. Dipersilakan.
Terima
kasih prasekolah. Untuk makluman, persembahan itu tadi dibimbing oleh CIKGU
SHAHIDA BINTI BEKIS. Tahniah & Terima kasih cikgu!
|
|
Hadiah |
Untuk
makluman hadirin dan hadirat, majlis memberi laluan kepada penyampaian hadiah
bagi acara yang telah dipertandingkan sebelum ini.
Bagi
menyempurnakan acara, majlis menjemput _____________________ untuk mengiringi
_______________________________ bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Lontar peluru LP Lompat jauh LP Lompat Tinggi LP
Terima
kasih ________________________________.
|
|
Panggilan dan taklimat pegawai |
Perhatian-
Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk berada di
khemah urusetia dengan segera untuk sesi taklimat ringkas. Terima kasih. |
|
PENGUMUMAN
ACARA BALAPAN
Hadirin
yang dihormati, Sebentar
lagi akan berlangsung acara SUKANEKA PRASEKOLAH. Peserta-peserta yang
mengambil bahagian dalam acara ini ialah:
Di
lorong yang pertama …………………………
Peserta-peserta
bagi acara SUKANEKA PRASEKOLAH sedia untuk dilepaskan.
SUKANEKA
PRASEKOLAH 100m JAMUAN
VIP 50m
LP
|
Hadirin
yang dihormati, Sebentar
lagi akan berlangsung acara ______________________________.
Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah:
Di
lorong yang pertama …………………………
Peserta-peserta
bagi acara _________________________ sedia untuk dilepaskan.
|
Hadirin dan hadirat sekalian,
Alhamdulillah
kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada kejohanan balapan dan
padang tahun ini. Dengan itu,maka berakhirlah kejohanan OLAHRAGA kali KE 37 SKSPR
2025.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang
berjaya.
|
Sebelum kejohanan melabuhkan tirainya, marilah sama-sama kita
menyanyikan LAGU NEGARAKU. MAJLIS MOHON BERDIRI.
Mewakili pihak sekolah, majlis memohon maaf sekiranya terdapat
sebarang kekhilafan dan kekurangan sepanjang kejohanan olahraga berlangsung
pada hari ini. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu kelemahan kami
sendiri.
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.
MAJLIS DITANGGUHKAN BACAAN TASBIH KAFARAH DAN SURAH AL-ASR
|
|
|
No comments:
Post a Comment