© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, June 09, 2010

alunan irama dari tirai besi

Oleh: SHAMARUDDIN SAIDIN
UtusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 8 Jun - Siapa kata 'menghuni penjara' bermakna berakhirnya sebuah kehidupan serta tidak berpeluang melakukan aktiviti sebagaimana rakyat yang bebas daripada cengkaman tirai besi ini.

Namun persepsi yang menggambarkan kesengsaraan itu, sebenarnya cuma cerita di sebalik tirai besi, tetapi hakikatnya mereka juga digilap bakat dam kemampuan supaya apabila bebas kelak mempunyai kekuatan jati diri dan sahsiah yang baik.

Melihatkan betapa murninya harapan penghuni tirai besi ini, maka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan menganjurkan Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA) di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya pada 7 Ogos ini.

Pertandingan mencipta lagu ini pada peringkat saringan yang berlangsung di Penjara Kajang, baru-baru ini menyaksikan 15 penyertaan peserta dikalangan penghuni penjara seluruh negara, manakala 15 lagi digarap oleh pelajar USIM, untuk dipilih lapan penyertaan terbaik pada festival berkenaan.

Menurut juri yang juga penyanyi terkenal tanah air, Nash, sebanyak empat lagu terbaik dikalangan penghuni penjara akan dipilih, manakala empat lagi dari pelajar USIM untuk diadili pada peringkat akhir nanti.

"Saya berasa amat kagum dengann program yang dianjurkan oleh USIM ini, apatah lagi ia melibatkan penghuni penjara,"

"Ia satu kelainan, yang pastinya mendorong lebih banyak bakat terpendam dikalangan penghuni penjara dan pelajar, mencipta dan menghasilkan karya bermutu yang boleh diketengahkan pada masa hadapan," katanya ketika ditemui di Penjara Kajang, baru-baru ini.

Program ini kali ketiga dianjurkan dan antara lain bertujuan menyemarakkan pembangunan sahsiah dikalangan semua pihak yang terbabit.

Turut sama menjadi juri pada peringkat saringan ini termasuklah penyanyi, Siso yang merupakan anggota kumpulan Kopratasa.

Kata Nash, kebanyakan lagu yang dihasilkan oleh kedua-dua pihak ini cukup berkualiti dan boleh diketengahkan pada bila-bila masa.

"Saya akui lagu yang dihasilkan oleh penghuni penjara ini lebih jujur dan menyentuh jiwa kerana ia datang dari sifat keinsafan yang tinggi,"

"Lagipun saya percaya, lagu dari tirai besi ini dihasilkan secara peribadi," ujarnya.

Mengenai penghasilan karya dari kalangan pelajar USIM, Nash memberitahu ia lebih bercorak puitis dan bahasanya menarik.

"Ini mungkin persekitaran mereka lebih kepada aspek keilmuan yang kaya dengan penggunaan bahasa indah,"

"Mereka berpotensi untuk menghasilkan ciptaan lebih bermutu serta menjiwai karakter muzik dengan baik untuk kelihatan lebih asli," kata Nash.

Dalam pada itu Nash juga menegur konsep penjiwaan lagu bercorak patriotik, di mana ia perlu dihasilkan melalui kepekaan terhadap jiwa dan nadi masyarakat berbilang kaum di negara itu.

"Lagu patriotik tidak perlulah terlalu rigid, tetapi harus bersahaja, mudah difaham dan diterima oleh masyrakat," katanya.

Sementara itu, seorang peserta Nur Fatimah Zaharah Ahmad, 22, dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM memberitahu, ini merupakan pembabitannya kali ketiga dalam festival berkenaan.

"Kalau lagu ciptaan saya ini terpilih, saya lebih suka ia dapat memberi kegembiraan kepada penghuni penjara kerana mereka bersama-sama saya menghasilkan lirik lagu ini,"

"Mana tahu, lagu ini boleh kedengaran di corong radio pada masa hadapan. Tentu sekali, kebahagiaan itu saya berikan kepada mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara," katanya.


Adeh.. Kenapa macam tak hengat dan tak pernah kuarkan statement ni pown..?? Hui,hui,hui..



Dalam pada itu, seorang penghuni penjara yang hanya dikenali sebagai Shahril (bukan nama sebenar) memberitahu, dia telah mengubah lima buah lagu dan empat lagunya itu berjaya memasuki peringkat saringan.

Katanya, program ini cukup murni dan USIM telah menghargai kami dikalangan penghuni penjara.

"Dengan sedikit kekuatan yang diberikan oleh USIM, kami menganggapnya ia satu kekuatan abadi yang meningkatkan jati diri untuk mengubah sikap apabila keluar dan bebas dari tirai besi ini,"

"Memang tiada siapa menjangka, dalam penjara ini ramai yang berbakat menjadi pengubah lagu. Cuma bezanya, kami penghuni penjara, tiada siapa mahu mengiktiraf keupayaan itu, kecuali USIM," katanya.


Statement yang buat saya (mewakili USIM) terharu..


Persembahan peringkat saringan Festival Cipta Lagu Patriotik ini turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah.

Sumber: Utusan Online

*****************************************
Hu.hu.. Yang baru-baru ni masuk Buletin USIM, hari ni masuk Utusan Online pula (walaupun gambarnya tiada). Tadi ada belek2 dalam Utusan naskhah akhbar, tapi tak jumpa pun pasal ni?! Dalam online je ker ek??

6 comments:

RasaHatiku said...

Salam ceria.
Satu program memasyarakatkan penjara agaknya. Sangat baik dan akan dapat mengubah persepsi masyarakat tentang kehidupan mereka di penjara.

Semoga ini akan dapat menimbulkan keyakinan masyarakat terhadap banduan dan dapat menerima mereka dengan baik apabila dibebaskan kelak.

suri said...

salam kawan..
wah..hooo...sesekli jika anjuran dibuat rasa seronok kan..

cam real jerk jadi penulis lagu dan lirik..ehehheee

Puteri said...

rasahatiku -->>

iya. mendekatkan kita kepada mereka. meraka juga sebahagian dari kita, kan?

Puteri said...

k. suri -->>

btol real ape ni... ;-)
cme x komrsial je kot,.. he.he

Intan Hanina said...

betul betul.. :D

Puteri said...

he.he.. lame dok napok cik ien
;-)