© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, June 10, 2010

teka dan eja dengan aisyah

Aisyah merupakan anak saudara saya yang berumur enam tahun ;-)

Saya: Kuih apa yang kita tak makan dekat tengah dia?
Aisyah: Kuih karipap la, sebab Aisyah tak makan dia punya tengah, isi dia tu

Saya: (Ha.ha) Bukanlah..

Aisyah: Kuih apa ya? Maak!!!
(Aisyah panggil emak dia, merangkap kakak saya)

Aisyah: Mak, kuih apa yang tak boleh makan dekat tengah dia?
Mak: Emm.. Kuih,,... Kuih apa yang tengah dia ada lubang?
(Tanya si emak kepada anaknya kembali)

Aisyah: Kuih,,....
(Masih belum jelas)

Mak: Kuih ke...,,
Aisyah: Kuih keria!
(Kebetulan sarapan pagi tu ada kuih keria, hu...)

Saya: Betul! Kuih donat pun boleh.

Hari lainnya.. Kakak saya suruh Aisyah mengeja.

Mak Lang: Aisyah, cuba eja Nasi Kandar
(Kebetulan lalu depan Restoran nasi Kandar Nashmir di Sungai Petani, pomot ke?? bukan..)

Aisyah: Aisyah tak pandai
Mak Lang: Eja dulu..
Aisyah: N-A na, S-I-K sik, nasik. K-A-N kan, D-A-K dak, kandak, nasik kandak! (Baca: Nasi Kandaq)

Mak Lang: (Ketawa) Ni betul2 kedah nih..

Aisyah, dua tahun lepas

7 comments:

en_me said...

wah chomeynyerr aishah tewww.. ehehe

puteri said...

he.he..
ikut mak sedare diyer larhh.. ;-) ;-)

Masdin said...

mungkin aisyah tak pandai ucap huruf "r" macam kebanyakan anak lainnya :D

puteri said...

bukan.

cumanya dia terpengaruh dengan dialek negeri Kedah ;-)

puteri said...

Di Kedah, kebanyakan perkataan berakhir dengan huruf 'R' akan disebut dengan haruf 'K atau Q'.

Contoh:
pagar = pagaq
air = ayaq
khabar = habaq

dan lain2 ;-)

suri said...

telatah anak2 mmg sungguh mencut hati..hehehe..

suri said...

telatah anak2 mmg sungguh mencut hati..hehehe..