© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, June 06, 2010

irama gemersik tirai besi

Pelajar USIM, Penghuni Penjara Gabung Idea Cipta Lagu

Penjara Kajang, 19 Mei 2010 - Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kehidupan di penjara tidak ada langsung kebebasan terutamanya bagi mereka yang minat berkarya.

Hakikatnya, pelbagai aktiviti telah dijalankan dan dianjurkan bertujuan untuk membentuk sahsiah dan jati diri penghuni penjara disamping menggilap bakat dalam bidang seni.

Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi dalam mendekatkan penghuni penjara dengan masyarakat umum serta mengubah persepsi umum mengenai penghuni penjara, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA) 2010.

Program yang merupakan kali ketiga ini bertujuan untuk menyemarakkan aktiviti promosi dan pembangunan sahsiah dikalangan warga kampus agar dapat melahirkan mahasiswa yang peka kepada persekitaran masyarakat khususnya pelajar sekolah.

Disamping itu memupuk kerjasama dan kesedaran dalam penyertaan mahasiswa, kakitangan dan penghuni penjara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

Sebanyak 15 buah lagu hasil ciptaan pelajar USIM dan 15 buah lagi dari penghuni penjara berentap untuk dipilih ke peringkat akhir yang bakal berlangsungpada 7 Ogos 2010.

Para juri yang terdiri dari penyanyi Nash dan Siso memilih 4 lagu terbaik dari USIM dan 4 lagu terbaik dari penjara yang menjadikan 8 buah lagu bakal bertanding ke peringkat akhir.

Nash yang merupakan salah seorang juri diperingkat saringan berkata, "Kebanyakan lagu yang dihasilkan mempunyai kualiti dan boleh diketengahkan. Sejujurnya saya akui lagu yang dihasilkan oleh penghuni penjara lebih jujur dan menyentuh jiwa. Ini kerana melodi yang dihasilkan datang dari perasaan yang nampak ketara secara peribadi".

"Tetapi lirik yang dihasilkan oleh pelajar USIM lebih puitis bahasanya. Ini mungkin disebabkan persekitaran mereka yang kaya dengan ilmu dan bahasa-bahasa indah. Mereka sangat berpotensi tetapi perlu ada jiwa tersendiri dalam mencipta lagu agar ianya nampak lebih jujur dan asli".

"Saya sangat menyokong usaha yang telah dilakukan oleh USIM dan berharap agar program bersifat patriotik ini dapat dilakukan secara menyeluruh merangkumi segenap masyarakat. Lagu patriotik tidak semestinya terlalu rigid, tetapi harus bersahaja, mudah difahami dan siterima oleh masyarakat", tambah beliau lagi.

Menurut Nur Fatimah Zaharah Ahmad, 22, dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM, penyertaan beliau merupakan kali ketiga dan pada kali ini beliau mempertaruhkan lirik dan lagu hasil ciptaannya.

"Sekiranya lirik atau lagu saya terpilih ke peringkat akhir, saya lebih suka memberikan kegembiraan itu kepada penghuni penjara yang bersama-sama bekerjasama dalam menghasilkan lirik dan lagu tersebut".

"Ini merupakan hadiah kepada mereka atas daya usaha mereka menghasilkan lirik dan lagu yang mantap untuk halwa telinga umum. Disamping itu juga program sebegini dapat membuktikan kepada masyarakat bahawa walaupun USIM tidak mempunyai aliran muzik, tetapi pelajar USIM mampu menghasilkan lirik dan lagu yang baik," tambah Nur Fatimah Zaharah Ahmad.

Shahril (bukan nama sebenar) yang merupakan salah seorang penghuni penjara yang mengambil bahagian berkata, "Saya telah mengubah 5 buah lagu dan 4 lagu terpilih untuk ke peringkat saringan. Sekiranya lagu saya terpilih ke peringkat akhir, saya sangat bersyukur dan gembira".

"Saya berpendapat program sebegini sangat bagus terutamanya bagi penghuni penjara untuk mengisi masa lapang disamping dapat mengasah bakat seni," tambah beliau lagi.

Persembahan Peringkat saringan sempena Festival Cipta Lagu Patriotik ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah.


Oleh:
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korporat USIM

(Sumber: Buletin USIM)

*****************************************
Hu.he.. Masuk Buletin USIM ;-)

14 comments:

Masdin said...

Wah.. pemerintah Malay kreatif juga yah... boleh ditiru nih :)

Pandu said...

Yah...diteruskan kegiatannya, semoga tambah sukses

suri said...

salam..
amboi seperti baru dgar siaran berita dri tv jerk..hheheee

Puteri said...

aby umy -->>

selamat pagi!

Puteri said...

masdin -->>

hakcipta terpelihara :P

Puteri said...

pandu -->>

terima kasih!

Puteri said...

k. suri -->>

w'salam.
he. semalam buka web usim,
baru kuar berita pasal ni..
;-)

Puteri said...

aby umy -->>

slmt sore
he.he
;-)

Tours to World said...

selamat sory

xamoeba said...

selamat sore .... blognya bagus

Puteri said...

ilmu seo, it dan programmer -->>

slamt sore
(sudah ble ucp slmt mlm..he.he)

panjangnya nama kamu sih

Puteri said...

xameba -->>

slmt sore juga
trima ksih!
slmt dtg ke sni ;-)

suri said...

wah ramainya dari sumatera :) hehehe

Puteri said...

lepas ni boleh ngomong ala2 sumatera la kita

;-)