© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, June 27, 2008

al-'utlah


Maaf kerana lama tidak meng-update blog dan lambat membalas komen kawan-kawan di sini. Ini kerana seminggu-dua-tiga kebelakangan ini agak sibuk tugas (macam sudah bekerja pula) dan program di universiti.

13 Jun :
Mengosongkan barang-barang Unit Kebudayaan (UK) dalam ofis HEP (Hal Ehwal Pelajar) USIM. Saya menyertai unit ini sejak sem lepas di bawah Pengurusan Seni (event management) atau nama rasminya COS-V (Cost of Silence Voice).

14-15 Jun :
Barang-barang yang disimpan dibawa ke bangunan HEP yang baru (bersebelahan bangunan canselori USIM) menggunakan lori. Lebih kurang 20 ahli UK yang hadir (yang saya kenal dan familiar dengan mereka) daripada bahagian saya sendiri (Cos-v), dari bahagian tarian (Fansuri), teater (Atra), nasyid (In-Track-See) dan muzik moden (The Bachelor). Jika ada bahagian lain yang turut hadir tapi tidak disenaraikan, saya memohon maaf.

16 Jun :
Perjumpaan, mesyuarat Runners bagi Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2008 yang bakal dilangsungkan.

17 Jun :
Pindah rumah (kolej kediaman). Bulan lepas baru sahaja berpindah dari Camellia Court ke Nilam Court, agak bernasib baik kerana kedua-dua kolej kediaman tersebut hanya bersebelahan. Alhamdulillah kali ini hanya perlu menukar blok, daripada blok B tingkat 1, ke blok E tingkat 2.

18 Jun :
Test subjek Akidah Islamiah sebelah petang. Di sebelah malamnya pula perjumpaan bagi drama yang akan dipentaskan dan dipertandingkan hujung bulan ini, “Alice and Her Wonderland”.

19 Jun :
Latihan pementasan drama dalam kelas bersama Mr. Rizal. Mr. Rizal memang sempoi habis. Seronok juga berada di kelas bawah bimbingannya, hehe.. Thank you Mr.!
** Sir Akhadiat pun best jugak, walaupun saya tidak pernah berguru dengannya, tapi daripada penceritaan kawan-kawan saya Zulaiha, Waheda dan lain-lain, saya percaya beliau pun memang sempoi macam Mr. Rizal.

20-24 Jun :
Jadi “A’dho’ al-tansiq”, AJK, urusetia atau runner (ala-ala duta bagi setiap sekolah, seperti yang di-istilah-kan oleh pihak atasan) bagi Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2008 yang dianjurkan pihak USIM sendiri dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan bertempat di USIM. Saya menjadi runner bagi Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Pasukan yang ke final adalah dari KISAS dan Falahiah (tak ingat nama penuh sekolah tersebut). Tempat pertama jatuh kepada KISAS (seperti yang dijangka).

25 Jun :
Final exam hari pertama dan terakhir, subjek Akhlak dan Tasawwuf pada pukul 9.00 pagi. Subjek Akidah Islamiah pula pada jam 2.30 petang. Lebih kurang pukul 6.30 petang (tukar topik sudah), Sara Zulhene mengirimkan mesej yang menyatakan keputusan exam semester lepas sudah keluar dan boleh dilihat secara online. Dan.. keputusan saya lebih kurang semester sebelum itu juga.

26 Jun :
Pementasan drama “Alice and Her Wonderland”…..
Dapat nombor 4, (semua yang tak menang dapat nombor ni la...hehe) .
** Siapkan assignment (tidak wajib) bagi subjek Akidah Islamiah.

Hari ini 27 Jun, pendaftaran masuk bagi pelajar baru Sarjana Muda di USIM. Selamat Datang kepada junior-junior baru saya..! Minggu hadapan 3 Julai, saya pula akan register untuk semester baru dan juga tahun baru.. = ) Malam nanti balik kampung di Kedah (kampung yang namanya Bandar Sungai Petani). Selamat beristirehat untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua. Selamat Bercuti!!

***********************************
1- Nahnu la nuafiqu = Kami tidak bersetuju
2- I’tirod = Bantahan / membantah
3- Hukumah = Kerajaan
4- Mu-’arodoh = Pembangkang
5- Ismahuli lil-iqtiroh = Mohon (usul) diterima
6- Ismahuli lil-i’tirod = Mohon (usul) ditolak
7- Musabaqah Al-Munazoroh = Pertandingan debat

Friday, June 13, 2008

drama inggeris


Hujung bulan ni kami semua kene buat persembahan drama di dalam bahasa inggeris. Tema yang diberi ialah "Fairy Tales". Kumpulan kami (29), akan buat cerita "Alice in Her Wonderland". Dalam drama tersebut, kami akan memasukkan 3 cerita yang lain iaitu "Jack and The Beanstalk", "Snow White" dan "Cinderella".

Pada mulanya saya merupakan pelakon tambahan + watak sampingan + takde pun tak pe, dalam bahagian Cinderella, jadi tetamu yang hadir je. Tup-tup si "Alice" menarik diri dan mencalonkan saya. Alamakkkk...??!!

Camne pelakon yang tak payah ada pun tak apa tiba-tiba menjadi watak penting yang wajib ada = wajib hadir?? aduii.... Tapi best jugak (huahuahua).. Cuma saya cakap awal-awal, saya bukan pelakon yang baik (di khalayak ramai). Gelabah, berdebar, gemuruh, malu, semua ada. Tapi sarah (bekas Alice) cakap, dia akan tolong saya. Kenapa dia tak nak terus me-watak-kan watak tersebut? Katanya masalah peribadi... Kenapa pilih saya?
"Kite nampak awak ade bakat" -->> katanya lah..

Ade ke bakat? ha.ha.ha....

Sarah bagi saya masa untuk berfikir sebelum ini.. Dan dalam tempoh berfikir itu saya ada bertanya pendapat beberapa orang rakan, dan terima kasih untuk yang pertama, sebab dia yang membuka hati saya untuk terima watak Alice...

-->> Zikri : macam budak sahaja kan? Memang pun, muda dari saya :D

-->> Sarah : ketiga dari kiri (Kak Nik, Kak Ti, Sarah, Ka Syud).


Sebenarnya saya, sarah dan semua ahli kumpulan 29 bukanlah dari kelas yang sama atau jurusan (course) yang sama. Cuma dari fakulti sahaja yang sama iaitu Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU). Kami ditempatkan dalam kumpulan yang sama sepanjang program ELSP (English Language Support Program) yang berlangsung sepanjang semester tambahan ini iaitu bermula Mei-Jun ini, insya-Allah..

Sunday, June 08, 2008

serabut


Jujurnya aku merasa semakin malas untuk semester ini. Maaf. Mungkin ada dikalangan teman-teman, ada dikalangan kalian yang tidak bersetuju dengan apa yang sedang aku rasai kini, tapi inilah kenyataan. Malas. Cepat bosan. Kurang tumpuan dalam kuliah. Suka berkhayal. Semua-semua yang dikategorikan gangguan itu, ada padaku.

Aku tahu dan sedar, aku sememangnya bukan dikalangan pelajar yang terbaik dari segi ke-pointer-annya, tapi aku tetap merasa malas. Aku seringkali kurang tumpuan. Tiada sokongankah? Tiada dorongankah? Atau tiada pemangkin? Bagaikan tiada hala tuju. Rasa kurang mengambil berat tentang pelajaran mula terasa. Bukan, sejak dulu lagi aku merasanya dan sekarang ia semakin menjadi-jadi. Semakin cuba ku elak, semakin pula ia bersemarak.

Apa tujuan aku belajar? Aku tidak pasti. Apa cita-citaku? Sehingga kini aku belum bisa memberikan jawabnya. Kata orang, orang yang tiada cita-cita, tidak akan berjaya dalam hidup. Apakah aku akan begitu? Kata pujangga juga, masa depan seseorang adalah apa yang sering diakukannya pada masa lapangnya. Apa yang aku lakukan pada masa lapangku? Sememangnya masa lapangku adalah ’lapang’. Masa depanku juga akan ’lapang’kah?

Sekarang aku sudah berubah kelas. Dulu BLC5. Sekarang untuk semester tambahan ini, aku berada di TLC4. Rakan-rakanku BLC5 kebanyakannya di dalam TLC3. Dalam kelasku kini, lebih ramai dari BLC6, rasanya. 3-4 orang rakan perempuan dari BLC5 ada bersamaku di TLC4. Tapi.. aku rasa semakin jauh dengan mereka. Yang berada di TLC3 lagi lah.. Aku pernah cuba berlagak biasa, menguntum senyum semanis mungkin, menegur sapa semesra yang boleh, tapi balasannya yang ku terima begitu menghampakan. Apa salahku? Di mana silapku? Aku tertanya-tanya.

Jika yang seorang itu, aku tahu di mana masalahnya perhubungan aku dan dia. Aku namakan dia SN. Untuk mengelakkan hatiku berterusan disakiti selama bersama dengannya, aku mengelakkan dari sentiasa bersamanya. Tutur katanya memang memberi kesan yang teramat. Sakit sangat. Tapi aku hanya mendiamkan diri. Ada sahaja pendapatku yang dibangkangnya. Malah secara terang-terangan dia sering memperlekehkan ideaku di depan teman-teman yang lain.

Aku tahu yang aku biasa-biasa sahaja. Tapi.. aku juga punya tahap kesabaran. Fahamanku seringkali diketawakannya. Tapi, aku hanya mendiamkan diri. KR pernah bertanya, aku punya masalah dengan SN kah? Aku juga mendiamkan diri dan hanya menghadiahkan senyuman pada KR. Maaf, aku sudah tidak mampu untuk percaya pada sesiapa lagi sekarang melainkan beberapa orang sahaja.

Dan tidaklah aku merasa aku bersalah jika meletakkan SN sebagai punca perubahan layanan teman-temanku dahulu. Ah, biarlah. Sejak bila pula ku mula mengambil kisah, mengambil peduli kata-kata orang padaku? Sejak bila pula mereka mengambil berat terhadapku? Lagipula, aku tidak sepatutnya terlalu terkilan kerana aku hanya mula rapat dengan mereka bermula semester lepas. Semester sebelumnya, aku rapat dengan orang lain. Tapi apakan daya, aku dan mereka yang baik denganku itu telah diletakkan dalam kelas yang berasingan denganku. Namun, aku bersyukur kerana teman-teman itu masih berhubung baik denganku walau kami bukan lagi di dalam kelas yang sama.

Tapi.. perasaanku akan terganggu bila di dalam kelas.. Aku rasa aku bersendirian. Keseorangan. Lebih-lebih lagi bila perlu dibahagi-bahagikan dalam kumpulan kecil. Aku lebih mudah makan hati setiap kali itu berlaku. Siapa mahu menjadi ahli kumpulanku? Aku hanya mampu bersuara di dalam hati. Dan yang tidak terpilih itulah, adalah aku. Kasihan, kan? Tapi tak mengapa, teman-teman dari BLC6 masih ada, sekurang-kurangnya aku masih punya harapan. Bukan aku mahu meraih simpati sesiapa, aku cuma mahu meluahkan apa yang aku rasa. Sakit. Sangat.

Kusut, serabut. Semuanya bersarang difikiranku. Apa yang harus aku lakukan? Biarkan sahaja semua berlalu, berlaku tanpa mengambil peduli? Terima sahaja apa-apa dengan hati terbuka? Bagaimana mampu ku terus melakarkan senyuman di bibir sedang hatiku terlalu berduka dengan kehidupan yang perluku tempuh?

Thursday, June 05, 2008

masih ada waktu


Munsyid : Rast
Album : Rast Mini Album




Sahabat.. Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni


Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi

***********************************************
Lagu favourite saya sejak bulan lepas =)


Wednesday, June 04, 2008

doaku

PadaMu Tuhan..

...Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cintaCintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya terpaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam cinta nafsu

Ya Rabbana jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah jika aku jatuh hati kepada kekasihMu
Jangan biar aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku Pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu..

...Amin...


Tuesday, June 03, 2008

rehlah ila putrajaya

31-mei-2008
Lawatan sambil belajar (bahasa arab) USIM ke Alamanda, Putrajaya.


Mula-mula bolehlah buka buku, nak tulis nota.. lepas tu, buka dompet..

dan berposing depan kamera je lah.. hehe..








Sunday, June 01, 2008

bulan jun

2008


Ada macam-macam;
01-jun = meeting AJK Siswi USIM 2008
06-jun = zikri abes exam, :D
07-jun = audition nasyid dekat melaka (xpergi pun kot..)
11-jun = birthday zue (zulaiha)
12-jun = birthday karimah
14-jun = expired lesen P saya.. hehe
22-jun = birthday wahee (waheda)
27-jun = birthday alan (fazlan)