© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, June 22, 2010

cinta terlarang

cinta - mencintai - dicintai



Apalah ertinya bahagia di dunia,
kiranya tidak di Akhirat sana?

Apalah ertinya kasih sayang manusia,
kiranya jauh dari rahmat dan kasih Tuhan?

Apalah ertinya cinta,
kiranya dimurkai Yang Esa?

Teringat satu topik yang pernah diikuti. Tapi tak ingat di mana. Di corong radio kah? Di kaca TV kah? Ya! Baru teringat. Rupanya di helaian artikel yang dipinjamkan oleh teman saya, Kaisi.

Dalam artikel itu ada diselitkan beberapa kisah dan perbualan sebenar. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah beberapa perbualan. Semoga perbualan-perbualan ini memberi pengajaran dan tauladan buat kita (juga diriku yang terleka).

PERBUALAN SATU:

Guru:
Kamu tahu kan kenapa kamu ditangkap?
Pelajar: Saya dan dia tak buat apa-apa, cuma berbincang hal pelajaran sahaja.
Guru: Betul?
Pelajar: Betul puan.
Guru: Kenapa berdua sahaja discussion?
Pelajar: (Diam seketika...) Lebih senang nak berbincang.
Guru: Tak ada kawan perempuan yang boleh diajak berbincang?
Pelajar: Dengan perempuan susah sikit. Idea tak berkembang.
Guru: Jangan kamu merendahkan kawan kamu. Kamu juga perempuan kan? Kalau idea perempuan tidak berkembang, lelaki berbincang dengan kamu pun takkan berkembang juga, sebab kamu perempuan, dan idea kamu tidak akan berkembang, apakah kamu mampu membantu dia?
Pelajar: (Tunduk malu. Terkena pada diri sendiri).
Guru: Kamu tahu kan, kalau berdua antara lelaki dan perempuan, ada yang ketiga iaitu syaitan?
Pelajar: (Diam sekali lagi... Perlahan dia menjawab) Ya..
Guru: (Menggelengkan kepala) Saya harap lepas ni kamu tak akan buat lagi perkara macam ni. Bukan kerana arahan saya, atau peraturan kolej, tapi kerana ini suruhan Allah.
Pelajar: (Diam)
Guru: Kamu percaya pada dosa dan pahala?
Pelajar: Percaya puan..
Guru: Kamu faham apa yang saya cuba sampaikan?
Pelajar: Faham puan.

Sesungguhnya Syurga itu dikelilingi oleh apa yang dicintai nafsu. Neraka pula dikelilingi oleh apa yang dibenci nafsu. Renung-renungkan. Nafsu benci kebaikan, kemakrufan. Nafsu cinta keburukan, kejahatan, kemaksiatan.


***********************************************
Perbualan-perbualan lain akan dimasukkan dalam entry yang seterusnya.

8 comments:

Puteri said...

ku merasa tenang bila dekat dengan-Nya..

Ya Allah ampuni aku akan kealpaanku..

Anonymous said...

Salam saya D3pd :-)

Unknown said...

wow lovely poem

Puteri said...

dykapede -->>

salam dari puteri
selamat datang ;-)

Puteri said...

knk -->>

(puteri smile to knk)

suri said...

itulah dunia bljar kita yg sbnarnya..huhu..nnti tak buat study grop tak llus plak..

huuhhhuu

Puteri said...

iya. tapi xboleh ke ngn sama jnis?

suri said...

ki..kiki..