© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, March 30, 2007

wildan kat ukm

tarikh : 30-03-07
tempat : ukm, bangi

ni.. abang hazar

yang ni lak... abang lie

seterusnya.. abang razie

abang-abang wildan..
semuanya wildan.. abang-abang wildan dan... puteri wildan ;)

album nasyeed.com, abang zaidie, puteri baru pasan CD Kau Istimewa..!

syahirah, adilah and me....

terima kasih untuk driver malam tu.. zaid fahmi

******
oppps.. tarikh lupa nak set ar... hehehe :D

Thursday, March 29, 2007

update lagi


assalamualaikum..
apa khabar kawan-kawan puteri sekelian? semoga sehat-sehat.. insya-Allah..

hurmm.. lame tak update blog.. bukan takde mase.. selalu jugak online dan bukak blog.. entahlah.. maybe takde hati. hurmm.. ape-ape je lah..

banyak yang ingin ana kongsikan bersama blog.. banyak yang terlalu banyak..


hurmm.. dia kembali.. ya.. dia adalah rama-rama itu, dan ana.. bunga. Entahlah, kenapa dia kembali setelah luka di hati hampir sembuh sepenuhnya? kenapa dia hadir tika dia ingin diluputkan jauh dari ingatan? jauh dari hati, fikiran? kenapa dia hadir setelah sekian lama ana menjauhkan diri darinya?

kata seorang teman.. mungkin dia juga pernah mempunyai perasaan terhadap ana seperti perasaan ana terhadap dia.. Tapi.. itu semua tak penting lagi sekarang. ya.. hati ana terluka, yang amat dalam. terlalu pedih. siapa dapat memahami?

dan dia.. kenapa kembali? menabur duka di hati. menambah luka di hati. membawa derita. ah.. sengsaranya diri ini.

dan ana cuba me'neutral'kan keadaan.. ya.. biarlah dia kembali. dan jika dia pergi untuk kali kedua juga, tiada apa-apa erti lagi..

terimanya sebagai kawan. ya.. kawan.. dan semoga terus begitu.

Insya-Allah, esok ana dan beberapa org teman akan ke ukm.. ada festival nasyid di sana, jika tidak silaplah.. wakil dari kampus ana juga turut serta. bagusnya kerana itu adalah kebetulan yang tidak disengajakan. sekurang-kurangnya, tak adalah boring sangat di sana melihat kumpulan2 nasyid dari kampus lain yang bertanding.

niat sebenar ke sana adalah untuk berjumpa abg2 wildan.. huhu.. ye. Wildan jadi artis undangan malam tu kat sana.. kepada sesiapa yang berminat, jom sama-sama meriahkan suasana di sana!!

**********
30 hb 03
8.30 malam
UKM
masuk adalah percuma

Thursday, March 22, 2007

atas nama cinta

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://puteri-reformasi.blogspot.com

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya..

Monday, March 19, 2007

bunga dan rama-rama

menggapai setia menemu bahagia


rama-rama telah kembali
mencari kembali bunga yang ditinggalkan
datang menghirup kembali madu
yang ada pada kuntuman bunga
menghidu kembali wangian nan indah
membelai lembut kelopak bunga

rama-rama telah kembali
yang suatu ketika meninggalkan bunga
agak lama
mencari yang lebih mekar
lebih indah dari bunga yang ini
terbang bebas tanpa mengingati si bunga
bunga biar sang rama-rama bebas sebegitu
namun rama-rama takkan bisa melupakan
haruman bunga
itu janji dan doa si bunga

biar sejauh mana rama-rama pergi
biar selama mana rama-rama pergi
bunga pastikan rama-rama
akan mengingatinya
tidak mampu menolak dari kehidupan rama-rama
yang pernah menghinggap
merasa betapa manisnya madu bunga
bahagia menemui bunga dahulu
terisi kehidupan rama-rama
ceria

dan rama-rama itu kembali
dan telah kembali
walau bunga terasa pernah disiakan
kecewa ditinggalkan
pilu dilupakan untuk tika itu
terkilan kerana rama-rama berubah hati
hampir layu tanpa rama-rama
yang dulu mewarnai kehidupan indah si bunga

namun bunga masih setia
tetap setia menanti
dalam luka
dalam rindu
kehadiran rama-rama
cinta sang rama-rama

rama-rama kembali
bunga menerimanya
bunga kasih pada rama-rama
rama-rama merindui bunga
benarkah begitu?
bunga tertanya sendiri
dengan harapan benarlah sang rama-rama itu

cahaya nan indah menyinari bunga
moga itulah lambang bahagia
yang si bunga rasai
kembali bersama rama-rama
moga rama-rama yang kembali
akan terus setia
dan tidak akan meninggalkan bunga lagi
menghargai bunga seadanya
bunga mengembang indah
tatkala rama-rama hinggap semula padanya
angin nan bahagia mendesir perlahan
bunga gembira
terima kasih Tuhan
mengembalikan rama-rama padanya
kebahagiaan bunga yang ada pada rama-rama...

akan pergikah bahagia yang bunga kecapi?
akan terbang kembalikah rama-rama itu?
akan ditinggalkan lagikah si bunga?
mampukah rama-rama setia padanya?

Friday, March 16, 2007

lafaz yang tersimpan

Artis : UNIC
Album : Tika Itu

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan
kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan..


Wednesday, March 14, 2007

setia


Setia.. memang sesuai dengan nama album tu.. Terpaksa setia menanti sekian lama untuk album kumpulan Wildan.. huh, lama betul menanti. Tapi, alhamdulillah, akhirnya dah siap jugak. dari pertengahan tahun 2006.. Sekalung tahniah buat yang telah terlibat dalam pembikinan album tersebut, Nasyeed.Com dan lain-lain. Istimewa, tahniah buat abg zaidie, abg lie, abg hazar dan abg razie.


walaubagaimanapun, masih belum boleh mendapatkan album di atas. Pemesanan sudah dilaksanakan, dah lama dah cakap kat abg zaidie.. nak ;)

Ana rasa, kalau lambat lagi nak siapnya album Setia tu.. (yang dulu nama yang diletak ialah Yang Bernama Cinta)


Ana cadangkan tukarkan nama Setia tu kepada "Sabar" hihihi..

abg2 wildan jangan marah ye.. puteri gurau je :)

*********

rindu....

Tuesday, March 13, 2007

tika itu

UNIC - You And I See



Dah lama pesan, hari ni baru dapat. Sekali lagi terima kasih buat nabilah abu bakar yang tolong dapatkan untuk ana ;)


Bestnye la lagu Lafaz Yang Tersimpan. Berulang-ulang kali pusing lagu tuh. Berminat sebelum ni sebab abg shaiful (mestica) yang wat lagu tu.. Hmm.. Klau mestica, abg shaiful yang nyanyi, mesti lagi best.. ana paling minat team mestica, abg shaiful.. huhu B)

********

orang yang ana suka, ana takde minat dia pon..?? :?
:D =) B)

Monday, March 12, 2007

dua berita


Ada dua berita hari ini. Pertama, hari ni kuar result SPM dan STAM. Tahniah kepada teman2 di MMKM faradila, kak huda, kak yati, abidah, nabilah (thanks belikan album Tika Itu), azila dan raamai lagi yang dapat Jaiyid dan jaiyid Jiddan. tahniah, tahniah.. Istimewa buat amirah (kawan dari sr) yang berjaya menyandang MUMTAZ dan farhanna yang memperoleh 7A dalam SPM, alhamdulillah.. Mabruk dari ana. Tahniah! Syabas!

Jika ana mengambil stam tahun lepas, pangkat apakah yang bakal ana perolehi? ;)

Semalam ana msg dgn nik, nik noor syafawati. Kemudiannya dia menghubungi ana. Herm.. Insya-Allah, kami merancang sesuatu dan ana harap ianya dapat mnjadi kenyataan seperti janji ana utk ke rumahnya di taman melawati, dan dia kemudiannya menyusuli ke apartment ana, tahun lepas.. =)

Katanya, nanti dia ble kenalkan ana pada shameem, teman baiknya dari kecil. Ya, ana agak familiar dgn nama itu..mim. Sblm ini, ms ana ke rumah nik, kami ada pegi open house yang mana keluarga mim pun ada. Tapi mim xada sbb ada kerja. Hurmm..

Nik nak kenalkan mim pada ana.. Dan ana pula teringin utk kenalkan nik pada...

???

apa khabar si dia? smoga sehat2.. Ameen.
Tak salahkan mendoakan dia?

Ana..
Masih...............

Berita kedua, hari ni ustaz hilmi kawen hari ni. Ana tak tahu kata hari ni sebenarnya, masa msg dgn ustaz la..
"ustaz, kata nk wat knduri bln ni.. tahniah2" ustaz pun balas
"tgh knduri la ni, akad nikah 9.15 tadi"
"laa..tak ajak"
"mcm mn nk ajak, knduri kt umah org. hadiah xdak ka?" sempat lagi tanya psl hadiah ;(

Apa-apa pun, tahniah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat buat ustaz hilmi dan pasangannya, ameen.. =) (ustaz yang penah ana minat dulu, hehe.. dulu-dulu je.. =) umo dia skrg 29, ana, tolak 10 tahun dari dia :D)

Sunday, March 11, 2007

kenduri kak na

nurul farhana md isa


Alhamdulillah, kakak sepupu ana telah selamat diijibab-kabulkan dengan pasangannya, khairul naim (tak tahu lak nama penuhnya, hehe). Ana rasa sedih, sebab rasa 'kehilangan' kak na. Lagi pula, dah kurang 'geng'.

Sempat juga bermesej dengan kak na "kak na da nak kawen, sedih =( nnt dah xdak geng" Lalu kak na membalas "takpa, nanti kita geng lagi" Huhu.. (maknanya bila ana kawen la pulak, ah..lambat lagi nak jadi geng balik.. ;))

mendengar khutbah.. ni kali keempat ana join dengar khutbah =) first, kak long(kakak kpd kak na), abang, kak nun dan kali ni, kak fana..
ijab - pak ngah (ayah mentua) dan abg naim (menantu)

kabul - abang naim (abang ipar sepupu ana eh? ke abg sepupu ipar? hihihi)
saat dinanti....
detik bahagia.. sah bergelar suami isteri. bestnye.. :X :X hihi


Kata kak fana, dia rasa biasa je. Ana lak yang terharu + sebak + sedih masa akad nikah tadi.. tapi betul, siap keluar air mata lagi.. Huh, tah pa pe.. =)



kak na dan abg naim. salam kenal abg naim ;) mcm pnh ana lihat sbl ni, tp di mana..?

haa.. da senyum sket pun kak fana.. mcm ni la.. (",)

me and kak na..

Banyak la pulak gambar dalam entry nih.. Hurm.. Kata kak long "cik pasai pa pakai spek pulak dah?" hehe.. ana membalas dengan mimik muka malu-malu (hah..camne tu? huhu..) Ni first time pkai spek depan diorang :D

Ohya, terlupa pula nak ucap.. Kepada kak na dan abg naim, tahniah. Selamat Pengantin Baru.. Semoga panjang umur, murah rezeki, berbahagia di dunia dan akhirat insya-Allah, ameen..

Saturday, March 10, 2007

wallpaper

edit dan edit, maka terhasillah.... ;)


sape nak? sile3.. amik

Wednesday, March 07, 2007

dakwah

mengapa anda berdakwah?

Saya sering ditanya oleh adik-adik di kampus tentang dakwah, tentang jamaah,tentang kaedah memilih badan yang ingin disertai… dengan pelbagai format pertanyaan. Namun, adik-adik di kampus perlu berhenti sejenak dan menapak selangkah ke belakang.

Jawab dahulu soalan yang paling penting, MENGAPA MAHU BERDAKWAH? Jawab dahulu soalan ini, sebelum pergi kepada soal organisasi dan jamaah.Ada orang mengambil keputusan untukberdakwah, kerana persekitarannya penuh kerosakan dan maksiat. Pengikut aliranNafsu Nafsi semakin tinggi, mengatasi pendukung Salafi Khalafi.

Ketika segelintir rancak berbincang tentang kaedah melahirkan da'ie, siswi melahirkan anak luar nikah lebih meninggi. Sesuatu mesti dilakukan,lantas keputusan diambil, saya mesti berdakwah. Salahkah pemikiran seperti ini? Tentu tidak salah, tetapi ada kekurangannya disitu… Ada segelintir yang mengambil keputusan untuk berdakwah kerana hasil ilmu dan pengetahuannya, dia mendapat tahu bahawa dakwah itu wajib.

Kewajipan dakwah itu sangat rasional. Fathi Yakan di dalam bukunya Apa Erti Saya Menganut Islam menegaskan tiga sudut yang membawa kepada kewajipan dakwah. Himpunan ayatal-Quran dan al-Hadith tentang kewajipan dakwah, sudah pun dihadam di dalam pelbagai siri usrah dan seminar. Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan. Apakah salah berpemikiran sebegini? Tentu sekali pemikiran ini adalah pemikiran yang lurus dan benar tentang dakwah. Tetapi di sana ada sesuatu yang kurang. Kurang itu mungkin tidak muncul semasa kita di kampus. Ia datang kemudian…

Sama ada kita mengambil keputusan untuk berdakwah kerana persekitaran, atau kerana sedar akan kewajipan dakwah, kedua-dua motif dakwah ini letaknya di luar. Ia datang dari luar ke dalam diri. Apabila ia datang dari luar ke dalam,kita bergerak di medan dakwah hasil dorongan luar diri. "Apa nak jadi dengan masyarakat di kampus kita, kalau kita tidak berdakwah", pesan seorang naqib kepada anak buahnya. "Takkanlah aku nak malas-malas dan mengabaikan dakwah. Ini bukan cakap naqib aku, tapi Allah yang cakap, Nabi yang cakap", monolog seorang siswa yangbaru menerima panggilan telefonmemanggilnya hadir ke mesyuarat Program Minggu Dakwah tidak lama lagi.

Ya, mata melihat kemungkaran. Otak tunduk kepada rasional dalil wajib dakwah. Tetapi sudahkah HATI merasainya? TAHU DAN MAHU Jika kita berdakwah kerana keyakinan akal terhadap hujah dan dalil, akal kita menawarkan TAHU. Apabila kita duduk dalam 'dunia akal 'di kampus, ia sudah cukup untuk membantu diri kita terjun kemedan dakwah. Dunia realiti bukan dunia akal. Ia bukan dunia tahu, dunia kita adalah dunia MAHU.

Sudah berkali-kali saya cuba buktikan,bahawa manusia tidak bertindak hanya berasaskan apa yang dirinya TAHU. Manusia bertindak berasaskan apa yang dia MAHU, dan mahu itu adalah soal hati. Bagaimanakah apa yang kita TAHU tentangdakwah itu boleh dikesan telah terserapke dalam hati menjadi MAHU? Jawapannya tidak sukar, pada jalan dakwah itu kitamendapat KEPUASAN hidup. Bekas peserta kursus saya (rujuk artikelApa Tajuk Bab 1 Dakwah Anda), mengatakanbahawa beliau bersyukur dapat hadir kekursus tersebut dan merasa rugi di pihak kawan-kawannya yang tidak hadir.

Dalamkeadaan baju masih dedah sana sini, dan lidah masih bertindik, beliau berkata, "saya mahu sampaikan apa yang saya dapatdalam kursus ini kepada kawan-kawan saya!" Tidakkah beliau sudah menerima konsep dakwah? Hatinya sudah mahu, sebelum akalnya tahu…

ANALOGI 3 PEKERJA

Analogikan sahaja kepada 3 pekerja.Pekerja pertama merampus-rampus dan merungut semasa mengecat dinding kerana tertekan dengan kerjanya itu. Pekerja kedua lebih tenang dan gembira mengecat dinding kerana dia tahu, kerjanya itulah nanti yang bakal menjadi gaji. Bekerja untuk menerima imbuhan. Manakala pekerja ketiga sangat gembira dan mendapat kepuasan kerja, sebelum gaji diterima,kerana padanya perbuatan mengecat dinding bukan sekadar sebahagian kerja menyiapkan bangunan, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian dari kebahagiaan keluarga yang bakalduduk di rumah itu. Bukan hanya cat,tetapi yang disalut pada rumah itu adalah sebuah harapan agar ahli rumah itu nanti bahagia.

Anda pendakwah kategori mana? Semasa berdepan dengan mesyuarat dan tekanan kerja dakwah, adakah anda merampus dan merungut-rungut? Bandingkan sahaja diri seperti ini dengan pengecat pertama. Buat sesuatu kerana terpaksa,tiada matlamat, dan penuh rungutan.Atau anda gembira dengan dakwah dikampus? Gembira kerana penglibatan anda bakal dikira di dalam jam kredit, dan boleh dimasukkan di dalam resume? Setiap kali di awal program, nama anda akan dialu-alukan oleh penceramah? Dapatberdamping dengan orang besar-besar yang datang? Dapat kawan?

Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. Hati gembira apabila berdakwah untuk MENERIMA. Dakwah kategori ini, tarafnya hanyasekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah kehidupan,tidak begitu difikirkan. Semasa miskin jam kredit dan semasa baru berkenalan dengan 'pengaruh', mungkin doronganberdakwah untuk menerima sudah cukup kuat untuk mengajak kita turun ke medan dakwah.

Tetapi jika anda berdakwah di kategori ketiga, anda berdakwah untuk mencari makna hidup. Dakwah bukan semata-mata untuk menerima pengiktirafan kampus,tetapi dakwah anda adalah untuk memberikan makna kepada diri dan rakan.Setelah diri merasa begitu bertuah terpilih menerima sentuhan Iman, terasa dalam diri untuk berkongsi tuah itu dengan saudara yang lain.Dakwah anda bukan hanya untuk kejayaandiri, tetapi juga untuk kejayaan oranglain. Bukan hanya berjaya mengubah carafikir, cara pakai dan cara cakap, tetapi berjaya mengubah erti hidup dan bertemu jalan menuju Syurga! Akhirnya pendakwah ketiga, berdakwahkerana pada dakwah itulah dia bertemukepuasan hidup. Pada dakwah itulah dia memberi makna kepada hidup. Keinginan untuk berdakwah, adalah kerana kemanisan iman dan penghargaan yang tinggi terhadap hidayah Tuhan, yang melimpah ruah di dalam hati, sebelum datang soal wajib dakwah dan panggilan dakwah terhadap kerosakan bi'ah (persekitaran) .

Dakwah ini adalah dakwah dalam ke luar.Bukan lagi dakwah luar ke dalam. Dakwah ini adalah dakwah untuk memberi, bukan sekadar menghitung terima.Kenapa soal ini penting?

DUNIA KERJAYA DAN RUMAHTANGGA

Apabila adik-adik di kampus terjun kemedan kerjaya dan berumahtangga, mereka yang dahulunya aktif berdakwah akan kecundang satu demi satu. Mereka kecundang bukan kerana fikiran telah berubah.Dulu saya yakin dakwah itu wajib, tetapi kini di alam kerja dan rumahtangga, sayaberjumpa dengan wajib yang lebih besar dan tinggi. Tidak ramai yang 'gugur' kerana berfikir begini.Mereka kecundang bukan kerana suasana persekitaran sudah kekurangan maksiatdan sebab dakwah. Malah maksiat makin banyak, makin menggila. Tetapi lagi banyak maksiat bertebaran, makin kurang pendakwah yang bertahan.

Gugurnya da'ie dari jalan dakwah bukan kerana itu semua.Gugur itu hanya kerana 5 huruf yang sakti. S.I.B.U.K. Ya, jika sibuk dijadikan alasan, tidak akan ada sesiapa pun yang berani membantah. Jika dahulu kita sendiri,kini sudah bersuami atau beristeri.Anak-anak bakal menyusul. Dulu satu ibu dan satu bapa, satu keluarga dan satu saudara mara. Kini semua berganda dua. Hujung minggu hanya sehari atau dua.Tanpa disedari, sudah setahun tidak berusrah. Sudah setahun tidak berceramah, sudah setahun bercuti dari dakwah. Salahkah bercuti dari dakwah?Akal mungkin berkata ya, tetapi hati sedap menikmatinya.Jika dahulu, makna hidup dicari pada kawan yang mad'u dan diri yang da'ie,tetapi kini makna hidup beralih pada kerjaya, pada rumah tangga, pada semua selain dakwah.

BAGAIMANA MENGATASINYA? Bagaimanakah adik-adik boleh selamat dan terkecuali dari fenomena warisan ini? Saya sendiri masih bertarung, selaginyawa dikandung tubuh.Tetapi saya percaya, saya berdakwahbukan untuk menerima, tetapi kerana mahu memberi. Dan pada memberi itu, saya meng'erti'kan hidup, lantas terasa berbaloi mengorbankan Sabtu dan Ahad demi Sabtu dan Ahad, meninggalkan anak sendiri untuk bertemu anak orang lain,demi erti hidup yang pada MEMBERI. .

Kerana itulah saya masih terus bertahan, walaupun dalam seribu kepayahan.
"Kenapa mahu berdakwah?", tanyalah kepada diri.

*****************
ana copy nih..

ABU SAIF @ saifulislamdotcom. wordpress. com
"Erti Hidup Pada Memberi

Tuesday, March 06, 2007

rasa cinta


Ana mendapat satu msg yg agak menarik, dan terlalu menarik sebenarnya! "jangan menyalahgunakan nikmat yang Allah berikan yakni kecintaan yang amat mendalam dalam memperjuangkan Islam dengan secara sembunyi bermain cinta enta-enti"

Apa maksud si pengirim?



Ana pernah mmbaca artikel ttg cinta enta-enti suatu masa dahulu. Agaknya di forum, dlm thn 2004. ye la, masa tu ana rasa mmg aktif gile2 dlm dunia cyber nih. Hurm.. Skrg aktif gak tp..xde la sgt ;)

Tak perlu membenci perasaan itu. Cukuplah menolaknya. Menolaknya kerana belum masa hadirnya ia dalam hidup. Namun, ana kagum dengannya. Menolak perasaan terhadap ajnabi.. Ana bertambah kagum dgn 'kekuatan' dia. Ana seharusnya begitu dan pernah begitu… (huhuhu..)

JANGAN TERLALU SAYANGKAN SESUATU
BIMBANG KAMU AKAN KEHILANGANNYA
JANGAN TERLALU BENCIKAN SESUATU
BIMBANG NANTI KAMU AKAN PERLUKANNYA

Bagi ana sama seperti maksud suatu hadis (jika ada kesalahan, sila betulkan..) "sayangilah seseorang itu sekadarnya sahaja, bimbang nanti kamu akan membencinya, bencilah seseorg itu sekadarnya sahaja, bimbang nanti kamu akan menyayanginya"

Dia benci pada cinta.
Itu lebih baik dari dia mmbenci ana kerana ana seorang perempuan
dan dia seorang lelaki!

Namun, ana juga menyokong apa yg dilakukannya. Smoga 'kekuatan' itu juga menjadi milik ana. Milik ana sepenuhnya, insya-Allah.

Monday, March 05, 2007

tak pasti

ingin sahaja aku bertanya pada dia.. siapakah aku dihatinya? siapa saya bagi awak? sungguh.. aku dulu sekadar sukakan dia biasa-biasa sahaja.. jika bukan kerana dia mula guna rindu-rindu terhadapku.. pasti aku masih seperti dulu.. aku anggap dia kawan biasa.. bukan luar biasa..

tapi.. ah.. dia pula beritahu aku yang dia belum berpunya.. bukankah ia menjadi harapan buatku? bila aku katakan aku sukakan dia dan terus meminta maaf kerana sukakan dia, katanya buat apa meminta maaf..

bila aku suruh dia lupakan apa yang aku luahkan, katanya mana boleh abaikan, orang dah suka..kan?

ah..semua tu harapan untuk mengecewakan aku. bencinya

tapi rindu..

Friday, March 02, 2007

windows vista


Mulanya ana ingin mengucapkan selamat datang kepada windows versi itu ke dlaam hidup ana. Bersemangat pula untuk ke bilik staff it dekat kampus. Tertarik dengan iklan baru-baru ini, install program seperti MS Office, Windows Vista dan lain-lain secara percuma. Huh, sape tak tertarik?

Lalu, pergilah ke bilik tu dengan syahirah.Hurmm..
"Dik, spesifikasi laptop adik berapa?" Opss..tidak pula ana tahu apa jawapannya..
"Tak tahu.." ana menjawab..
"Kejap ye.. abg kne check dlu, nanti br kita ble nak install ape2"
"Ok.."

Selepas itu.. ermm..
"Dik, adiknye takleh install vista sbb spesifikasi adik tak cukup.. lagi satu, adik sekurang2nya kene pkai pentium 4"
begitula staff it itu mnjelaskan.. ada lagi panjang lebar, tapi.. hehe.. mane leh bitau smua.
"abg ble installkan yang ni.. Visual Basic, OneNote dan Project.. nanti kite buat.."
abg wan menyambung ayat seterusnya.. (nama belaiu syazwan kot? xigt la plak..)
"ok.." begitulah...

hurmm...
nampaknya hanya mampu ucap Selamat Tinggal buat Windows Vista.. Jumpe nanti di masa akan datang jika berkesempatan ya..!

Ingin ke Loyat ahad ini, insya-Allah. Mencari sesuatu ;)