© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, June 18, 2010

balik kampung

"oh oh balik kampung.. oh oh oh balik kampung"

Hai. He.he. Hari ni pagi-pagi lagi sudah berangkat ke kampung nenek, yang terletaknya di Jitra, Kedah. Mulanya menghantar kakak yang bekerja di Langkawi itu di Jeti Kuala Kedah. Jadi kebetulan rumah nenek tidak jauh dari situ, maka kami sekeluarga singgahlah ke sana.

Singgah umah tok, makan2, solat, tengok tv.. Kami pun berangkat pulang. Tapi sebelum itu, sempat juga singgah ke rumah makcik dan pakcik, juga masih di dalam kawasan Jitra. Seronok, jumpa makcik, pakcik, dan sepupu-sepupu.

Teringat kenangan lama.... Dulu kecik2, masa saya tinggal dengan nenek dan arwah datuk, saya selalu juga ke rumah makcik. Tidur kat sini. he.he.. Teringat makcik tolong pakaikan 'met-met' sebelum tido.. Hik3.. (ape itu met-met??? ;P)

Ikmal menegur "Li tak ade, keje,". Ikmal adik kepada Fadli yang saya panggil 'Li atau Dik Li'. Fadli sebaya dengan saya. Hu.hu.. Segan pula bila Ikmal cakap macam tu.. yelah, dulu-dulu saya memang rapat dengan diorang. Tambah-tambah dengan Fadli. Siap penah main 'tukar-tukar cincin' lagi.. Tak faham? Main kawen2. Ha.ha.he..

Sekarang sudah besar... Masing-masing. Dah jarang berjumpa dan berbual mesra sejak saya pindah ke Sungai Petani. Tinggal bersama ibu bapa...

Tapi masa berbual tadi,, rasa best sangat. Seronoknye... Alangkah, alangkah... kiranya masa dapat diputar semula.... dan usia kembali muda.....

***************************************
Saya kembali berhubung dengan dia. Entahlah. Msg macam biasa. (Cuma agak jarang sebab sekarang dia training di UM. Esok lusa habislah.. Ups). Kadang-kadang berbual memang tak ingat ape2 yang pernah digaduhkan sebelum ni. Entahlah. Perasaan pun bercampau baur. Suka, gembira, terharu, resah, gelisah, keliru.... Aduhai...

4 comments:

Norasikin said...

Salamz, bgtau la pebende met-met

puteri said...

ha.ha
itu je soalannya ye??
:P

suri said...

germersiknya nian di susut hatimu itu..

hooo pic yg kt fb tu ke percutin blik kg..heee

puteri said...

itu jnjalan gi langkawi..
balik kg xde gmbo.. heh3
:D