bagaikan jatuh ditimpa tangga
Semuanya berlaku pada dalam waktu yang hampir sama. Begitulah ibarat yang selayaknya untuk digambarkan bagaimana saya dan jawatankuasa saya bagi Konsert Amal MISI (Malam Irama Seni Islam) yang bakal dilangsungkan pada 1 Ogos 2009 nanti...
Pertamanya, status tempat program yang entah tidak dapat dipastikan. Ini kerana seperti yang pernah saya maklumkan Stadium Tertutup Nilai akan kembali bertukar tangan kepada pihak kerajaan negeri. Jadi, sekiranya konsert ini diadakan di lokasi lain, maka terdapat beberapa kekurangan dan kerugian bagi pihak kami.
Kedua, artis yang kami panggil untuk konsert pada malam itu ialah kumpulan Raihan. Setelah perjanjian dan persetujuan berlaku antara dua pihak, maka invois Raihan telah dihantar kepada kami pada 11 Jun yang lalu. Namun tiba-tiba, pada 18 Jun, Raihan menarik diri daripada program kami kerana bakal mengikut persembahan yang lebih gah yang bakal berangsung di Shah Alam pada malam tarikh yang sama. Teruk betul! Pandai janji, tapi tak pandai tepati. Dahlah, blacklist lah Raihan dari senarai kami.
Ketiga, status penempatan sepanjang gerak kerja yang sebahagian urusetia ditempatkan di Nilam sudah pun berakhir atas arahan pejabat asrama Nilam. Sepatutnya ia berakhir pada 24 Jun, namun pihak asrama telah mengeluarkan arahan supaya kami mengoongkan asrama Nilam serta merta keeokan pagi (19 Jun '09).
Keempat, kami terpaksa merempat di asrama Camellia. Staff Camellia datang dan mengambil beberapa maklumat daripada kami. Walaupun pada mulanya kami terpaksa menadah telinga untuk seketika, namun, Alhamdulillah, untuk sementara waktu ini, pihak Camellia membenarkan kami menumpang buat sementara waktu. Kawan-kawan saya cakap, "lebih baik daripada kena halau macam asrama yang satu lagi". Asrama yang mana? Fikir-fikirlah.
Dan akhirnya masalah kelima, merupakan masalah yang juga besar buat saya.. Masalah line internet yang mengalami masalah hingga menyukarkan saya dan rakan-rakan untuk melayari internet. Oh, sangat sedih.. :( Tak dapat nak online, update selalu... =((
No comments:
Post a Comment