'Datangkan empat saksi, bersumpah dengan nama Allah' - PKPIM
(Azamin Amin)
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Tuduhan liwat terhadap Dato? Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dicetuskan dan membuka ?luka lama? sepuluh tahun lepas yang mana tuduhan yang sama turut dikaitkan ketika tahun 1998 sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Senario ketika itu sudah cukup membangkitkan situasi getir dan huru hara ketika fitnah liwat dilontarkan kepada beliau dan tanpa menghadirkan bukti dan kenyataan yang kukuh merupakan perbuatan yang zalim dan menganaiya seseorang individu.
Demikian pendapat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang meminta kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menimbulkan situasi huru-hara ketika negara ditimpa fitnah yang besar sekali lagi.
"Oleh kerana itu, Islam menekankan bahwa tuduhan liwat mestilah didatangkan dengan empat orang saksi dan bersumpah di mahkamah atas nama Allah, jika benar ataupun tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," kata Presidennya Mohd Hilmi Ramli dalam satu kenyataan media.
Kata beliau perbuatan memfitnah merupakan dosa yang dasyat dalam Islam, kerana akhirnya boleh menimbulkan huru hara dalam masyarakat sekaligus perpecahan dan keamanan negara boleh tergugat akibat budaya fitnah yang menjadi ?permainan? politik pemimpin politik.
"Kita menggesa kepada pihak berwajb supaya melaksanakan tugas dengan adil dan amanah. Seharusnya laporan liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim bukan satu-satunya isu orang kenamaan yang perlu diberi tumpuan besar.
"Malah banyak lagi kes melibatkan moral dan akhlak orang kenamaan lain yang turut sepatutnya disiasat. Isu rasuah, salah guna amanah rakyat, keruntuhan akhlak pemimpin dan sebagai tidak harus dipinggirkan," katanya.
PKPIM katanya menyeru agar semua umat Islam dapat mendoakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia, supaya keadaan sekarang tidak berlanjutan menimbulkan suasana ketidakamanan dalam negara.
No comments:
Post a Comment