© Hakcipta adalah terpelihara.
~ a film review ~

Saya tertarik dengan Filem Magika terbitan KRU Studios. Sebelum ini, semasa melihat video klip lagu Penyembuh Rindu (Mawi feat Diana Danielle) beberapa bulan dahulu menerusi Youtube juga sudah membuat saya tertarik kepada jalan cerita filem berkenaan.
Saya ada melewati laman FB Diana Danielle, di situ banyak saya memperoleh informasi tentang filem Magika ini. Filem ini arahan Edry KRU yang pertama (seperti jawapan Edry dalam temubual ASTRO).
Filem ini sangat menarik bagi saya kerana melibatkan banyak cerita di dalam satu cerita. seperti yang dimaklumkan, kisah-kisah dongeng/lagenda Melayu dimuatkan dalam Magika. Antaranya ialah Mahsuri (Varnida Imran), Nenek Kebayan (Ziana Zain), Puteri Gunung Ledang (Ning Baizura), Pak Pandir (Aznil Nawawi) & Mak Andeh (Raja Azura), Badang (Mawi), Bawang Putih (Syarifah Amani) & Bawang Merah (Syarifah Aleeya), Puteri Bunian (Maya Karin), Hang Tuah (Apek) dan ramai lagi.
Hampir semua barisan pelakon dalam filem ini merupakan pelakon yang tidak asing lagi dan sudah berjaya menempah nama dalam dunia perfileman atau lakonan. Apa yang lebih menarik, semasa skrip filem ini sedang ditulis, Edry KRU sudahpun membayangkan siapa yang bakal memegang watak-watak dalam Magika. Hampir 90% daripada pelakon Magika merupakan apa yang terlintas dalam pemikiran Edry.
Magika mengisahkan tentang dua beradik iaitu Fimie Don (Hikayat Putera Shazlan) sebagai Malik dan Diana Danielle sebagai Ayu (Kakak Malik) yang tersesat memasuki alam magika.. Di alam aneh inilah mereka bertemu dengan watak-watak dongeng Melayu seperti yang disebut di atas dan juga yang tak tersebut.. :)
Sungguhpun saya sangat mengagumi filem yang dijangkakan "Box Office" ini dan teruja untuk menontonnya walaupun bukan dalam panggung wayang, namun setelah saya amat-amati, kisah ini tidak lain tidak, hampir serupa dengan kisah Alice in the Wonderland, yang mana Alice juga tersesat ke dalam dunia 'magic' dan bertemu dengan beberapa watak dongeng Barat....
Walaubagaimanapun, saya tetap ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada KRU Studios terutamanya Edry sendiri atas usaha dan berjaya menerbitkan filem Magica. And good luck guys!
Sumber1: Diana Danielle
Sumber2: Aznil Nawawi
Sumber3: Fimie Don