© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, June 12, 2009

karangan v anak v usim

Sekarang, saya dalam proses menghasilkan karangan atau lebih glamour disebut essei yang bakal berukuran panjangnya adalah 1000 patah perkataan. Sekarang baru lebih kurang 100 patah, uihh. Nak tulis apa lagi ya? Tolong2, ada sesiapa boleh tolong bagi idea?

Isk3...

Ohya, sekarang ni saya selalu lah jugak online YM. Sebabnya, anak buah saya si Hafeez tu selalu pulak YM. Saya pun apa lagi, kena layanlah.. he.he.. Tapi.. best jugak sebonanya.. kui3.. :D

Hafeez yang agak rajin pada hari kenduri kahwin mak ciknya..

Tak terlupa berkenaan dengan gerak kerja Pesta Konvokesyen yang sedang saya ikuti sekarang ni.. Kami menghadapi sedikit masalah yang agak besar. Masalahnya ialah, kami telah merancang untuk mengadakan semua program2 sepanjang Pesta Konvokesyen seperti gerai jualan, forum, konsert dan sebagainya di Stadium.

Pihak USIM telah bersepakat dengan MPN (Majlis Perbandaran Nilai) untuk membeli Stadium Tertutup Nilai sejak sekian lama. Yang kami (pelajar) faham sepanjang tempoh ini adalah, USIM telah membayar sebahagian daripada jumlah harga tersebut. Kami pun tanpa ragu-ragu telah menganggap stadium ini sebagai milik USIM, maklumlah, kami tidak mempunyai dewan besar untuk program-program. Jadi kebanyakannya kami jalankan di stadium; sambutan hari raya, peperiksaan, dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan di sini, program Pesta Konvokesyen ini bakal berlangsung dipenghujung bulan Julai hingga awal Ogos. Setelah selesai menyiapkan sebahagian gerak kerja, tiba-tiba sahaja kami dimaklumkan penarikan balik status stadium daripada menjadi milik USIM. Dengarnya, harga stadium telah dinaikkan dan USIM tidak bersetuju untuk itu.

Kami tidak kesal kepada USIM. Tapi kami kesal kepada pihak yang telah menaikkan harga tersebut. Walau bagaimanapun tidak mengap, kerana kami, Sekretariat Pesta Konvokesyen akan meneruskan Plan Lokasi B.

Doakan kami ya.


8 comments:

Framestone said...

out of topic--> xmajuk la..besa2 je nie... cuma memikirkanjika bro ebrundur dari dunia berblog nie..cam mne u'll nk contact bro je..

ade fs pun jadi la kan..even bro jrg update kat sane..tp sellau je online kat sane he...23x

puteri said...

hu.hu..

ye lah..boleh aje ntek kat sn...

tapi nnt dh jrg la dpt bc entri bro.. blog kat fs xbest sgt,.. xse-best blog blogspot....

Framestone said...

he..23x tau pun uhhu... mmg xbest lyn yg frndster punye blog... ala bro insya'lah akan update i bro xbz la huhhu

abg alif kamu ade je kat sinie..tp masih xkesempatan nk ketemu huhuuh

puteri said...

iye ke? mcm tu bro la plk kem slm sy kat dy... :D

Framestone said...

he..23x insy'lah..tp asik xketemu je.. bz sikit orgnye... nk lepak dgn mbe2 pun xkesempatan

entah la.. masih lg difikirkan untuk berpindah aatu tidak huhu

puteri said...

wat la appointment dgn dy.. ;-)

takpe..meh kite tlg fikirkn..
"tak payah tukar"

kan sonang.. :D

Anonymous said...

huhuhu...sian kita kan..gna plan c..haha

puteri said...

uih.. plan c terus?
plan b dlu....
hi.hi