© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, June 09, 2010

nista

Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah mempedulinya
Tetap sama

Begitulah dirimu
Seluruh kasih ini
Telah aku curahkan
Tapi kau tidak mempedulikan
Tiada kesan

Merayu takkan ku merayu
Ketika diri dihina
Sanggup kau memalukan aku
Dalam sepi ku tak berdaya

Hibaku merasa
Merintih takkan ku merintih
Biarlah diriku ditawa
Ku tahu disebalik kisah
Ada suatu hikmah menantiku

Biar, biarkan ku sendiri
Melalui hidup ini
Hingga akhir hayat nanti

Biar, biar sinaran bercahaya
Menyinari alam ini
Kan bertemu kebenarannya

Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meniggalkan kesan
Tiada pernah mempedulinya
Tetap sama

Singer: Spin
Source:
Youtube

Dedikasi untuk awak.

Untuk melupakan awak dan perasaan yang pernah hadir dalam sudut hati saya, pastinya sukar dan tak mungkin ia akan dapat dipaksa. Saya tidak melupakan awak, juga perasaan saya, tetapi saya menyingkirkan harapan yang ada.

"Putus harapan itu suatu kebebasan,
Mengharap pada manusia itu suatu kehambaan"

Semuanya akan berlalu seperti biasa. Kita akan berhidup seperti sediakala. Masing-masing punyai kehidupan tersendiri. Yang berbeda hanyalah 'kita'. Maaf, saya tak mampu untuk menjadi 'kawan baik' awak lagi.

Entah. Seakan tidak mampu untuk berfikir lagi. Sungguh masa akan berlalu. Biarlah ia jadi penyembuh luka. Walaupun perit untuk menanti masa bersilih ganti.. Tapi ia pastinya penawar yang terbaik.

Selamat menjalani latihan kawad di UM,
dan selamat bertauliah 19 hb nanti.

3 comments:

suri said...

huhu..warkah buat si arjuna...adeh.......

puteri said...

warkah tanpa suara, hu.

suri said...

warkah bisu dlm hati..hoho...