© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, December 07, 2007

kampung girl

Baru-baru ini, saya pulang ke kampung nenek di jitra, kedah. Agak lama tidak ke sana. Terakhir seingat saya, hari raya aidilfitri yang lalu. Teringat dulu-dulu tinggal bersama nenek dan arwah datuk sehingga tahun tiga (bukan tiga tahun).

Singgah ke rumah jiran. Sendirian. Dulu masa kecil selalu ke sana. Main dengan kak ina. Sembang-sembang dengan chik, ibu saudara kak ina. Bila? Tahun 1997. Sepuluh tahun yang lalu. Kak ina pun sudah berkeluarga. Haikal, comel anaknya. Nama yang sama seperti anak buah saya.

Tiba-tiba rasa seperti wakil rakyat pula, hehe (mana tahu boleh menang bila dicalonkan nanti). Dengar macam-macam cerita termasuklah aduan harga barang naik, 3 kali dalam tahun ini sahaja. Yang saya tahu sebelum ini dan sedia maklum, itulah antara ’hadiah’ untuk kami selepas alor star menjadi bandaraya.

1.Tepung guni dari rm30, menjadi rm50.
2.Tepung paket dari rm1.80 menjadi rm2.50.
3.Gas, dari rm20 menjadi rm25 (teringat penah beli dalam tahun 2005, rm17.50).
4.Daging import, dari rm6 menjadi rm8.
5.Minyak masak susah diperoleh.

Jangkaan mereka, pasti harga akan terus meningkat. Ye la, angkasawan kedua lagi, projek itu la, ini lah. Nampak gayanya, kebarangkalian menggunakan dapur kayu kembali semakin meningkat.

Bukan tak bagus semua projek, pembangunan dan kemodenan. Dalam Islam sendiri menyeru mencapai kejayaan. Rujuk : azan, ”haiya ’alal falah”. Itupun selepas seruan ”haiya ’alas solah”. Tapi, kalau kemajuan itu dah sampai ada WARGANEGARA rasa tertindas, menjadi mangsa, tak ada maknanya semua tu. Kebanggaan negara kepada luar, tapi jadi hinaan dalamnya.

Kalian tidak merasainya kerana kalian di atas. Bila kalian berada di tempat mereka, kalian akan merasa betapa perit dan mahalnya kesenangan dan murahnya kesusahan, kesempitan.

Tahukah, doa mereka yang tertindas dan dizalimi itu lebih mustajab?

2 comments:

Anonymous said...

peringatan

IamYonna said...

yerp..
doa org teraniaya lebih mustajab :)
naseb baik la blog ni pon x berbayar..
kalo x,mesti makin mahai :p

hehe..
puteri..
senyap je..
da lupe yonna eh :(