© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, October 18, 2007

reunion


Alhamdulillah, pada hari ini saya berkesempatan ke rumah kawan baik saya dari sekolah rendah, Lailatul Zam-Zam. Kami telah merancang untuk mengadakan reunion pelajar SRI Abim (Sg. Petani) sambil jamuan hari raya di rumah laila. Walaupun tidak semua yang belajar sekelas dahulu hadir, tapi ia bukan menjadi penghalang untuk kami meneruskan agenda (macam ape je, hehe).

Saya(USIM), laila(UDM), amirah(USIM), farhanna(MPMelaka), Ikhwan(USM), falihin(UTHM), najah (UITM) dan filzah(USIM). Macam-macam yang dibualkan. Ye la, dah lama tak jumpa. Kalau dengan yang perempuan tu kadang-kadang ada la jumpa jugak tapi yang lelaki saya tak pernah jumpa lagi selepas hari jamuan perpisahan dan amik result UPSR tahun XXXX yang lampau.. =) Yang penah saya jumpa, sidik(kebetulan sek.men sama) dan asyraf(dalam program anjuran abim).

Ah..dah hampir sepuluh tahun saya kenal mereka semua, tapi mereka semua lebih kurang 13 tahun. Sebab saya masuk SRI masa darjah 4. Ikhwan dan falihin masih macam dulu, sporting, happy go lucky. Paling ingat, masa exam dulu falihin ada bagi jawapan. Saya tanya dia, roti, apa dalam bahasa arab, dia jawab sambil nyanyikan lagu yang cikgu ajar, ‘alif’ untuk apa, ‘ba’ untuk apa dan ‘kha’, untuk khubzun = roti. Lepas tu sampai sekarang saya ingat (khubzun roti je la), hehe.

Saya, filzah dan amirah satu bangunan belajar tetapi lain bidang. Kadang-kadang kami ada berjumpa di kampus atau di kediaman. Laila, najah, amalina, farhanna juga kadang-kadang kami berjumpa bila punya kelapangan seperti cuti selepas PMR dan sebagainya. Ya, kami mempunyai hubungan yang agak rapat. Mesra. Sukanya saya.... Dan terharu bila ikhwan berkata yang bermaksud “kita ni macam adik-beradik, walaupun masing-masing jauh, johor, terengganu dan mana-mana tempat pun, tak kisah la kita jarang berhubung (sms) tapi akhirnya kita tetap akan balik negeri asal dan berjumpa, macam adik-beradik”.

Falihin menyakat filzah dan najah yang memakai cincin. Kata falihin “najah dengan filzah tak bagitau dah ‘bertunang’ ya..” “tengok aku, cincin pun tak ada, ha.. aku single lagi, fatimah pun haa.. mana ada cincin, kan?” Aduh, tak pepasal terlibat. Saya pun menunjuk-nunjukkan jari, hehe.

“Tak lama lagi banyak kenduri (baca : kenduri kawen) nak kena pergi” kata ikhwan sambil menghitung-hitung bilangan kami yang ada di situ. Saya mencelah “mula-mula hang kan?” Dia senyum. Oh ya, ikhwan sudah berpunya (ayat…hihi). Dia tidak merahsiakan dari kami semua dan dia juga tidak mahu sesiapa berahsia apa-apa, itu janji kami. Ikhwan ada memberitahu perancangan hidupnya selepas ini, 3 tahun lagi dia habis belajar di USM. Moga-moga tercapai. Jangan lupa bagitau dan jemput aku.. ; )

Haih.. baru hari tu saya menjadi pelajar baru SRI, lepas tu masuk darjah 6. Sekarang ni alih-alih (mereka) dah cakap pasal nak kahwin, aduh..macam tak percaya sahaja. Cepatnya masa berlalu. Terlalu pantas. Tapi inilah kehidupan, kan? Apa-apa pun saya amat gembira pada hari ini (walau ada sedikit masalah yang melanda). Gembira jumpa kawan-kawan. Sekalung penghargaan buat laila dan sekeluarga yang telah menyediakan makan-makan..(“,)

No comments: