jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Thursday, December 16, 2010
demi masa
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian
Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh
Serta berpesan-pesan kepada kebenaran
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran
(Al-Quran. Al-Asr : 1-3)
Al-Quran sejak lebih 1400 tahun lalu telah menyatakan bahawa manusia sentiasa berada di dalam kerugian. Itu sumpah Allah Taala, sumpah dengan masa. Rugilah mereka yang tidak beriman dan tidak beramal soleh. Dan beruntunglah mereka yang beriman serta melakukan amalan kebajikan.
Sekadar beriman tanpa amal soleh tidak cukup. Begitu juga amal soleh, kebajikan, kebaikan, namun jika dilakukan tanpa keimanan kepada Allah Taala, maka mereka itu tetaplah tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.
Seterusnya, manusia diseru supaya berpesan-pesan, saling menasihati antara satu dengan yang lain ke arah kebaikan. Ke arah yang mendekatkan diri dengan Tuhan. Jika pesanan (dakwah) itu tidak dipedulikan, Allah mengajar manusia supaya bersabar, dan terus menjalankan dakwah.
Menyeru manusia ke arah kebaikan harus disertakan dengan menghalang manusia dari melakukan kemungkaran kepada Allah Taala. Hari ini kita dapat melihat, ramai manusia yang berpusu-pusu melakukan amal soleh, membuat kebaikan, kebajikan, menyempurnakan "amar ma'ruf" yang disaran. Namun, mereka melupakan "nahi munkar" yang juga dituntut.
Hadith popular yang ingin dikongsikan. Dari Abu Sa’id AlKhudri Radhiyallahu Ta’ala ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam:
Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan lisanmu dan jika kamu tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati. Dan itulah selemah-lemahnya iman. Dikeluarkan oleh Imam Muslim Rahimahullahu. [sumber hadith].
Hal ini seolah-olah menyuruh kita menjaga tepi kain orang. Orang buat perkara yang tidak baik, kita nasihatkan. Orang buat yang baik, kita galakkan. Siapa kata 'Jangan menjaga tepi kain orang?'. Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan, dipetik daripada Majalah Solusi (namun telah diolah).
Seorang anak kecil (kita contohkan dia sebagai anak atau adik atau saudara kita) sedang bermain-main di tepi pantai. Kita (yang mengenali atau mempunyai hubungan dengan kanak-kanak tersebut) berada jauh dari pantai, di chalet mungkin.
Anak kecil itu berjalan dan berjalan makin melepasi gigi pantai. Dia berlari-lari bermain ombak. Dia sangat gembira. Dan tiba-tiba ombak besar datang dan menggulung anak kecil itu, lantas membawanya ke tengah laut. Dia tidak pandai berenang. Dia hampir lemas. Dia menjerit-jerit meminta pertolongan.
Katakan, ada seorang pemuda yang tidak dikenali berada di pesisiran pantai. Pemuda itu melihat anak kecil yang separuh nyawa tercungap-cungap di tengah laut itu, tapi dia tidak berbuat apa-apa. Dia hanya melihat dan memandang anak kecil itu dari jauh. Katakan juga, pemuda itu pandai berenang.
Apakah perasaan kita terhadap pemuda itu jikalau anak/adik kita lemas? Meninggal dunia? Kita akan memuji pemuda itu kerana 'tidak menjaga tepi kain' kita kah? Sudah tentu tidak, bukan?
Apakah perlu menjaga tepi kain orang? Perlukah dimarah/dicemuh/dibenci orang yang menjaga tepi kain kita?
Dan berilah peringatan..
Kerana peringatan itu
Sesungguhnya bermanfaat
Bagi orang-orang yang beriman
(Al-Quran, Az-Zariyat: ayat 55)
Renung-renungkan. Selamat beramal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
manusia cepat terlupa
sebab tu kena saling sama ingat-mengingatkan.
tapi kdg2 terlupa diri sendiri kerana ashik menjaga tepi kain org lain
MALAS DAN MANJA HARAP CAKAP SAJA BANYAK
laila -->>
benar
new hope -->>
itu suda lebihh
he.he
semua orang ada masa yg sama... 24jam tp kejayaan mereka lain2. huhu beruntung la mereka yang memenuhkan masanya dgn benda2 yg berfaedah :-)
kadang2 perlu juga jaga tepi kain orang ni
bukan untuk membuta
tapi untuk menutupnya
bagus...entry nieh banyak unsur nasihat dan pengajaran. =)
manusia sering lupa diri bila senang.
fahmi raazali -->>
kan?
kita akan disoal kelak
Masa kita
ke mana kita luangkan?
tehr -->>
betul tu
beautiful_rose -->>
moga kita tak melupakan Tuhan diwaktu senang
kadang-kadang tau rugi, rasa insaf, hati jadi bersalah, tapi tetap tak dapat lari dari melakukan kesia-siaan. leceh kan? iman naik dan turun. naiknya sikit turunnya banyak.
benrauf -->>
kadang2 bukan tak dapat lari..
tapi xnak lari..
atau bila nak lari je, ada penghalang..
:)
Post a Comment