© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, February 17, 2010

please forgive me

Friend, I am sorry.

"Terlajak perahu masih boleh diundur lagi

Terlajak kata buruk padahnya" (In-Team)

Hurm.. Kedengaran saya bersalah, kan? Tak apalah, saya tak kisah pun kalau orang nak salahkan saya. Tak kisahlah kesalahan tu memang saya buat, atau bukan saya yang buat kesalahan atau kesilapan tersebut. Saya dah biasa dengannya.

Saya juga akui, orang tidak sukakan saya. Kerana apa?

People don't like me and do hate me because I am straightforward person, honest, sincere and never lie on my words.

Saya tahu ini kelemahan saya; bercakap benar.

Kalau saya suka sesuatu, saya akan katakan suka. Begitu juga kalau tidak suka, maka saya akan mengatakan tidak. Sama juga seperti jika saya sukakan seseorang, orang lain tak perlu 'mengirim salam' atau 'mengkenen-kenenkan' dia dengan saya. Sebab? Sebab saya sendiri boleh beritahu dia yang saya sukakan dia.

Berani? Ya, memang saya berani. Berani membicarakan apa yang ada dihati. Berani bercakap jujur kerana saya juga mahu orang jujur dengan saya. Begitu juga semasa saya berkawan dengan Nazmi dulu, semasa saya masih belum merasakan saya menyayangi dia seperti dia menyayangi saya, saya katakan pada dia, "Saya dapat rasakan yang saya belum sayangkan awak macam awak sayangkan saya, tapi saya akan cuba,".

Saya tak tipu saya sayangkan dia pada waktu itu. Saya sangat sayangkan dia walaupun saya berkata demikian. Lebih-lebih lagi dia adalah yang pertama. Tapi sayang, kenangan tetap adalah kenangan.

Walaubagaimanapun, saya tak rela ia berulang (kisah antara saya dan dia) kerana saya telah tertipu dengan begitu jayanya!


Saya cuba untuk tidak membenci dia, malah cuba mempraktik agar boleh melemparkan senyuman kepadanya sama seperti rakan-rakan lelaki yang lain. Tapi saya tidak berjaya bila berhadapan dengan dia. Mungkin kerana luka ini belum pulih dengan baik, walaupun saya sudah mula menyukai orang lain..

Berbalik kepada cerita asal.

"Jangan biar hati (menanggung) derita menahan bicara yang (tidak terluah) tidak mampu untuk dilafazkan", ini description asal blog saya yang saya telah pendekkan menjadi hanya "jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...".

Kadang-kadang rasa hati tidak terlafaz, atau mungkin tiada yang sudi untuk mendengar, lalu tinta penulisan ini merakamkannya. Blog ini menyimpan segala keluhan rasa yang terpendam, menghafaz segala kisah dan peristiwa hidup saya. Semuanya jujur, tulus lahir dari hati.

Tapi tak semua orang mahu orang jujur padanya. Haruskah saya menipu? Oh tidak! Itu pastinya bukan saya. Ada kawan, kenalan yang lari meninggalkan saya kerana kejujuran saya. Terlalu jujur? Lurus? Betul?

Maaf. Maaf jika awak terasa dengan saya. Bukan niat saya untuk membuat awak menjauhi saya. Cumanya saya hanya menegur supaya kesalahan itu awak tidak ulangi. Iya, saya bukan sesiapa untuk mengubah seseorang. Apatah lagi jangan berubah menjadi orang lain atau kerana orang lain, sebaliknya menjadi diri sendiri.

Namun, tiada salah dan dosanya jika merubah tingkahlaku atau sifat yang kurang enak itu. Saya sudah katakan kenapa dan mengapa, bukan? Awak meminta maaf dan mengatakan jika tersalah mengulangnya apakah saya akan maafkan? Saya jawab tidak. Sebab saya tak mahu awak ulanginya walaupun jawapan saya sebenar ialah 'iya, tentu boleh dimaafkan,'.

Atau, mungkin saya bukan seperti gadis-gadis lain yang mudah menerima ucapan manis awak itu. Lalu, saya ingin memohon maaf kepada awak. Maafkan saya kerana kejujuran saya itu. Walaupun awak mungkin tidak sudi mengunjungi blog saya lagi, apa lagi membaca penulisan saya.. Saya mahu awak tahu, perkenalan saya dan awak sentiasa ada diingatan saya.

2 comments:

macai_suci said...

Assalamualaikum fatimahtul zahrah anda masih ingat saya... apa khabar sekarang.

Puteri said...

waalaikumussalam warahmatullah.
alhamdulillah, saya sihat, baik-baik sahaja.