jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Friday, October 19, 2007
catatan yang tertunda
Dalam usrah yang saya terima , ukhti itu melarang kami bergaul dengan lelaki. Selalu dipesan-pesan. Dia juga menyarankan kami menegurnya jika terlihat dia bercakap dengan lelaki. Saya tidak berkata apa-apa. Saya diamkan sahaja apa-apa perkara, ye la, dia kakak kan?
Kalau tak nak berhubung, bercakap dengan lelaki, secara jujur- (ikhlas dan setulus)nya, saya minta maaflah - saya tak dapat. Kawan-kawan lelaki ramai, kawan sekelas, kawan sekolah, sekuliah, sekampung, senegara dan lain-lain. Nak buat apa-apa pun kadang-kadang perlukan bantuan dan kewujudan kawan lelaki, kalau tak berbaik, tak patutlah nak mintak tolong atau seumpamanya. Bukankah lelaki adalah untuk perempuan, perempuan untuk lelaki dan mereka (lelaki dan perempuan itu) tercipta untuk saling melengkapi? Malah Islam juga tidak melarang namun menetapkan batas-batas dalam pergaulan.
Tapi saya tidak melawan sebarang kata-katanya (dan tiada sesiapa melakukannya) sehingga suatu hari dia (untuk sekian kalinya) mempersenda dan merendah-rendah orang yang menyokong dan sukakan nasyid. Saya geram di dalam hati. Diam lagi. Kalau dah tak suka, cakap je la elok-elok, bukannya tak boleh. Dia juga ‘tak sedar’ berapa ramai yang telah ‘keluar’ dari usrah ini kerana dia suka perli, paksa. Ah..sayang sekali, menyeru kebaikan yang salah caranya, itu pada pandangan saya. Pandangan anda? Atau barangkali saya yang bersalah?
Dan seterusnya saya tak dapat lupakan bila dia menguatkan lagu (nasyid) yang sedang saya dengar melalui earphone (dia menarik wayar dari laptop, saya pura-pura tidur ketika itu). Lepas tu telefon saya berbunyi, dia ada mengambil telefon saya dan menekannya (untuk menjawab). Yang bagusnya, si pemanggil itu meletakkan panggilan sebelum sempat dia mengangkat. Tiba-tiba bunyi sms diterima masuk (ringing tone). Yang lebih bagusnya adalah jika sesiapa yang mahu menggunakan telefon saya perlu memasukkan security code terlebih dahulu. Dan ini tidak dapat dilakukan (kecuali kawan-kawan, tapi mesti takde yang ingat nombornya sebab panjang..hehe).
Saya masih boleh bersikap selamba dan berlagak seolah-olah tiada apa-apa bila dia menetapkan syarat lulus (ada saya ceritakan pada seorang kenalan), terasa adanya keterpaksaan di ditu. Saya masih boleh terima. Tetapi tidak selepas apa yang dia lakukan terhadap ‘hak milik’ saya. Anda juga pasti mempunyai perasaan seperti saya jika anda ditempat saya.
Saya tidak berniat nak memburuk-burukkan atau mengapi-apikan sesiapa. Saya cuma ingin anda tahu bagaimana perasaan saya dan apa yang menyebabkan saya jadi begini, tindakan dan perlakuan saya terhadap dia.
Kenalan itu pernah memberi nasihat agar saya bercakap dengan orang itu dan berbincang dengan baik tentang semua hal, terima kasih. Tapi saya masih belum berjaya melakukannya. Saya hanya mendiamkan diri. Membisu. Maafkan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pesan kepada kakak tu katakan : Bin Ali kirim salam. jangan terlalu syadid tanpa memperhatikan realiti.
insya-Allah..
Post a Comment