© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, January 01, 2010

e-voting di kampus

Perlukah dibatalkan?

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) mempertingkatkan kempennya menentang sistem pengundian berkomputer (e-undi) yang digunakan di beberapa kampus universiti awam, terbaru bakal dilaksanakan di Universiti Malaya.

BANTAH, yang diketuai Mohd Aizat, ditubuhkan atas daya usaha kumpulan siswa dari UM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ia diwujudkan selepas UM dan Universiti Utara Malaysia (UUM), yang telah melangsungkan pilihan raya kampus Oktober lalu, memperkenalkan kaedah pengundian elektronik.

Kaedah e-undi mula diperkenalkan di UPM pada 2003 dan kemudian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – juga dalam suasana penuh bantahan.

Selain menerima bantahan bertubi-tubi daripada beberapa kumpulan pelajar sejak ia diperkenalkan, kumpulan pelajar UPM sendiri pernah memulaukan pilihan raya kampus mereka selama dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006.

Beberapa langkah telah diambil oleh Pihak BANTAH di dalam menjamin ketelusan di dalam pilihanraya kampus akan datang di antaranya ialah menghantar Memorundum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Khalid Nordin, tinjauan terhadap mahasiswa tentang E-Voting dan siri-siri penerangan kepada mahasiswa berkenaan dengan sistem baru ini.

Selain itu, beliau juga akan mengupas dari sudut perundangan bilamana sistem E-Voting ini dijalankan secara menyeluruh dan penerapan undang-undang termasuklah AUKU yang digunapakai di dalam sistem ini.

Dua orang tokoh lagi dijemput untuk menerangkan bagaimana sistem E-Voting ini berjalan dari sudut perisian teknologi dan kita juga mahu melihat berapa peratus kecekapan dan ketelusan sistem ciptaan manusia mampu memberikan suatu kepuasan terhadap mahasiswa dan wujudkan kebobrokan akibat daripada tangan-tangan manusia yang akan mencemari penggunaan sistem ini.


(Sumber: Mahasiswakini)

Saya bukan wakil MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), atau wakil dari mana-mana badan atau pertubuhan pelajar, tetapi saya sebagai seorang pelajar yang mana menggunakan sistem E-Undi atau E-Voting dalam pilihanraya kampus merasakan, E-Voting ini tidak perlu dimansuhkan.

Pihak BANTAH merasakan ianya tidak telus dan diragui. Namun, seperti mana yang dapat saya faham daripada artikel-artikel di Mahasiswakini, UM membantah kerana mempertikaikan kewibawaan pihak yang bertanggungjawab mengawal sistem E-Voting di UM.

Sepanjang E-Voting dipraktikkan di USIM, saya tidak mendengar sebarang komen atau ketidakpuasan hati yang menyebabkan gesaan atau desakan supaya E-Voting di sini dimansuhkan.

Saya merasakan sistem ini mempunyai manfaat dan kelebihan yang tersendiri selain saya mempercayai pihak pentadbiran USIM dan juga pihak yang bertanggungjawab mengawal sistem E-Voting di USIM.

BANTAH yang ingin membantah perlaksanaan E-Voting itu, mungkin hanya perlu membantah di kampus-kampus atau IPT-IPT yang membantah, bukan pada keseluruhan. Itu pendapat peribadi saya.

E-Voting selain memudahkan pelajar untuk mengundi, ia juga hanya mengambil masa yang pendek untuk membuat pengundian. Undi rosak secara tidak langsung, dapat diatasi.

Mungkin suasana kita berbeza. Lantaran itu, saya menyokong E-Voting di USIM. Saya percaya kepada ketelusan pihak pentadbir dan pihak yang bertanggungjawab mengawal sistem E-Voting USIM.

No comments: