Tuhan..
Telah lama aku menderita
Ku lakonkan pada manusia
Aku gembira, aku bahagia
Tetapi di dalam hati
Aku merasa amat sakit
Penat sudah ku menanggung semua ini
Tuhan..
Aku sesungguhnya
Tiada sesiapa untuk mengadu selain-Mu
Dan juga teman-temanku
Sungguh tidakku terdaya lagi Tuhanku
Apakah deritaku ini kan berpanjangan
Hingga ke akhir hayatku?
Tuhan..
Air mataku bercucuran lagi
Di kala ini, di saat ini
Hatiku turut sama menangis
Bukanku meratap ketentuan-Mu
Namun melahirkan rasa terkilanku
Kerana dunia menyisihkanku
Tuhan..
Apakah boleh jika ku pinta
Engkau cabut nyawaku
Agar aku tidak merasa sengsara
Dalam dunia fana ciptaan-Mu
Bukan tidakku redha dan percaya janji-Mu
Kebahagiaan di Sana sentiasa menanti
Tuhan..
Aku lemah
Aku lelah
Aku goyah
Aku pasrah
Aku berserah
Pada-Mu
~nurfatimahz AKA puteri~
12 comments:
salam puteri,
Selayaknya, hanya Allah tempat mengadu.
sebaiknya berserah pada Allah.
berdoalah selalu kepada ALLAH.,sesungguhnya ALLAH itu maha mendengar doa dari hamba2nya y ikhlas...
setiap dari kite berhak untuk merasa hidup bahagia.
aik macam umur dah lewat tpi lum de balak je... sabar dik jodoh d tgn tuhan
ANAK TIRI MALAYSIA BEST STUDENT AUSTRALIA
abah aman -->>
w'salam. benar
Ali Ridha -->>
Dia Penentu
beautiful_rose -->>
ameen..
moga ku juga mampu menghirup rasa bahagia suatu ketika nanti
insya-Allah
new_hope -->>
umur da lewat?
huuu
balak?
er.. mmg xde lg
psst..
entry ni bukan pasal cinta
:)
like it. aku juga mau berserah diri kepadaNya... amiin.
keredhaan dalam diri membawa kebahagian di hati
kira -->>
insya-Allah, ameen..
moga hati kita dikuatkan dengan keimanan dan kesabaran..
tehr -->>
insya-Allah..
ameen..
mudah2an
:)
Post a Comment