© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, January 11, 2010

ku menelefonmu

Ku menelefonmu
kau tidak menjawab
berkali ku mendail
berulang kali pesananku diambil
oleh operator automatikmu

Ku menelefonmu
bukan kredit kau yang ditelan

bukan kau yang kerugian
mengapa tidak menjawab
saatku memanggilmu

Ku menelefonmu
bukan meminta bantuanmu
seperti yang kau lakukan
tidak ku harap simpatimu
kerana aku sememangnya tahu
kau tak sanggup menolongku

Ku menelefonmu
sekadar bertanya khabarmu
walau mungkin kau tak ingin
untuk memberitahuku

Ku menelefonmu
sebagai seorang teman
yang pernah mengenalimu
menunaikan tanggungjawabku
mengambil tahu tentangmu.

-nurfatimahz AKA puteri-
10/1/2010, 1.21 pm

4 comments:

Insan Biasa said...
This comment has been removed by the author.
puteri said...
This comment has been removed by the author.
puteri said...

ini teman di saat senang
ketika susah dia menghilang
bila perlu, dia mencari
bila tidak, dia pergi...

nohas said...

Bateri dia kong kot, ataupun diluar kawasan..