© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, December 11, 2010

kekasih

Mengimbau nostalgia..

Tengah kemas barang-barang lama, tiba-tiba terjumpa sekeping (dan juga beberapa keping sebenarnya) kertas yang melakarkan karya zaman budak-budak dulu. Hu.hu..

Macam kelakar pulak. Rupanya sejak sekolah rendah suka menulis sajak, puisi dan lain-lain. Yang saya ingat cuma suka buat karangan je.. He...

Barangkali darjah 6 masa tu, sebab kertas kat bawah ni saya jumpa dalam buku latihan darjah 6.. Yang tak tahan, karya cintan-cintun. Perghh... Biar betul? :P



Karya yang entah apa-apa.. Hu.ha.ha.hee...

KEKASIH

Oh.. aku insan yang kesepian
Yang memerlukan kasih sayang
Pernahku merasai cinta
Tapi ia hanyalah sementara
Ku bahagia di sisinya

Oh mengapa kebahagianku ini
Dirampas
Hatiku berkecai

Selamaku bersamanya
Tiada rasa sedih
Semuanya bagai lenyap
Bilaku bertemumu kasih

Segala duka terubat
Bilaku bertemumu kekasihku

Akulah wanita yang pertama
Bercinta diwaktu belasan tahun
Semenjak dibangku sekolah rendah lagi
Kasih

Hadirnya dikau orang ketiga
Di dalam percintaan ini
Menyebabkan aku dan dia terpisah
Oh mengapakah ianya terjadi..
Tanpa dipinta

Kekasih
Hadirlah di dalam hidupku
Yang memerlukan
Seorang kekasih.

Ayoo kicik-kicik sudah jiwang tak tahan betul.. Ha.ha. Pssstt... Karya ini tidak boleh dikomen sebab dihasilkan waktu sekolah rendah yang ayat masa tu tak power macam lah sekarang ni power sangat,. Susunan pun masih tunggang-langgang. He.he..

:D

8 comments:

gadisBunga said...

KECIK2 DAH PANDAI JIWANG? MAK TAU TAK NI? HAHAHAA

puteri said...

GB -->>

Kompem TAK TAU
he.he.he

tehr said...

hehehe
kecik2 dah jiwang, hah?

puteri said...

tehr -->>

hi.hi.hi..
(tak tau nak cakap apa.. hee)

Semarak Api said...

hahah! kiut gler..kecik2 da ble tulis gni..wahh!!

puteri said...

semarak api -->>

ho.ho
rasa nak gelak
he.he

akubiomed said...

Cinta monyet zaman sekolah. Macam reti apa itu cinta walhal tak cukup umur lagi :-)

puteri said...

akubiomed -->>

ha.ha.. itu la pasal.
bnyak layan lagu jiwang gamaknya
:P~