Al-fatihah buat saudara seperjuangan Baharudin Ahmad (58 tahun) yang telah meninggal dunia sebentar tadi setelah terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC petang tadi. Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL. Tidak lama kemudian, beliau disahkan meninggal di sana [Harakah].

BERSIH 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 (malah ada yang menganggarkan melebihi 100,000 sebenarnya) orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil [MalaysiaKini].
Sekalipun kita tidak berjaya menghantar memorandum kepada Agung walaupun Agung telah perkenan untuk menerimanya, kita dihalang oleh polis. "Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu [MalaysiaKini].
No comments:
Post a Comment