© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, June 20, 2011

petisyen untuk PM & BERSIH 2.0

Curi-Curi Wang Malaysia V Cuti-Cuti One Malaysia

Kata Menteri Perlancongan Ng Yen Yen yang sebelum ni tak pernah saya kenal atau tahu namanya: "Kita berhasrat untuk mengumpulkan 120,ooo fans (
Cuti-Cuti One Malaysia fan page) dalam masa 6 bulan". Beliau menggunakan RM 1.8 Milion untuk tujuan berkenaan.

Sehingga entry ini ditulis, nisbah
CURI dan CUTI = 121,952 : 41,521 fans. Dan untuk pengetahuan, fan page Curi-Curi Wang Malaysia dicipta pada 14 Jun 2011 dan pada 19 Jun 2011 (dalam masa 5 hari) telah berjaya mengumpulkan 120,000 fans tanpa memerlukan sebarang kos!

Fan page Curi-Curi Wang Malaysia dengan ini membuktikan bahawa untuk mengumpulkan fans sesebuah fan page tidak memerlukan RM 1.8M. Kenyataan ini boleh dibaca di note bertajuk
We reached 120K fans.

Seterusnya, fan page
CURI dalam masa yang sama menghantar petisyen kepada YAB Perdana Menteri ingin penjelasan dari Menteri Perlancongan berkenaan RM 1.8 M.

Antara isi kandungan petisyen tersebut:

"Kami menulis mewakili rakyat Malaysia yang bertandatangan (digital signature) ingin meminta YAB untuk mengutarakan isu perbelanjaan RM1,758,432 oleh datuk Seri Dr Ng Yen Yen di bawah Kementerian Perlancongan untuk memulakan, mengurus dan memantau fan page Tourim Malaysia ~ Cuti-cuti 1Malaysia Facebook beralamat http://www.facebook.com/CutiCuti1Malaysia."

Petisyen ini boleh dibaca di dalam dua versi; versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris. Kepada rakan-rakan yang mempunyai FB, sila klik LIKE pada fan page CURI dan petisyen berkenaan - digital signature anda.

BERSIH 2.0


Apa yang BERSIH 2.0 mahukan:

yang tak suka BERSIH tentulah tidak suka perkara di atas. yang tak suka perkara di atas tentulah mengamalkannya, sebab tu tak suka kan?

6 comments:

Mohamadazhan.com said...

Yeayh! terbaik! PRU13, medan tempur sebenar...

puteri said...

azhan -->>

sekiranya benar2 BERSIH

Cikli said...

ng yen yen amat me _ _ _ _ kan.
A. malu
B. mual
C. mangkuk
D. kore nyior

Fahmi Raazali said...

erm, nak buat fanpage free je pun... kalau kena cara buat dgn promosi tak payah bayar apa2 pun... klu nk promote pun agak2 la kan... sampai belanja juta2 kat fb jek...

huhu...

puteri said...

cikli -->>

E- meluat

puteri said...

fahmi -->>

betol. alasan programming la ape la..
laen la cipta fb baru kot2 bernama

www.mukabuku.com.my