© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, June 30, 2011

BERSIH kini tiada halangan

Dengan segala hormatnya, penyimpan mohor besar majlis Rajawali dengan ini mengumumkan bahawa tiada lagi halangan perhimpunan Bersih.

Maka secara rasminya baju Tshirt Bersih pada kali ini adalah seperti berikut:

BERSIH 1 MALAYSIA

Persidangan perwakilan Pengerusi Majlis-Majlis Malaysia juga giat membuat hebahan berita gembira ini di dalam kuliah, tazkirah dan juga khutbah. Pengerusi Majlis (PM) cawangan Rajawali turut turun ke kedai teh tarik untuk mempromosikan Bersih dengan gigih.


Selain daripada itu, seluruh penduduk di luar Rajawali juga turut menerima pengunguman tersebut dengan riang gembira.


Sebagai penutup, sekali lagi sari berita utama, BERSIH 2.0 kini tiada lagi halangan. Baju BERS1H boleh didapati di kedai-kedai runcit yang berhampiran. Sekian.

12 comments:

Benrauf said...

kuning warna dirajawali.

puteri said...

Benrauf -->>

ya..! anda mengerti!
:D

cik ah said...

demontrasi secara baik mudah-mudahan

Fahmi Raazali said...

ish... puteri nie... mati2 ingat Bersih betul2 dibenarkan... td tgk berita mcm mengugut je bunyinya...

hehe... sekarang baru faham...

puteri said...

cik ah -->>

yang tak aman bila POL datang

puteri said...

Fahmi Raazali -->>

kikiki...
:D

Cikli said...

cantik design ni

puteri said...

cikli -->>

kan, kan?
kalau jadi la..
kompem xlaku yang lain!

termasuk lah kedai 1M

tehr said...

apasal rasa payah je nak faham kali ni...
ada pukat dalam air ke?

Nini Hartini said...

haha... mana nk cari apron mcm tu? ada jual tak nnt? kehkehkeh....

Goodbye Nuffnang
.

puteri said...

tehr,

ada jala dalam paya..
susah nak nampak

hehe

puteri said...

Nini Hartini,

edisi terhad woo!
cepat cari sebelum habis!
hehe