© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, September 30, 2010

dan masih..



Masih menanti calon-calon untuk menjawab soalan questionnaire. Any other volunteers? Sekiranya ada, bolehkah meninggalkan alamat e-mail anda supaya saya dapat menjejaki menghantar soalan melalui e-mail.

Soalan dan jawapan questionnaire ini amat penting untuk saya dalam menyempurnakan tugasan Projek Ilmiah yang diarahkan oleh pihak USIM.

Kepada yang mungkin belum maklum dengan tajuk Projek Ilmiah saya, tajuknya ialah "Hak dan Tanggungjawab Seorang Blogger di bawah Syariah dan Undang-Undang Malaysia". Sebenarnya di dalam Bahasa Inggeris, he.he.. "Rights and Responsibilities of Blogger under Syariah and Malaysian Laws". =)

Kami diberi dua pilihan bahasa untuk Projek Ilmiah, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Dan saya telah memilih Bahasa Inggeris.

Demikian, saya menjalankan kaji selidik secara online ke atas kekumpulan blogger Malaysia. Segala maklumat yang diperoleh hanya akan digunakan di dalam Projek Ilmiah ini dan penyelidik (saya lah, he.he) semata-mata, manakala maklumat peribadi (jika berkenaan) akan dirahsiakan.

Terima kasih untuk yang sudah menghantar jawapan soalan questionnaire:
*Hanis Damanhuri
*GadisBunga
*CikLi
*Najah

P/S: Kep
ada BenRauf saya terima e-mail anda, tapi tiada attachment. Bolehkah kirimkan sekali lagi? Please... :)

Monday, September 27, 2010

Malaysian bloggers: wanted

Salam sejahtera. Apa khabar semua? Pada hari pertama iaitu Isnin.. hari yang di mana sesetengah orang rasa 'Esok dah Isnin? Tidakk...!!'. 'Kenapa esoh hari Isnin?'. 'Oh malasnya Isnin...',,. Macam-macam ragam boleh kita lihat.

Maklumlah, hari pertama selepas cuti hujung minggu.. Malas nak bekerja, malas nak ke kelas.. Even tukang masak gerai pun ada tau, malas nak masak sebab dah lama cuti! Psstt.. It's happen in my place Hostel Sutera Indah. In the past two days, we were suffered because of it.. :(

Erm.. about Malaysian bloggers... Boleh saya dapatkan bantuan sekali lagi? Masih untuk tujuan yang sama, iaitu Tesis = Projek Ilmiah.

Sebelum ini, saya telah mengirimkan questionnaire melalui e-mail kepada beberapa orang rakan blogger Malaysia, Indonesia juga Singapura. Pada kali ini, sekali lagi saya ingin meminta pertolongan kalian untuk jawab semula boleh?

Supervisor saya menyuruh saya mengolah semula soalan-soalan saya yang lepas, oleh yang demikian, saya sekali lagi perlu mengedarkan soalan kepada kalian. Ohya, pada kali ini soalan yang bakal saya edarkan hanyalah kepada blogger Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan bloggers dari negara jiran yang telah memberi kerjasama dengan baik sekali pada sesi yang lepas.

Bolehkah kalian? Boleh berikan saya alamat e-mail?

Saya amat berharap....

P/S: Segala maklumat hanyalah untuk kegunaan projek ilmiah semata-mata, manakala semua maklumat peribadi partisipasi akan dirahsiakan.

Jasa baik kalian saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih
.



Saturday, September 25, 2010

jamuan raya dan hadiah

Seperti yang saya maklumkan semalam menerusi surat rasmi online yang saya terima baru-baru ini, pada hari esok; Ahad, akan diadakan majlis jamuan hari raya dan penyampaian hadiah bagi pertandingan menulis yang telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional Johor atau Pembina Johor, di Johor Bahru (JB).



Akan tetapi.. saya tidak dapat menghadirkan diri ke sana atas beberapa alasan yang saya tidak beritahu kepada pihak penganjur:


1- Agak jauh. Kos pergi-balik dalam RM60.
2- Tak ada kawan nak teman. Yelah, yang meneman mesti kena kuarkan duit sendiri, kesian pulak.. Huhu.. Saya tak mampu nak taja.. :( saya saja RM60, menaja jadi RM120??! Wahh.. :O

Akhirnya saya menelefon wakil pihak penganjur; selepas berusaha mencari wakil di Batu Pahat (keluarga abang ipar, tapi abang ipar di Sabah.. hihi), yang saya tak dapat hadir. Pihak penganjur akhirnya berjanji akan mengantar hadiah saya melalui pos.. :)

Ohya, dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada rakan blogger; Kak Suri dan kepada semua yang lahir pada hari ini B) . Semoga dipanjangkan umur dalam rahmat dan kasih Ilahi. Ameen..



Thursday, September 23, 2010

surat rasmi online

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saudara/Saudari,


JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN PENULISAN CERPEN, SAJAK DAN MELENGKAPKAN SLOGAN ANJURAN PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA) JOHOR 2010.


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Saudara/Saudari telah terpilih sebagai JOHAN PERTANDINGAN PENULISAN (Kategori Melengkapkan Slogan) dan Saguhati (Kategori Melengkapkan Slogan) Anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Johor 2010.


3. Kami dengan berbesar hati ingin menjemput Saudara/Saudari untuk hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah yang akan diadakan bersama dengan Jamuan Aidilfitri PEMBINA Johor dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor mengikut ketetapan berikut:


Tarikh : 26 September 2010 (Ahad)

Masa : 2.30-5.30 petang

Tempat : Surau JPJ Johor, Jalan Kencana Mas 1/3, Johor Bahru, Johor‎.

Pakaian : Baju Melayu (Lelaki)/ Baju Kurung (Perempuan)


4. Pihak PEMBINA Johor ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas buat Saudara/Saudari atas kemenangan ini. Besarlah harapan kami agar Saudara/Saudari dapat menghadirkan diri ke majlis ini bagi meraikan kejayaan Saudara/Saudari. Sekiranya Saudara/Saudari tidak dapat menghadiri majlis ini, bolehlah menghantar wakil untuk mengambil hadiah bagi pihak Saudara/Saudari.


5. Saudara/Saudari diminta untuk mengesahkan kehadiran dengan membalas email ini. Sebarang masalah atau pertanyaan boleh diajukan kepada email ini (penulisan2010@gmail.com) atau kepada Encik Mohd Fauzi Abdul Hamid ditalian:019-7458171 atau Cik Siti Soraya Lin Abdullah Kamal ditalian: 013-2521609.


6. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak Saudara/Saudari kami dahului dengan ucapan Terima Kasih.


Sekian, Terima Kasih.


“Membina Belia Harapan”


Wa.. sonoknye!! nak pergi.. Tapi macam mana nak pergi dari Nilai ni... Tak ada transport pulak tu... Sapo nak teman? Berapa kos yang diperlukan?


........

Wednesday, September 22, 2010

rumput dan padi

Dunia dan akhirat itu umpama rumput dan padi.
Apabila menanam padi, rumput akan tumbuh jua.
Tetapi menanam rumput, takkan menumbuhkan padi.

Begitulah ibaratnya dunia dan akhirat.
Mengejar akhirat, dunia juga diperoleh.
Tetapi mengejar dunia, hanyalah dunia semata-mata..


***************************************************
I got this via sms.

Monday, September 20, 2010

openhouse mama, papa

Kalau ada yang masih ingat atau pernah terbaca tentang kisah mama dan papa saya yang saya masukkan dalam entry yang terdahulu.. Namun mungkin sudah agak lama sebenarnya.. :)

Mama dan papa sebenarnya rakan blogger saya seawal musim penglibatan pengenalan saya dengan dunia blog. Tahun 2006, kami berkenalan. Pada masa itu mama dan papa baru bertunang. Tahun 2008, mama dan papa berkahwin, dan saya ada hadir ke majlis mereka di sebelah rumah papa, Gemas, Negeri Sembilan.

Yang paling best sepanjang 'persahabatan' dengan mereka ialah, nama gelaran saya antara mereka;
baby. =) Masa pergi rumah papa dulu, papa ada berpesan sebelum pulang ke Nilai, "baby, kalau ada apa-apa nanti bagitau papa ek,". :)

Ohhoho.. ada kawan saya jeles tau dengan gelaran
baby nih.. ha.ha.. Ohya, saya juga ada auntie, jaja. Juga kawan blog mama dan papa. So, merangkap my auntie lah.. :D Tapi diorang dah tak aktif berblog..fb aje....

Baru-baru ni
papa ada umum tentang openhouse di rumahnya di Salak Tinggi, 18-09-2010. Memandangkan saya pun available waktu tu nak ke sana, dan tidaklah begitu jauh dari Nilai, saya pun pergi. Ajak kawan ikut sama.. Lama tak jumpa diorang. Huu.. dua tahun jugaklah..


mama, papa dan kazim
(sumber: fb mama)

sorang driver, sorang pengikut.
dua2 my friends

tak pakai baju raya di hari openhouse...
kata
mama, sibuk..

kazim nak saya punya hp.. hehe
mane boleh jijim.. :B

saya dan kak na,
also my friend. a good friend. ;)