© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, June 27, 2008

al-'utlah


Maaf kerana lama tidak meng-update blog dan lambat membalas komen kawan-kawan di sini. Ini kerana seminggu-dua-tiga kebelakangan ini agak sibuk tugas (macam sudah bekerja pula) dan program di universiti.

13 Jun :
Mengosongkan barang-barang Unit Kebudayaan (UK) dalam ofis HEP (Hal Ehwal Pelajar) USIM. Saya menyertai unit ini sejak sem lepas di bawah Pengurusan Seni (event management) atau nama rasminya COS-V (Cost of Silence Voice).

14-15 Jun :
Barang-barang yang disimpan dibawa ke bangunan HEP yang baru (bersebelahan bangunan canselori USIM) menggunakan lori. Lebih kurang 20 ahli UK yang hadir (yang saya kenal dan familiar dengan mereka) daripada bahagian saya sendiri (Cos-v), dari bahagian tarian (Fansuri), teater (Atra), nasyid (In-Track-See) dan muzik moden (The Bachelor). Jika ada bahagian lain yang turut hadir tapi tidak disenaraikan, saya memohon maaf.

16 Jun :
Perjumpaan, mesyuarat Runners bagi Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2008 yang bakal dilangsungkan.

17 Jun :
Pindah rumah (kolej kediaman). Bulan lepas baru sahaja berpindah dari Camellia Court ke Nilam Court, agak bernasib baik kerana kedua-dua kolej kediaman tersebut hanya bersebelahan. Alhamdulillah kali ini hanya perlu menukar blok, daripada blok B tingkat 1, ke blok E tingkat 2.

18 Jun :
Test subjek Akidah Islamiah sebelah petang. Di sebelah malamnya pula perjumpaan bagi drama yang akan dipentaskan dan dipertandingkan hujung bulan ini, “Alice and Her Wonderland”.

19 Jun :
Latihan pementasan drama dalam kelas bersama Mr. Rizal. Mr. Rizal memang sempoi habis. Seronok juga berada di kelas bawah bimbingannya, hehe.. Thank you Mr.!
** Sir Akhadiat pun best jugak, walaupun saya tidak pernah berguru dengannya, tapi daripada penceritaan kawan-kawan saya Zulaiha, Waheda dan lain-lain, saya percaya beliau pun memang sempoi macam Mr. Rizal.

20-24 Jun :
Jadi “A’dho’ al-tansiq”, AJK, urusetia atau runner (ala-ala duta bagi setiap sekolah, seperti yang di-istilah-kan oleh pihak atasan) bagi Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2008 yang dianjurkan pihak USIM sendiri dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan bertempat di USIM. Saya menjadi runner bagi Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Pasukan yang ke final adalah dari KISAS dan Falahiah (tak ingat nama penuh sekolah tersebut). Tempat pertama jatuh kepada KISAS (seperti yang dijangka).

25 Jun :
Final exam hari pertama dan terakhir, subjek Akhlak dan Tasawwuf pada pukul 9.00 pagi. Subjek Akidah Islamiah pula pada jam 2.30 petang. Lebih kurang pukul 6.30 petang (tukar topik sudah), Sara Zulhene mengirimkan mesej yang menyatakan keputusan exam semester lepas sudah keluar dan boleh dilihat secara online. Dan.. keputusan saya lebih kurang semester sebelum itu juga.

26 Jun :
Pementasan drama “Alice and Her Wonderland”…..
Dapat nombor 4, (semua yang tak menang dapat nombor ni la...hehe) .
** Siapkan assignment (tidak wajib) bagi subjek Akidah Islamiah.

Hari ini 27 Jun, pendaftaran masuk bagi pelajar baru Sarjana Muda di USIM. Selamat Datang kepada junior-junior baru saya..! Minggu hadapan 3 Julai, saya pula akan register untuk semester baru dan juga tahun baru.. = ) Malam nanti balik kampung di Kedah (kampung yang namanya Bandar Sungai Petani). Selamat beristirehat untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua. Selamat Bercuti!!

***********************************
1- Nahnu la nuafiqu = Kami tidak bersetuju
2- I’tirod = Bantahan / membantah
3- Hukumah = Kerajaan
4- Mu-’arodoh = Pembangkang
5- Ismahuli lil-iqtiroh = Mohon (usul) diterima
6- Ismahuli lil-i’tirod = Mohon (usul) ditolak
7- Musabaqah Al-Munazoroh = Pertandingan debat

No comments: