Saya dan air mata.
Bukan tak pernah rakan-rakan sekolah saya mengatakan saya ini mudah feeling, sensitif, emotional yang mana mudah sekali untuk mengalirkan air mata.
Teman saya dari universiti juga berkata demikian. Malah, adik kepada kakak senior saya juga telah mentertawakan saya kerana mengalirkan air mata semasa menonton filem hindustan "Umrao Jaan" yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini.
Mahukan tidak. Watak dalam filem pun belum nangis lagi, saya pula ter-over feeling menghayati watak dan skrip, isk3... Tapi ke-feeling-an itu terbantut sedikit, yelah, baru nak layan feeling, sekali iklan pulak.. Isq, isq, isq...
Bercakap tentang bahagia, juga air mata.. Ini merupakan sambungan entry saya yang sebelum ini. P/S: Sila rujuk untuk memahami istana permata dan istana kaca.
Orang cerita kepada saya tentang istana kacanya. Saya merasa serpihannya. Orang yang bercerita bertahan sahaja dalam kepiluan yang tidak tertahan, tapi air mata saya tidak dapat ditahan dari mengalir dalam tangisan sedu sedan.
Saya amat mengagumi ketabahan dia. Dia insan yang saya hormati, saya sayangi, saya kasihi. Saya mendoakan dia akan beroleh kebahagiaan. Biarlah istana kaca ini musnah, walau ia akan semakin melukakan dia, membuat luka makin mendalam, darah makin laju mengalir, makin pedih terasa, tapi cukuplah, cukuplah penderitaan berakhir si situ.
Moga akan terbina istana permata untuknya. Biar tiada yang membinanya, biar hanya dia yang membangunkannya, biar hanya dia yang merasainya, biar orang menyangka itu istana kaca, biarlah apa sekalipun yang bakal diterimanya, biarpun aku dan dia mungkin akan berjauhan dan tidak bisa ketemu lagi... Aku rela, asalkan dia bahagia.
Ya Allah, aku tahu tentang sesuatu yang paling Engkau benci, yang paling Engkau murkai walaupun ianya adalah halal disisi-Mu, namun Ya Allah, jika istana kaca itu bukan yang terbaik untuk dia, Kau permudahkanlah urusannya. Begitu juga jika istana kacanya itu sebenarnya takdir untuknya, Kau ubahlah istana kaca itu kepada istana permata Ya Allah.
Aku tahu juga Ya Allah, Engkau sesekali tidak akan pernah menguji hamba-Mu dengan ujian yang tidak mampu ditanggungnya, yang tidak mampu dihadapinya. Namun Ya Allah, Engkau ringankanlah ujian ke atas dia Ya Allah. Engkau lindungilah dia. Engkau kuatkanlah hatinya. Engkau teguhkanlah imannya. Engkau ampunilah dosanya. Kurniakanlah dia mahligai indah berhias pelangi dan haruman mewangi kekal selamanya..
Maqbulkanlah permintaan hamba-Mu yang hina ini. Ameen.
No comments:
Post a Comment