© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label advertisement. Show all posts
Showing posts with label advertisement. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

iklan: sambutan 60 tahun PAS peringkat Kedah



Nota:
Keh keh keh... gambar sekitar sambutan 60 tahun PAS peringkat Malaysia di Pulau Pinang belum upload... kikikikiiiii......

Nota 2:
Saya akan berada di sana hari Jumaat ini, 22hb.. Sambil mengiringi anak-anak murid membuat persembahan nasyid di sana (Jurulatih nasyid sekarang kan? hehehehe).... Sapo2 nak pi leh la me-SMS ambo n oyak sapo.. Bulih jupo.

Nota 3:
Eh.. Negeri apakah ini? Silap bahasa pulak! keh keh keh

Monday, October 10, 2011

SOKONG: tunaikan 8 tuntutan sebelum PRU 13!


Ada satu page ni.. Page untuk tunjukkan sokongan terhadap Bersih 2.0 dan tuntutan-tuntutan Bersih.

Semua orang boleh tunjukkan sokongan masing-masing dengan mengirimkan gambar ke page tersebut, namun mestilah klik LIKE dulu pada page tersebut.

Link: Implement the 8 demands before GE 13

Ok, selamat menunjjukkan sokongan anda. Saya sudah. Anda?

Thursday, August 04, 2011

untuk pengundi - melindungi undi dari dikesan



Video ni sangat berguna kepada pengundi tidak kira pernah mengundi sebelum ini atau baru pertama kali bakal mengundi.

Tapi kalau guna biotmetrik....???

Wednesday, August 03, 2011

iklan kontroversi (Ramadhan 1432)

JIKA diimbas kembali kepada tahun-tahun yang sudah, pasti ada sahaja iklan-iklan yang dikritik hebat kerana terdapat unsur-unsur yang tidak disenangi oleh sebilangan masyarakat di negara ini.

Kali ini giliran Channel 8TV mendapat kritikan hebat berhubung sebuah iklan Ramadhan yang disiarkan di stesen televisyen tersebut. Difahamkan, iklan ini menggambarkan seolah-olah orang bukan Islam di negara ini tidak pandai menghormati bulan Ramadhan.

Bagaimana pun, Iklan Ramadhan yang didakwa mengandungi unsur perkauman atau rasis itu sempat ditayangkan seketika sebelum siarannya ditarik balik berikutan bantahan dan kritikan banyak pihak. Saksikan dan nilailah sendiri.



Sumber: MiloSuam

Nota:
Saya pun tak berkenan dekat iklan ni! Host dan orang Melayu sendiri tak pandai nak hormat Bulan Ramadhan + Agama sendiri, nak 'ajar' penganut agama lain. Huh.


Nota 2:
Saya ada kenal orang Cina yang turut berpuasa di bulan Ramadhan dan juga bulan2 lain walaupun bukan beragama Islam. Tian Chua (Ahli Parlimen KeADILan) juga berpuasa! Melayu + Islam berapa ramai yang tak puasa?

Wednesday, June 15, 2011

Graduan Aspire 2011


Kepada semua graduan yang berminat, boleh ke KLCC pada 16&17 Julai ini. Untuk keterangan lanjut, klik pada gambar.

Nota:
Hebahan dari Timbalan Dekan FSU, merangkap supervisor tesis saya dulu.

Tuesday, February 08, 2011

imam muda musim ke-2

~ Temuduga dan sesi uji bakat ~




Pencarian Imam Muda bagi musim kedua kerjasama Astro OASIS dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di wilayah utara akan bermula pada:

Tarikh: 11-12 Februari 2011
Masa: 8 pagi - 4 petang.
Tempat: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah

Bagi mereka yang mempunyai kelayakan seperti:

- lelaki Muslim yang fasih berbahasa Melayu
- boleh menguasai lebih dari satu bahasa
- berusia 18 - 27 tahun
- sihat tubuh badan
- memiliki suara yang lunak
- boleh membaca al-Fatihah dan ayat-ayat lazim dengan tajwid dan fasahah
- mempunyai pengetahuan umum dan hal ehwal semasa,

Anda dialu-alukan untuk menghadiri sesi uji bakat ini.

Jangan lupa bawa bersama anda kad pengenalan bersama salinan, dan juga sekepiang gambar profile hingga ke paras pinggang.

Nota penulis:


1- Iklan untuk awal bulan.. he.he.. :)
2- Rasanya tak salah kalau ada program 'Imamah Muda' pula selepas ini... Perempuan pun boleh jadi imam kan (kepada perempuan/makmumah sahaja)..