© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label hopes. Show all posts
Showing posts with label hopes. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

mood: exam

:)

Tak boleh tulis banyak.

Minggu2 yang dipeningkan dengan exam.

Alhamdulillah tesis da siap, jadi tak ya pening2 lagi dengan tesis.

Buat teman2 FSU khususnya dan USIM umumnya yang masih dalam proses menyiapkan tesis, ku doakan urusan kalian dipermudahkan, ameen.

Buat kawan2 blogger, doakan saya juga,, agar dapat jawab exam dengan baik, dan dapat keputusan diantara yang terbaik.. insya-Allah. Ameen.. (",)

:)


Thursday, November 04, 2010

tesis gue,,,

Hurmmm... untuk sekian kalinya... untuk sekian minggunya.... masih sama....

Minggu lepas, nak jumpa supervisor, dia cakap jumpa minggu ni, hari Isnin. Hari Isnin tanya, dia kata tak boleh ada meeting. Jumpa hari Selasa atau Rabu. Hari Selasa jumpa sekejap, ada la dua minit kot? Dia cakap tak sempat, dia suh jumpa hari Khamis.

Merangkap hari ni la hari Khamis tu.. Tadi pergi... Masih sama... Sibuk... Huuuuu... Dia cakap jumpa Isnin minggu depan...

Adehh..... Frust....,,,,



Isnin depan 8hb.. Sepatutnya Isnin depan dah kena hantar tesis yang dah siap jilid.. Akan tetapi selagi belum supervisor habis check keseluruhan draft tesis, maka tak boleh jilid lagi... Ya, draft-draft saya semuanya dah siap. Cuma tunggu dikomen atau dibetulkan mana-mana bahagian atau grammar (usually grammatically error, he.he).

Isnin ni kene amik dan isi borang penangguhan hantar tesis. Biasanya tempoh penangguhan adalah 2minggu. Isnin betulkan.. Insya-Allah, harap2 Selasa boleh hantar kedai suh jilidkan. Harap-harap betul-betul Isnin....

Doakan puan supervisor saya tu lapang untuk saya hari Isnin depan ya kawan-kawan.!

Dah capek (penat) nih,,,,....



Penantian memang memenatkan. Patutla orang cakap "penantian itu satu penyeksaan"... Hurmmm..... :/

Monday, September 27, 2010

Malaysian bloggers: wanted

Salam sejahtera. Apa khabar semua? Pada hari pertama iaitu Isnin.. hari yang di mana sesetengah orang rasa 'Esok dah Isnin? Tidakk...!!'. 'Kenapa esoh hari Isnin?'. 'Oh malasnya Isnin...',,. Macam-macam ragam boleh kita lihat.

Maklumlah, hari pertama selepas cuti hujung minggu.. Malas nak bekerja, malas nak ke kelas.. Even tukang masak gerai pun ada tau, malas nak masak sebab dah lama cuti! Psstt.. It's happen in my place Hostel Sutera Indah. In the past two days, we were suffered because of it.. :(

Erm.. about Malaysian bloggers... Boleh saya dapatkan bantuan sekali lagi? Masih untuk tujuan yang sama, iaitu Tesis = Projek Ilmiah.

Sebelum ini, saya telah mengirimkan questionnaire melalui e-mail kepada beberapa orang rakan blogger Malaysia, Indonesia juga Singapura. Pada kali ini, sekali lagi saya ingin meminta pertolongan kalian untuk jawab semula boleh?

Supervisor saya menyuruh saya mengolah semula soalan-soalan saya yang lepas, oleh yang demikian, saya sekali lagi perlu mengedarkan soalan kepada kalian. Ohya, pada kali ini soalan yang bakal saya edarkan hanyalah kepada blogger Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan bloggers dari negara jiran yang telah memberi kerjasama dengan baik sekali pada sesi yang lepas.

Bolehkah kalian? Boleh berikan saya alamat e-mail?

Saya amat berharap....

P/S: Segala maklumat hanyalah untuk kegunaan projek ilmiah semata-mata, manakala semua maklumat peribadi partisipasi akan dirahsiakan.

Jasa baik kalian saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih
.



Thursday, September 23, 2010

surat rasmi online

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saudara/Saudari,


JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN PENULISAN CERPEN, SAJAK DAN MELENGKAPKAN SLOGAN ANJURAN PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA) JOHOR 2010.


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Saudara/Saudari telah terpilih sebagai JOHAN PERTANDINGAN PENULISAN (Kategori Melengkapkan Slogan) dan Saguhati (Kategori Melengkapkan Slogan) Anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Johor 2010.


3. Kami dengan berbesar hati ingin menjemput Saudara/Saudari untuk hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah yang akan diadakan bersama dengan Jamuan Aidilfitri PEMBINA Johor dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor mengikut ketetapan berikut:


Tarikh : 26 September 2010 (Ahad)

Masa : 2.30-5.30 petang

Tempat : Surau JPJ Johor, Jalan Kencana Mas 1/3, Johor Bahru, Johor‎.

Pakaian : Baju Melayu (Lelaki)/ Baju Kurung (Perempuan)


4. Pihak PEMBINA Johor ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas buat Saudara/Saudari atas kemenangan ini. Besarlah harapan kami agar Saudara/Saudari dapat menghadirkan diri ke majlis ini bagi meraikan kejayaan Saudara/Saudari. Sekiranya Saudara/Saudari tidak dapat menghadiri majlis ini, bolehlah menghantar wakil untuk mengambil hadiah bagi pihak Saudara/Saudari.


5. Saudara/Saudari diminta untuk mengesahkan kehadiran dengan membalas email ini. Sebarang masalah atau pertanyaan boleh diajukan kepada email ini (penulisan2010@gmail.com) atau kepada Encik Mohd Fauzi Abdul Hamid ditalian:019-7458171 atau Cik Siti Soraya Lin Abdullah Kamal ditalian: 013-2521609.


6. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak Saudara/Saudari kami dahului dengan ucapan Terima Kasih.


Sekian, Terima Kasih.


“Membina Belia Harapan”


Wa.. sonoknye!! nak pergi.. Tapi macam mana nak pergi dari Nilai ni... Tak ada transport pulak tu... Sapo nak teman? Berapa kos yang diperlukan?


........

Monday, June 21, 2010

keliru

sukar, sulit, susah

Memang sukar untuk menjelaskan betapa sulitnya perasaan, dan pastinya susah untuk difahami. Siapakah bisa mengerti hati ini?

Ah.. hati sendiri pun tidak mampu difahami, apa lagi mahu bertanya pada orang lain. Tapi manalah tahu kan? Akan ada yang mampu memberikan jawapan. Atau sekurang-kurangnya menghuraikan kekusutan yang ada sedikit sebanyak.

Resah.. Saya benar-benar resah. Buntu, juga keliru.

Si dia yang dikasihi.. Entah. Haisyhh.. Susahnya menyimpan perasaan terhadap orang yang tidak mahu menerimanya. Tapi akan daya, hati ini masih tidak mahu berubah. Mengapa berdegil? Ketegaq, orang Kedah kata.

Atau mungkin sebab dia melayan dengan baik, malah masih melayan dengan baik. Maka sukar untuk meninggalkan dia? Atau sebab sebenar adalah kerana tiada yang lain? Ha.ha. Salah satu jawapan yang boleh diterima.

Saya tak nak berhubung dengan dia lagi. Tapi masih mengharap yang dia tidak berhenti menghubungi.

Sesungguhnya saya telah berjaya untuk membuang pengharapan untuk bersama dia kelak, cumanya perasaan yang ada masih belum mampu diusir.

Ada kawan saya cakap, jangan sms dia, jangan layan dia, jangan balas sms dia, jangan, jangan, jangan dan jangan.

Ada juga yang memberi sokongan. Teruskan usaha. Tidak salah mengharap. Malah berdoalah kepada Tuhan kerana Dia Maha Mendengar. Berdoa moga hatinya terbuka untuk saya, semoga dia menerima saya dalam hati dan hidupnya, mengasihi saya seperti mana saya mengasihi dia.

Sebab hati dia, bukan dia yang pegang. Allah yang pegang. Jangan minta pada dia untuk membuka hatinya. Tapi pintalah pada yang Esa. Itu nasihat teman saya, Asya. Yang masih terngiang-ngiang. Asya sering memberi sokongan kepada saya, perasaan saya.

Tapi betul juga. Kalau saya tak hantar sms pada dia, saya tetap mengingati dia. Dia sms, saya tak sampai hati tak balas. Saya pernah buat macam tu, tapi hati saya yang sakit. Sakit sangat. Walaupun orang boleh buat macam tu kepada saya, tapi saya tak boleh.

Kenapa ya? Kenapa tak sampai hati nak buat kat orang, apa yang orang sampai hati buat kat kita?

Tentang cincin yang saya dapat daripada dia. Saya masih pakai lagi. Ada orang cakap, jangan pakai, simpan jauh-jauh. Kalau pakai ingat dekat dia. Hurmm.. tapi kalau dengan saya tak payah lah, tak pakai pun ingat + rindu jugak dekat orang tu. Lagipun sayanglah kalau tak pakai, sebab memang takde yang lain pun. Ha.ha. Kan? He.he..

Saya akui, saya yang memintanya. Dan dia belikan untuk saya. Dia suruh saya pilih, tapi saya tak mahu. Saya suruh dia pilih sendiri. Jadi dia pilihkan dan beri kepada saya. Saya tanya dia, apa yang dia mahu dari saya? Dia cakap tak ada. Dan saya pun tak beri apa-apa. Ha.ha, teruk kan?

Kata Asya, bukan senang lelaki nak berikan cincin kepada perempuan. Si dia ada tanya pasal cincin juga, suka tak? Saya cakap saya suka, tapi... yelah sebab saya yang minta. Kata dia, kalau tak bagitau taktau nak bagi apa. Jadi kena bagitau...

Saya suka kacau dia. Saya suka usik dia. Saya juga suka dia usik saya. Saya juga suka merajuk dengan dia (ngada-ngada kejap, ha.ha). Tapi bukan betul-betul pun. Dia usik-usik, ataupun ubah topik ke, nanti ok lah balik. Aihhh.. apo nak jadi dengan eden nih?

(SATU)
Saya: Kawan saya cakap awak hensem.
Dia: Ek? Kat mana ya?
Saya: Manalah saya tahu. Dah dia cakap macam tu. Takkan nak tanya kot
Dia: Tanya je lah.. Hehe
Saya: Taknak lah
Dia: Awak rasa hensem kat mana? Eh, manis kat mana?
Saya: 'Awak' tu saya ke, kawan saya?
Dia: Awaklah yang tengah msg ni.
Saya: Hensem kat mane? Erm.. Macam mana nak cakap ye? Susah lah nak cakap. Mmm., macam mane nak bagitau mana yang hensem sebab awak tak hensem pun! :P
Dia: Haha

(DUA)
Saya: Nak coklat? Tadi saya makan coklat. Tapi tak sedap. Nanti saya bagi ya?
Dia: Amboi. Tak sedap baru nak bagi?
Saya: Yelah, sebab tak sedap la nak bagi. He.he
Dia: Kalau sedap tu makan habis, tak bagi la. Teruknya
Saya: Ha.ha. Ok ape.. ok la.. sekurang-kurangnya bagi. Bukan macam orang tu
Dia: Yelah, yelah...

Tapi kadang-kadang.. Saya rasa, dia layan saya sebaik mana pun, bahkan saya percaya dia boleh layan saya dengan lebih baik selepas ini.. Tapi hati dia...??

Yelah.. kalau perempuan, kalau saya, saya tahulah. Saya layan dia baik sebab saya suka dia. Tapi dia, hurmm.. boleh ya, layan saya dengan baik, tapi tak suka kan saya? Bukanlah tak suka langsung. Dia suka sebagai kawan, kawan baik. Bukan macam saya sukakan dia.

Keliru. Pernah sendiri cakap, saya akan terus sayang dia selagi saya mampu. Hati akan terluka? Itulah harga yang perlu dibayar apabila sukakan orang yang tidak menyukai kita. Kadang-kadang mahu berhenti sahaja. Tapi... tapi apa? Tapi kenapa?

Saya rasa saya tak boleh kalau dia tak ada. Atau mungkin boleh sebenarnya, cuma tidak mahu jika dia tiada.

Sunday, June 20, 2010

saya sayang awak!

Saya suka dia bercerita
namun bukan kerana celotehnya
membuat saya suka
sebab dia membisu juga
saya mengasihinya

Saya suka dia sms saya
namun bukan kirimannya
membuat saya teruja
sebab dia tak membalas juga
saya merinduinya

Saya suka dia memujuk
namun bukan kerana usikannya
membuat saya bahagia
sebab dia buat tak tahu juga
saya menyayanginya..

Tuhan beri aku bahagia
Tuhan berikan aku cinta
Tuhan berikan aku dia..

Wednesday, June 16, 2010

seperti dulu

Tuhan. Apakah aku berdosa kerana masih menaruh hati pada dia?

Tanpa dia
Siangku suram

Tanpa dia
Malamku kelam

Tuhan. Kasihku masih tetap padanya. Bolehkah Kau tetapkan kasihnya buatku?

Tanpa dia
Aku menderita
Dia bahagiaku

Tanpa dia
Aku merana
Dia hidupku

Tuhan. Kau hadiahkan dia sebagai temanku. Bolehkah hadiahkan dia sebagai kekasih halalku?

Wednesday, March 31, 2010

sehidup semati

Tak semua kawan bisa jadi kekasih
Tak semua kekasih bisa jadi pasangan
Tak semua pasangan jadi teman hidup..

Tak semua teman hidup bermula dengan kekasih
Tak semua kekasih bermula dengan kawan..

Yang terbaik adalah teman hidup bermula dengan pasangan
Pasangan itu yang dijodohkan Tuhan
Bermula dengan sebuah ikatan
Dirisik, dipinang, bertunang, diakadkan..

Yang dimohon pada Tuhan
Moga diperkenankan..

Dialah pasangan
Dialah kawan
Dialah kekasih

Dialah teman hidup
Dialah teman di dunia
Dialah teman di sana..

Friday, February 19, 2010

sindrom yang melanda

malas, malas, malas

Oh sindrom yang begitu membahayakan.

Malas buat kerja
Suka melepak di skrin komputer
Window shopping di kedai-kedai online.

Jangkitan dari virus-virus yang merebak di kaca komputer
Juga di laman-laman sesawang yang ada

Oh kuman, kuman, merata-rata.

Mahu update anti-virus cyber addict
Mahu upgrade firewall love cyber habbit
Mahu tambah dose bored with cyber.

Bolehkah?

Harap-haraplah. Walaupun untuk seketika.
(Boleh percayakah? Ha.ha..)

Wednesday, February 17, 2010

please forgive me

Friend, I am sorry.

"Terlajak perahu masih boleh diundur lagi

Terlajak kata buruk padahnya" (In-Team)

Hurm.. Kedengaran saya bersalah, kan? Tak apalah, saya tak kisah pun kalau orang nak salahkan saya. Tak kisahlah kesalahan tu memang saya buat, atau bukan saya yang buat kesalahan atau kesilapan tersebut. Saya dah biasa dengannya.

Saya juga akui, orang tidak sukakan saya. Kerana apa?

People don't like me and do hate me because I am straightforward person, honest, sincere and never lie on my words.

Saya tahu ini kelemahan saya; bercakap benar.

Kalau saya suka sesuatu, saya akan katakan suka. Begitu juga kalau tidak suka, maka saya akan mengatakan tidak. Sama juga seperti jika saya sukakan seseorang, orang lain tak perlu 'mengirim salam' atau 'mengkenen-kenenkan' dia dengan saya. Sebab? Sebab saya sendiri boleh beritahu dia yang saya sukakan dia.

Berani? Ya, memang saya berani. Berani membicarakan apa yang ada dihati. Berani bercakap jujur kerana saya juga mahu orang jujur dengan saya. Begitu juga semasa saya berkawan dengan Nazmi dulu, semasa saya masih belum merasakan saya menyayangi dia seperti dia menyayangi saya, saya katakan pada dia, "Saya dapat rasakan yang saya belum sayangkan awak macam awak sayangkan saya, tapi saya akan cuba,".

Saya tak tipu saya sayangkan dia pada waktu itu. Saya sangat sayangkan dia walaupun saya berkata demikian. Lebih-lebih lagi dia adalah yang pertama. Tapi sayang, kenangan tetap adalah kenangan.

Walaubagaimanapun, saya tak rela ia berulang (kisah antara saya dan dia) kerana saya telah tertipu dengan begitu jayanya!


Saya cuba untuk tidak membenci dia, malah cuba mempraktik agar boleh melemparkan senyuman kepadanya sama seperti rakan-rakan lelaki yang lain. Tapi saya tidak berjaya bila berhadapan dengan dia. Mungkin kerana luka ini belum pulih dengan baik, walaupun saya sudah mula menyukai orang lain..

Berbalik kepada cerita asal.

"Jangan biar hati (menanggung) derita menahan bicara yang (tidak terluah) tidak mampu untuk dilafazkan", ini description asal blog saya yang saya telah pendekkan menjadi hanya "jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...".

Kadang-kadang rasa hati tidak terlafaz, atau mungkin tiada yang sudi untuk mendengar, lalu tinta penulisan ini merakamkannya. Blog ini menyimpan segala keluhan rasa yang terpendam, menghafaz segala kisah dan peristiwa hidup saya. Semuanya jujur, tulus lahir dari hati.

Tapi tak semua orang mahu orang jujur padanya. Haruskah saya menipu? Oh tidak! Itu pastinya bukan saya. Ada kawan, kenalan yang lari meninggalkan saya kerana kejujuran saya. Terlalu jujur? Lurus? Betul?

Maaf. Maaf jika awak terasa dengan saya. Bukan niat saya untuk membuat awak menjauhi saya. Cumanya saya hanya menegur supaya kesalahan itu awak tidak ulangi. Iya, saya bukan sesiapa untuk mengubah seseorang. Apatah lagi jangan berubah menjadi orang lain atau kerana orang lain, sebaliknya menjadi diri sendiri.

Namun, tiada salah dan dosanya jika merubah tingkahlaku atau sifat yang kurang enak itu. Saya sudah katakan kenapa dan mengapa, bukan? Awak meminta maaf dan mengatakan jika tersalah mengulangnya apakah saya akan maafkan? Saya jawab tidak. Sebab saya tak mahu awak ulanginya walaupun jawapan saya sebenar ialah 'iya, tentu boleh dimaafkan,'.

Atau, mungkin saya bukan seperti gadis-gadis lain yang mudah menerima ucapan manis awak itu. Lalu, saya ingin memohon maaf kepada awak. Maafkan saya kerana kejujuran saya itu. Walaupun awak mungkin tidak sudi mengunjungi blog saya lagi, apa lagi membaca penulisan saya.. Saya mahu awak tahu, perkenalan saya dan awak sentiasa ada diingatan saya.

Saturday, August 29, 2009

my beloved abah

Hari ini pergi ke library UKM, cari bahan untuk assigment yang sudah mula menambah-nambah dan menuntut untuk segera disiapkan. Oh.oh. Penat.

Semasa dalam perjalanan, abg zarin ada mengirimkan sms... terselit di situ tentang abah..

Kata abg zarin, abah sakit.. Ia membuat saya mahu menangis. Tapi saya bertahan supaya tak ada yang perasan perasaan saya ketika itu.. Doktor masih belum check. Pagi tadi abah tiba-tiba tak dapat mengunyah... Begitulah kata abg zarin. Pagi tadi, mak hantar abah ke hospital. Abah dalam wad. Tidur..

Saya rasa sebak dan sedih.. Entahlah.. tapi sedih.. Kata abg zarin, jangan risau sangat.





Tiba-tiba teringat suatu masa dahulu..

Abah...yang hantar saya ke asrama. Abah belikan laptop. Abah bawa beli barang-barang. Abah bagi duit. Abah..dan abah.. . Abah adalah segalanya bagi saya.


Saya takut jika kehilangan abah, na-a'uzubillah.. Mohon dijauhkan, ameen..


Buat kawan-kawan, doakan kesejahteraan dan kesihatan abah saya ya, semoga dia cepat sembuh..

Wednesday, June 04, 2008

doaku

PadaMu Tuhan..

...Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cintaCintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya terpaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam cinta nafsu

Ya Rabbana jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah jika aku jatuh hati kepada kekasihMu
Jangan biar aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku Pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu..

...Amin...