jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Tuesday, June 12, 2007
blogs dan friendster
Hmm..pagi ni saya melihat-lihat perbualan, perbincangan mungkin di ntv7, dalam pukul 8.00am lebih-lebih. Er. Breake Time? Entahla ape name tajuk rancangan tu tapi yang pasti, saya tertarik sebab ada perbualan mengenai blog. saya fikir (dari pemahaman saya apa yang mereka borakkan) ianya mengenai kelebihan blog Microsoft. Microsoft ade program nak wat blog eh?
Saya pula tertanya sendiri selepas mengeluarkan kenyataan di atas. Tapi yang pasti, itulah yang saya dengar. Kalau under Microsoft, yang saya tahu ala-ala blog adalah OneNote.. tapi takde la pulak tempat nak letak link2, gambar dan sebagainya seperti kebiasaan pada blog blogspot atau blogdrive (familiarnya). OneNote lebih kepada entry semata-mata (bagi saya la.. mungkin saya belum expert tentangnya.. mungkin..).
Tak kisah lah apa-apapun, yang pasti, perbualan itu menarik perhatian saya. Tapi, masa saya mula ‘menyertai’ mereka, perbualan mengenai blog sudah pun dipenghujungnya. Lalu saya menukar siaran. Dan selepas seketika, saya membuka ntv7 (promote, promote.. ntv7 nak bagi ape dekat saya tolong wat iklan nih?) kembali, pasal friendster pula! Wawah.. bukan main menarik lagi topik pagi ni.
Tapi penerangan tentangnya seperti kelebihan friendster yang orang tu cakap, (er..mat saleh mane tah.. orang yang cipta friendster kot?) lebih kepada ciri-ciri. Ops.. entah apa yang cuba saya terangkan, tapi dia cakap yang friendster ni macam ni, macam tu.. ble letak gambar, ade blog sendiri, ble cari kawan lame dan sebagainya. Akhir sekali orang tu cakap, jangan percaya kalau terima emel yang friendster akan ditutup.
Seterusnya, pasal artis lak. Diorang sediakan cd rihanna kepada sesiapa yang membuat panggilan dan menjawab soalan. Er..saya takde la minat sangat rihanna tu, cume saya minat lagu dia je. Semata-mata satu je yang saya tau dan sangat-sangat suka lagu itu, itulah UNFAITHFULL. Mahu sahaja saya membuat panggilan tetapi taktahu number ape nak call. Hehe..
Labels:
event
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment