Kita berhidup di dunia ini kerana tiga perkara. Sekiranya tiada yang tiga ini,
nescaya setitik air hujan pun tidak akan diberikan kepada kita.
nescaya setitik air hujan pun tidak akan diberikan kepada kita.
Satu:
Kita menumpang keberkatan alim ulama' yang hidup di dunia ini, di negara kita. Kerana mereka, Tuhan memberi rahmat untuk kita menumpang sama merasa.
Dua:
Kita menumpang keberkatan bayi-bayi yang masih kecil. Mereka yang masih suci tiada berdosa, ibarat kain putih yang tiada kotornya. Kerana itu Tuhan melimpahkan rahmat-Nya, maka kita juga mendapat sama.
Tiga:
Kita menumpang keberkatan orang-orang tua yang soleh, di mana pada waktu malam di saat manusia nyenyak dibuai mimpi.. Mereka bangkit bertahajud dan memohon doa kepada Allah Taala: "Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa orang-orang yang beriman".
Tidak malukah kita menumpang rahmat kerana adanya orang-orang yang beriman, melakukan amalan soleh, bermunajat ditengah malam kepada Allah Taala, malah orang-orang itu mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa kita, tetapi sebaliknya kita rela menyanjungi orang-orang yang membuat kefasadan, yang mengundang murka Tuhan?
Kata-kata ulama' ditolak. Hukum hakam yang diberikan ditolak. Apakah kita tidak sedar bahawa yang dikatakan oleh alim ulama' itu, hukum yang diberikan itu, adalah hukum Tuhan yang sudah jelas di dalam Nas Al-Quran?
Ulama' dihina, dimaki, dicaci, bahkan diugut dengan ugutan bunuh. Beraninya orang itu. Tahukah siapa ulama'? "Sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan harta pusaka sebagai warisan, akan tetapi meninggalkan para ulama' sebagai pembimbing manusia".
Nah, sekarang ulama' dibenci, ulama' dibuang ke tepi. Tidak malukah berhidup, merasa kenikmatan hidup kerana adanya ulama', namun ulama' itu dicerca caci?
Bagaimanakah kiranya ketiadaan ulama', bayi dan orang-orang tua yang soleh? Apakah kita mampu menjamin bahawa apa yang kita kecapi sekarang ini masih berkekalan?
Astagfirullah al azim..
Astagfirullah al azim..
Astagfirullah al azim..
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu keampunan dan Maghfirah-Mu. Biarlah hidup dan mati kami di dalam iman dan Islam. Janganlah Engkau mengharamkan Syurga-Mu buat kami. Tempatkanlah kami dalam golongan orang-orang yang bertaqwa, ameen.
******************************************
Petikan dan olahan daripada khutbah Solat Gerhana Bulan, Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Sungai Petani.
7 comments:
Umat akhir zaman. masih tak sedar2 lagi
norasikin -->>
t.a.k.o.t...
teringat peristiwa tsunami,
yg bersalah sbhgian
tp malapetaka mnimpa ksluruhn
bujang susah -->>
trima ksih
slmt dtg ;)
Assalamualaikum.
manusia sering lupa apabila berada dalam keadaan senang.
TQ
rasahatiku -->>
bila ditimpa musibah
baru mengingati Pencipta
Subahanallah itulah kekusaaNYA..
kita seharusnya bersyukur kpdNYA bukan dgn merosakkan dunia dgn perkara2 jhat..huhu..
k. suri -->>
betul..
dan apa yg kita wat
smuanya ad hbuannya..
Post a Comment