© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, July 03, 2008

anak


Adalah satu anugerah dari Tuhan yang nilainya terlalu besar, tidak dapat digambarkan. Alangkah indahnya hidup ini bila memiliki anak, cahaya mata sendiri yang secara tidak langsungnya merupakan lambang cinta dan kasih-sayang antara suami dan isteri. Bila melihat anak, segala rasa penat, lelah hilang seketika.



Anak-anak adalah penyeri kehidupan. Tidak mahukah anda mempunyai sesorang yang mempunyai iras wajah anda dan suami anda, iaitu anak anda? Mata seperti si isteri, bibir seperti si suami..dan sebagainya? Bertuahnya kita jika diizinkan Allah Tuhan Maha Pencipta untuk memiliki anugerah yang bukan semua orang dikurniakannya.



Kenapa saya menulis tentang anak?


Sebenarnya saya sedang melahirkan kekesalan saya terhadap seorang teman yang... kehilangan bakal cahaya matanya. Bukan! Dia bukan kehilangan, tetapi dia sengaja berbuat demikian! Sakitnya hati ini bila mendengar tentang kisah itu. Kenapa dia terlalu kejam?

Saya ada mendengar berita tentang kehamilannya, tapi saya belum berkesempatan untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Dan kini, ucapan tahniah yang belum terlafaz itu terkubur, takziah buat dirinya.

Saya tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukannya. Bukannya anak orang lain, anak dia sendiri. Anak dia dan suaminya. Ikatan yang sah. Kalau belajar, anak luar nikah pun tidak elok digugurkan kerana bukan salah dia. Sekalipun anak hasil dari perhubungan yang bukan atas kerelaan. Saya juga pernah belajar pasal pengguguran kehamilan. Hanya dibolehkan jika ia akan memudaratkan si ibu, memudaratkan kesihatan si ibu, atau bayi yang dikandung itu bermasalah.

Kenapa berbuat demikian? Kenapa? Dia sihat-sihat sahaja.

Bila teman saya menceritakan bahawa dia yang sengaja melakukannya, saya jadi geram. BODOH BETUL! Teman yang bercerita itu juga melahirkan rasa kesal dan kecewanya. Saya mengutarakan pendapat; "kalau belum bersedia untuk mendapat anak, tak payahlah buat!" Dan seorang teman segera menambah; "tak payah kahwin, lagi senang,".

Saya, dan kami yang mengenalinya; yang mengetahui kisah ini tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya. Berapa ramai yang berumahtangga 5, 10, 15 tahun, tapi masih belum memperolehi cahaya mata? Berapa ramai yang menunggu terlalu lama untuk memperolehi anak tapi belum kesampaian? Berapa ramai yang keguguran anak, tanpa sengaja? Dan dia, senang-senang sahaja....?

Memang saya akui saya belum berkahwin, mungkin kerana itu saya berfikiran sebegini, tidak dia yang mengalaminya sendiri. Mungkin ada motifnya, tapi apalah sangat jika alasan masih belajar tidak mahu diganggu dengan kehadiran anak? Tidak tidak, tidak! Masih tidak boleh diterima.

Jika saya, diizinkan Allah dengan takdir qada dan qadarnya menemui jodoh saya pada usia yang awal ini, dan mendirikan perkahwinan tatkala ini, masih belajar, dan bakal dikurniakan anak.. Bukanlah itu saat yang terindah? Jika tidak mahukan anak lagi, bukankah boleh berbincang dengan suami, atau bakal suami? Atau seperti kata teman saya tadi, tak usah berkahwin lagi.

Entahlah. Saya tidak tahu mahu berkata apa lagi.

4 comments:

diya said...

erm.. agaknya kwn pu3 ada sbb kukuh nape dia gugurkan anak... wallahu'alam...

puteri said...

mungkin..

fssf said...

Apa khabar dik? semoga sihat di sana ... lama benar tidak mengunjungi blog puteri ni ... harap semua ok ...yehaa ..hehehe
ni blog resensi baru abg sf, mai laa...

http://ketikamembaca.blogspot.com/

puteri said...

alhmdulillah/. baik2 shj.. =)