© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label cipta. Show all posts
Showing posts with label cipta. Show all posts

Wednesday, June 09, 2010

alunan irama dari tirai besi

Oleh: SHAMARUDDIN SAIDIN
UtusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 8 Jun - Siapa kata 'menghuni penjara' bermakna berakhirnya sebuah kehidupan serta tidak berpeluang melakukan aktiviti sebagaimana rakyat yang bebas daripada cengkaman tirai besi ini.

Namun persepsi yang menggambarkan kesengsaraan itu, sebenarnya cuma cerita di sebalik tirai besi, tetapi hakikatnya mereka juga digilap bakat dam kemampuan supaya apabila bebas kelak mempunyai kekuatan jati diri dan sahsiah yang baik.

Melihatkan betapa murninya harapan penghuni tirai besi ini, maka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan menganjurkan Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA) di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya pada 7 Ogos ini.

Pertandingan mencipta lagu ini pada peringkat saringan yang berlangsung di Penjara Kajang, baru-baru ini menyaksikan 15 penyertaan peserta dikalangan penghuni penjara seluruh negara, manakala 15 lagi digarap oleh pelajar USIM, untuk dipilih lapan penyertaan terbaik pada festival berkenaan.

Menurut juri yang juga penyanyi terkenal tanah air, Nash, sebanyak empat lagu terbaik dikalangan penghuni penjara akan dipilih, manakala empat lagi dari pelajar USIM untuk diadili pada peringkat akhir nanti.

"Saya berasa amat kagum dengann program yang dianjurkan oleh USIM ini, apatah lagi ia melibatkan penghuni penjara,"

"Ia satu kelainan, yang pastinya mendorong lebih banyak bakat terpendam dikalangan penghuni penjara dan pelajar, mencipta dan menghasilkan karya bermutu yang boleh diketengahkan pada masa hadapan," katanya ketika ditemui di Penjara Kajang, baru-baru ini.

Program ini kali ketiga dianjurkan dan antara lain bertujuan menyemarakkan pembangunan sahsiah dikalangan semua pihak yang terbabit.

Turut sama menjadi juri pada peringkat saringan ini termasuklah penyanyi, Siso yang merupakan anggota kumpulan Kopratasa.

Kata Nash, kebanyakan lagu yang dihasilkan oleh kedua-dua pihak ini cukup berkualiti dan boleh diketengahkan pada bila-bila masa.

"Saya akui lagu yang dihasilkan oleh penghuni penjara ini lebih jujur dan menyentuh jiwa kerana ia datang dari sifat keinsafan yang tinggi,"

"Lagipun saya percaya, lagu dari tirai besi ini dihasilkan secara peribadi," ujarnya.

Mengenai penghasilan karya dari kalangan pelajar USIM, Nash memberitahu ia lebih bercorak puitis dan bahasanya menarik.

"Ini mungkin persekitaran mereka lebih kepada aspek keilmuan yang kaya dengan penggunaan bahasa indah,"

"Mereka berpotensi untuk menghasilkan ciptaan lebih bermutu serta menjiwai karakter muzik dengan baik untuk kelihatan lebih asli," kata Nash.

Dalam pada itu Nash juga menegur konsep penjiwaan lagu bercorak patriotik, di mana ia perlu dihasilkan melalui kepekaan terhadap jiwa dan nadi masyarakat berbilang kaum di negara itu.

"Lagu patriotik tidak perlulah terlalu rigid, tetapi harus bersahaja, mudah difaham dan diterima oleh masyrakat," katanya.

Sementara itu, seorang peserta Nur Fatimah Zaharah Ahmad, 22, dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM memberitahu, ini merupakan pembabitannya kali ketiga dalam festival berkenaan.

"Kalau lagu ciptaan saya ini terpilih, saya lebih suka ia dapat memberi kegembiraan kepada penghuni penjara kerana mereka bersama-sama saya menghasilkan lirik lagu ini,"

"Mana tahu, lagu ini boleh kedengaran di corong radio pada masa hadapan. Tentu sekali, kebahagiaan itu saya berikan kepada mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara," katanya.


Adeh.. Kenapa macam tak hengat dan tak pernah kuarkan statement ni pown..?? Hui,hui,hui..



Dalam pada itu, seorang penghuni penjara yang hanya dikenali sebagai Shahril (bukan nama sebenar) memberitahu, dia telah mengubah lima buah lagu dan empat lagunya itu berjaya memasuki peringkat saringan.

Katanya, program ini cukup murni dan USIM telah menghargai kami dikalangan penghuni penjara.

"Dengan sedikit kekuatan yang diberikan oleh USIM, kami menganggapnya ia satu kekuatan abadi yang meningkatkan jati diri untuk mengubah sikap apabila keluar dan bebas dari tirai besi ini,"

"Memang tiada siapa menjangka, dalam penjara ini ramai yang berbakat menjadi pengubah lagu. Cuma bezanya, kami penghuni penjara, tiada siapa mahu mengiktiraf keupayaan itu, kecuali USIM," katanya.


Statement yang buat saya (mewakili USIM) terharu..


Persembahan peringkat saringan Festival Cipta Lagu Patriotik ini turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah.

Sumber: Utusan Online

*****************************************
Hu.hu.. Yang baru-baru ni masuk Buletin USIM, hari ni masuk Utusan Online pula (walaupun gambarnya tiada). Tadi ada belek2 dalam Utusan naskhah akhbar, tapi tak jumpa pun pasal ni?! Dalam online je ker ek??

Sunday, June 06, 2010

irama gemersik tirai besi

Pelajar USIM, Penghuni Penjara Gabung Idea Cipta Lagu

Penjara Kajang, 19 Mei 2010 - Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kehidupan di penjara tidak ada langsung kebebasan terutamanya bagi mereka yang minat berkarya.

Hakikatnya, pelbagai aktiviti telah dijalankan dan dianjurkan bertujuan untuk membentuk sahsiah dan jati diri penghuni penjara disamping menggilap bakat dalam bidang seni.

Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi dalam mendekatkan penghuni penjara dengan masyarakat umum serta mengubah persepsi umum mengenai penghuni penjara, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA) 2010.

Program yang merupakan kali ketiga ini bertujuan untuk menyemarakkan aktiviti promosi dan pembangunan sahsiah dikalangan warga kampus agar dapat melahirkan mahasiswa yang peka kepada persekitaran masyarakat khususnya pelajar sekolah.

Disamping itu memupuk kerjasama dan kesedaran dalam penyertaan mahasiswa, kakitangan dan penghuni penjara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

Sebanyak 15 buah lagu hasil ciptaan pelajar USIM dan 15 buah lagi dari penghuni penjara berentap untuk dipilih ke peringkat akhir yang bakal berlangsungpada 7 Ogos 2010.

Para juri yang terdiri dari penyanyi Nash dan Siso memilih 4 lagu terbaik dari USIM dan 4 lagu terbaik dari penjara yang menjadikan 8 buah lagu bakal bertanding ke peringkat akhir.

Nash yang merupakan salah seorang juri diperingkat saringan berkata, "Kebanyakan lagu yang dihasilkan mempunyai kualiti dan boleh diketengahkan. Sejujurnya saya akui lagu yang dihasilkan oleh penghuni penjara lebih jujur dan menyentuh jiwa. Ini kerana melodi yang dihasilkan datang dari perasaan yang nampak ketara secara peribadi".

"Tetapi lirik yang dihasilkan oleh pelajar USIM lebih puitis bahasanya. Ini mungkin disebabkan persekitaran mereka yang kaya dengan ilmu dan bahasa-bahasa indah. Mereka sangat berpotensi tetapi perlu ada jiwa tersendiri dalam mencipta lagu agar ianya nampak lebih jujur dan asli".

"Saya sangat menyokong usaha yang telah dilakukan oleh USIM dan berharap agar program bersifat patriotik ini dapat dilakukan secara menyeluruh merangkumi segenap masyarakat. Lagu patriotik tidak semestinya terlalu rigid, tetapi harus bersahaja, mudah difahami dan siterima oleh masyarakat", tambah beliau lagi.

Menurut Nur Fatimah Zaharah Ahmad, 22, dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM, penyertaan beliau merupakan kali ketiga dan pada kali ini beliau mempertaruhkan lirik dan lagu hasil ciptaannya.

"Sekiranya lirik atau lagu saya terpilih ke peringkat akhir, saya lebih suka memberikan kegembiraan itu kepada penghuni penjara yang bersama-sama bekerjasama dalam menghasilkan lirik dan lagu tersebut".

"Ini merupakan hadiah kepada mereka atas daya usaha mereka menghasilkan lirik dan lagu yang mantap untuk halwa telinga umum. Disamping itu juga program sebegini dapat membuktikan kepada masyarakat bahawa walaupun USIM tidak mempunyai aliran muzik, tetapi pelajar USIM mampu menghasilkan lirik dan lagu yang baik," tambah Nur Fatimah Zaharah Ahmad.

Shahril (bukan nama sebenar) yang merupakan salah seorang penghuni penjara yang mengambil bahagian berkata, "Saya telah mengubah 5 buah lagu dan 4 lagu terpilih untuk ke peringkat saringan. Sekiranya lagu saya terpilih ke peringkat akhir, saya sangat bersyukur dan gembira".

"Saya berpendapat program sebegini sangat bagus terutamanya bagi penghuni penjara untuk mengisi masa lapang disamping dapat mengasah bakat seni," tambah beliau lagi.

Persembahan Peringkat saringan sempena Festival Cipta Lagu Patriotik ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah.


Oleh:
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korporat USIM

(Sumber: Buletin USIM)

*****************************************
Hu.he.. Masuk Buletin USIM ;-)

Wednesday, May 26, 2010

kenangan CIPTA 2009

Song: Satu Malaysia
Lyricwriter: me
Songwriter: Shariayati Selamat


TQ to Zarina AF for singing the song!

http://farm4.static.flickr.com/3077/2620459202_320c3da884_o.jpg

Zarina sangat best n sporting malam tu! :X :X






source: USIM WebTV

Saturday, May 22, 2010

shooting cipta '10

20-Mei-2010

Sebahagian sesi shooting untuk teasel Cipta '10 yang akan datang. Tapi macam lebih kepada sesi fotografi je; he.he. abg2 cameraman, jangan marah.. ;-)


Raidah


Jo

Walaupun status saya KIV aje, tapi dipanggil juga untuk sesi shooting, he.he...


Saya dan Raidah


Raidah, Saadah, K.Suhana dan saya

Gambar2; credit to Raidah

********************************
Saya..entah, mungkin sudah terbiasa, saya menunggu dia. Masih. Awak, saya sangat merindui awak. Maaf kerana saya bersikap dingin sekarang, bukan tidak sayang, malah terlalu sayang.. tapi saya tak boleh menjadi kawan baik awak lagi, sebab saya sayang awak lebih dari itu.

Wednesday, May 19, 2010

saringan (2) cipta '10

Hari ni, saringan kedua CIPTA telah berlangsung. Dari pagi hingga petang. Dan keputusan pun diumumkan..

Lirik saya telah dilagukan oleh 3 orang komposer dari penjara. 2 daripada mereka; rosli dan syam, telah berjaya menjadi top 15 (kategori penjara) dan telah dipertandingkan dalam saringan kedua tadi.

Dan keputusan...,,..

4 lagu terbaik dari USIM;
komposer: syuk, suhana, imran, jo

4 lagu terbaik dari penjara;
penulis lirik: syuk, ...., ...., .... . (xingat namanya..hu..)

Yang saya tau, lagu saya untuk lirik Menjulang Semangat tewas. Bagi kategori lagu terbaik untuk penjara pula, lirik saya Kita Warga Malaysia berada di tempat yang kelima,,,..

Hu...

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, hanya 4 dari USIM dan 4 dari penjara akan di bawa ke final...

Walau bagaimanapun, dalam kes ini, tempat kelima bagi kategori USIM dan penjara, kami di-KIV-kan dahulu. Sekiranya boleh dibawa 10 lagu ke final, maka automatik, saya layak ke final.

Sekiranya hanya 8 juga.... Erm....,,, sebaliknyalah...

Bolehkah saya berharap saya masih layak ke final..??

Tuesday, May 18, 2010

saringan (1) cipta '10

Semalam, telah berlangsung dengan jayanya saringan (1) bagi Festival Cipta 2010. Daripada 27 lagu patriotik yang bertanding, 15 daripadanya terpilih untuk ke saringan (2) pada esok hari.

Maknanya, 15 USIM, akan lawan dengan 15 dari penjara untuk dapatkan top 8 antara dua pihak. 4 dari USIM dan 4 dari penjara yang terpilih, akan layak ke final.

Alhamdulillah, lagu saya untuk lirik Menjulang Semangat dipilih sebagai top 15. Maka, esok, lagu saya akan berentap pula di saringan kedua.

Saya sangat gembira, sebab.. selain saya layak ke saringan (2), saya berjaya mencipta lagu untuk lirik yang telah dihasilkan oleh Md. Firdaus. Saya berharap dapat gembirakan dia dengan terpilihnya lirik dia (dan lagu saya) untuk ke peringkat seterusnya...

Saya juga berdoa lagu saya Menjulang Semangat, dan lirik saya Kita Warga Malaysia layak ke final. Ameen...

Monday, May 17, 2010

menjulang semangat

A1
Perjuangan ini bukanlah untukku
Mengalir darah menjadi satu
Akan ku genggam menjadi debu
Hanyalah untuk bangsaku

A2
Perjuanganku satu pengorbanan
Tetumpah darah menitis keringat
Tiada balas demi negara
Relaku akan berkorban

B (chorus)
Bangunlah bangun anak bangsaku
Hidup di bumi ke mercu jaya
Jangan relakan tanahmu dijajah
Demi hidup yang bahagia

C (bridge)
Berdiri gagah menongkah ke langit
Berpijak kita di alam yang nyata
Menggenggam panji semangat waja
Sepakat murni Malaysia merdeka

A3
Haruman kasturi semerbak mewangi
Laungan keramat petanda bukti
Merdekalah kita bersatu hati
Julang semangat ibu pertiwi..

Lirik: Md. Firdaus Abd Rahman
Komposer: Nur Fatimah Zaharah Ahmad
Genre: Ballad

-lirik yang saya ciptakan lagu, CIPTA 2010-

Sunday, May 16, 2010

berjiwa patriotik

Alhamdulillah,.. setelah hampir seminggu berhempas pulas untuk menghasilkan lagu bagi lirik yang saya terima untuk Cipta '10, akhirnya dapat jua saya ciptakan.

Oh ya,.. Lirik saya yang Kita Warga Malaysia tu, melodinya akan dicipta oleh penghuni penjara. Manakala lirik dari mereka, kami (pelajar USIM) akan mencipta melodinya.

Lirik yang menjadikan saya komposer kepadanya ialah lirik bertajuk 'Menjulang Semangat'.. Nanti saya akan masukkan liriknya; karya Md. Firdaus.

Hari pertama dan kedua saya kekurangan idea. Mood lagu kurang.

Hari ketiga, beransur baik. Cuma verse dan chorus lebih kurang. Jumpa dengan penyanyi lagu saya, Cik Dila; staff USIM.

Hari keempat, mencuba-cuba lagi mana melodi yang best n sesuai untuk dijadikan chorus.

Hari kelima, En. Ismail (ketua bagi program @ bengkel ni) memberi idea untuk chorus kedua atau bridge. Syukur, lagu saya menjadi complete dan saya berpuas hati.

Hari keenam; hari ini.. berlatih lagi dengan Cik Dila...

Hari ketujuh @ malam esok, saringan peringkat 1.... 15 lagu dari 21 lagu yang dihasilkan oleh pelajar USIM akan dipertandingkan.

Dua hari kemudian, 15 lagu yang terbaik dari USIM akan berentap di saringat peringkat 2 bersama 15 lagu terbaik dari penjara.

Seterusnya, peringkat akhir 4 dari USIM v 4 dari penjara (8 lagu) akan ke final.

Saya berdoa, lagu yang saya cipta untuk lirik 'Menjulang Semangat', dan juga lirik saya yang dilagukan oleh penghuni penjara; Kita Warga Malaysia layak ke saringan 2, dan juga layak ke final nanti... Insya-Allah.. Ameen...

*************************************

Kesibukan saya dengan peng-compose-an lagu ini membuatkan saya terlupakan si dia... Baguslah.. Semoga saya akan biasa dengan ketiadaan dia sepanjang hayat nanti. Hah, tipulah perasaan untuk dia sudah tiada. Cumanya beransur menerima... "cinta tak semestinya berbalas". Apakah masih bisa atau harus untuk saya meneruskan 'percintaan' ini kerana dialah kebahagiaan saya..??

Thursday, May 13, 2010

komposisi

Macam mana nak wat lagu untuk lirik orang? Oh.. agak kusut,,.. Kalau yang untuk sendiri punya not bad lah sebab masa nak wat lirik tu, macam ada melodi sendiri yang tercipta. Tapi kalo yang orang punya..??

Lirik oh lirik...

Dah dapat satu (satu jer) melodi untuk lirik dari penghuni penjara yang perlu saya lagukan. Erm.. Verse dah ok (macam perasan pulak!), cuma nak masuk chorus dan bridge macam dah lain.

Macam mana tak lainnya..Verse macam rock+pop, chorus ngan bridge plak macam balada... silap hari bulan, entah-entah keroncong kot? He.he..

Semalam dah didengarkan melodi kepada ketua kumpulan. Setiap 4-5-6 pelajar akan diletakkan dalam kumpulan yang berbeza. Jadi, ketua kumpulan saya, setelah mendengar melodi dari saya.. Maka beliau pun ada menukar sedikit sebanyak, dan mereject chorus dan bridge saya sebab lari genre. Ho.ho.ho..

Maka beliau telah menggantikan dengan yang baru.

Ermmm....,,,..

Wednesday, May 12, 2010

kita warga Malaysia

Sejak mula..
Bebas merdeka..

Sejak mula
Kita bebas merdeka
Syukur nikmat-Nya
Dapat dirasa

Lihat di sana sini
Di desa kian maju
Gaya hidup pun
Berubah baru

Pada hamparan bendang terbentang
Tumbuh subur padi menghijau
Pada laut luas tersergam
Saksi kurnia dari Ilahi

Warga kota dan juga desa
Tak kira di mana-mana
Bersaks sumpah ikrar setia
Saling menyemai rasa cinta..
(Kekal warisan budaya bangsa)

Indahnya kehidupan ini
Bila sama dimengerti
Biar fikiran berbeza
Hanya pada zahir sahaja

Pembangunan tercipta
Kemakmuran negara
Pimpinan berjaya
Anugerah dari-Nya

Kasih sayang kita
Warga Malaysia
Tak pernah pudar
Kan abadi selamanya..

-nurfatimahz AKA puteri-
Bengkel Penulisan Kreatif
Festival Cipta Lagu Patriotik
09-05-2010

Sunday, May 09, 2010

the call

Cik Ani: Hello, assalamualaikum fatti (nama gelaran saya di UK)
Saya: Waalaikumussalam, ye..
Cik Ani: Tahniah fatti, lirik awak terpilih!
Saya: Oh? terima kasih,..
Cik Ani: Esok bawak IC ya pergi penjara
Saya: Ok!

Saturday, May 08, 2010

ilham

Alhamdulillah... Malam ni dapat juga akhirnya ilham untuk memperbaiki dan membuat penambahan ke atas lirik lagu patriotik yang sedang disiapkan.

Ohya, tahun ini saya menyertai Bengkel Penulisan Kreatif USIM sekali lagi. Bengkel ini merupakan perkara langkah awal untuk ke Festival Cipta (CIPTA) 2010 yang bakal diadakan pada Ogos nanti, insya-Allah.

Kepada yang belum familiar dengan CIPTA; CIPTA adalah salah satu program yang julung kali diadakan di USIM. Ianya boleh dikatakan menjadi acara tahunan USIM. CIPTA yang pertama adalah pada 2008, diikuti 2009, dan tahun ini 2010.

CIPTA merupakan gabungan kerja kreatif antara pihak USIM dan pihak penjara. Kalau tahun-tahun sebelum ini, pelajar USIM mencipta lirik dan penghuni penjara mencipta lagu, tapi pada tahun ini CIPTA mempunyai kelainan yang tersendiri. Kali ini, pelajar USIM turut dibenarkan membuat lagu, dan penghuni juga dibenarkan menulis lirik. Wah..semakin sengit ni.. he.he..

Dua hari yang lalu,.. idea kurang mahu keluar, timbul, muncul atau lain-lain perkataan yang selayaknya. Mood tiada? Emosi tak stabil? Erm..

Apa-apapun terima kasih Tuhan kerana ilham saya muncul juga selepas maghrib tadi. Siap sahaja, terus saya emailkan lirik saya kepada Puan Rozihani, pegawai yang terlibat dengan CIPTA. Esok petang, keputusan akan diumumkan...

Jika terpilih antara 15 lirik terbaik, lirik saya akan dilagukan dan dibawa keperingkat saringan pada 18 hb ini. Seterusnya, 4 terbaik dari USIM dan 4 terbaik dari penghuni penjara akan berentap diperigkat final.... Doakan saya ya,,.. ;-) :-)

Wednesday, September 16, 2009

satu malaysia

Jalur gemilang berkibar megah
Rukun Negara tersemat indah
Kita punya satu cita-cita
Mendukung wawasan satu Malaysia

Satu Malaysia matlamat kita
Satu Malaysia harapan negara
Rakyat diutama pemimpin berjasa
Negara pewaris bangsa berjaya

Bersatu padu bekerjasama
Erat ikatan antara kita
Walau berbeza agama bangsa
Kita adalah warga Malaysia

Satu Malaysia matlamat kita
Satu Malaysia harapan negara
Kita buktikan pada dunia
Malaysia maju digerbang jaya

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09 "Bersama kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"

****************************************************
** Lirik terbaik, Festival Cipta '09
** Tempat kedua kategori lagu terbaik, Festival Cipta '09
** Tersiar di Metro, 24.08.09.

Sunday, September 13, 2009

pahlawan sejati

Di suatu ketika dulu
pernah kau menyerah diri
pada negara kau kota janji
rela berkorban jiwa raga

Kini masa telah berlalu
perjuanganmu beroleh hasilnya
negara merdeka yang kau impi
telah menjelma menjadi nyata

Biarpun
bakti kau curah jauh dikenang
jasa kau tabur lama dibuang
tepinggir kau di sisi desa
namun tidak pernah kau meronta
nama dijunjung seluruh dunia

Engkaulah pahlawan sejati
sejarah sesungguhnya telah bersaksi
pengorbananmu yang tulus suci
Tuhan pasti akan mengganjari

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09 "Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"

Saturday, September 12, 2009

aman malaysia

Desiran angin mendayu-dayu
Senyum langit disapa pagi
Alam desa melangkah maju
Nikmat harus kita syukuri

Awan ceria berarak indah
Riang burung dihiasi tawa
Anak muda mengenang jasa
Bakti juang pewira bangsa

Kedamaian....bahagia
Keamanan....sejahtera
Takkan dikecapi tanpa mereka

Perjuangan....seikhlasnya
Pertahankan....tanah tercinta
Harus dikenang kita sentiasa

Marilah kita bersama-sama
Bersatu hati menggenggam cita
Bawa negara ke persada dunia

Kita pewaris bumi merdeka
Kita pewaris negara jaya
Aman Malaysia selama-lamanya

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09 "Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"

**************************************************************
**Lirik terpilih ke saringan Festival Cipta '09
**Johan kategori sajak, pertandingan menulis semperna kemerdekaan

Thursday, August 27, 2009

ayuh jayakan

Ayuh jayakan misi negara
ayuh jayakan satu Malaysia
gemilang bangsa wajah dunia
melangkah maju negara kita

Bersatu kita rakyat Malaysia
hidup harmoni dan sejahtera
menjunjung tinggi rukun negara
tekad membela nusa tercinta

Walau berbeza agama bangsa
satu haluan mampu tercipta
jalin ikatan antara kita
sama menuju ke puncak jaya

Satu suara satu fikiran
satu fahaman satu tujuan
ayuh jayakan misi negara
ayuh jayakan satu Malaysia

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09, "Bersama Kita Eratkan Perpduan Negara Bangsa"

Monday, August 24, 2009

usim, banduan cipta lagu


UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (Usim) dan Jabatan Penjara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Perbadanan Putrajaya menganjurkan Festival Cipta Lagu Patriotik 2009 (Cipta '09), baru-baru ini. Ia bertujuan memperkasakan modal insan dan menyahut aspirasi kerajaan bagi mewujudkan warga patriotisme.

Program Cipta '09 kali kedua ini unik dan menarik kerana ia membabitkan gabungan pelajar Usim dan penghuni penjara dalam melestarikan semangat kemerdekaan negara ke-52 selari dengan tema 'Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa'.

Setiausaha 1 Cipta '09, Ismail Ahmed, berkata objektif program ini bertujuan memilih Ikon patriotik di kalangan penghuni penjara dengan penghasilan lagu patriotik. Beliau berkata, program ini bertujuan membuktikan mereka yang menjalani program pemulihan di penjara mampu mempunyai jati diri dan kecintaan kepada tanah air.

"Melalui festival ini, ia dapat menyemarakkan lagi aktiviti promosi dan pembangunan sahsiah di kalangan warga kampus agar dapat melahirkan mahasiswa yang peka terhadap persekitaran masyarakat. Program ini juga memupuk kerjasama dan kesedaran dalam penyertaan mahasiswa, kakitangan dan masyarakat (banduan) daripada pelbagai kaum dan etnik," katanya.

Bermula dengan Bengkel Penulisan Lirik Patriotik, seramai 40 mahasiswa Usim diberi tunjuk ajar menghasilkan lirik oleh Siso dan Ranofla Dianti Erwan.Mahasiswa Usim yang bertindak sebagai penulis lirik akan bergabung dengan penghuni penjara untuk menghasilkan lagu patriotik.

Hasil gabungan itu, daripada 15 lagu yang tersenarai di peringkat saringan, lapan lagu melangkah ke peringkat akhir.Semua lagu hasil gabungan mahasiswa Usim dan penghuni penjara itu dinyanyikan artis tempatan antaranya Roy, Noraniza Idris, Zarina AF, Hafiz Hamidon, Sahri AF dan Nas Adila.

Pada malam kemuncak Cipta '09, lagu Semangat Anak Bangsa hasil karya Aizatul Ain Ismail dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan komposer Mohd Haikal Mohd Khatib Saadaly dari Penjara Kajang dinobatkan pemenang.

Shariayati Selamat


Ia diikuti Nur Fatimah Zaharah Ahmad juga dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan komposer Shariayati Selamat dengan lagu bertajuk Satu Malaysia di tempat kedua dan lagu Cinta Malaysia karya Afiq Naqiuddin Abdul Malek serta komposernya, Che Mohd Safary Che Mustafa dari Penjara Kluang di tempat ketiga.

Sunday, August 09, 2009

festival cipta 09


Untuk tahun yang kedua, Festival Cipta Lagu Patriotik (08-08-09) hasil gabungan kerja kreatif USIM dan Jabatan Penjara Malaysia berlangsung dengan jayanya. Seperti yang saya pernah ceritakan dalam entry-entry yang lepas, lirik saya telah terpilih untuk ke final, iaitu pada malam ini lagu saya (lirik yang telah dijadikan lagu oleh pihak penjara) bersaing membuat persembahan.

Tajuk: Satu Malaysia
Lirik: Nur Fatimah Zaharah
Lagu: Syariayati Selamat (Kak Yatt)
Artis: Zarina AF

Terima kasih kepada kak yatt dan kak zarina yang telah menyanyikan lagu patriotik ini dengan baik sekali. Lagu ini akhirnya berjaya merangkul dua anugerah iaitu kategori lirik terbaik dan lagu kedua terbaik!! Phewwwitt!! Tahniah3! :D

Juga terima kasih kepada semua pihak USIM, Jabatan Penjara Malaysia, Komposer2, Musician2 (Okestra DBKL), Perbadanan Putrajaya, Artis2, penonton2 dan teman2 saya yang hadir pada malam itu yang memberikan sokongan yang begitu mengharukan sekali. Oh.oh.oh...
He.he

Tuesday, June 16, 2009

bumi tercinta

Di sini aku bermula
di sini ku atur langkah
dari kecil jari menapak
menghirup damai sentosa

Kau asuhku kembara
melangkah menuju dewasa
budimu luas samudera
tak terbayar emas permata

Duhai bumi tercinta
padamu ikrar janji setia
relaku korban jiwa raga
demi daulat nusa bangsa

Di sini aku bermula
di sini ku atur langkah
semangat nyala membara
keranamu bumi tercinta

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2008-
CIPTA '08 "Di Sini Kita Bermula"

Wednesday, May 20, 2009

pewiraku

Pewiraku
maralah ke medan sana
menyahut seruan bonda
menghapus musuh durjana
perosak bangsa kita

Pewiraku
perkasa langkah juangmu
doaku sepanjang waktu
jangan rindu cintamu di sini
keranaku akan setia menanti

Oh pewiraku sayang
jangan tergugat wajamu
kuatkan azam tekadmu
berpanjangan harapku
menanti pulang pewiraku

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif-
CIPTA '08 "Di Sini Kita Bermula"