jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Sunday, August 05, 2012
Emas tetap dihati kami (Lee Chong Wei)
Gambar di atas ni cerita yang sebelum ni. Sembang-sembang kelakar cakap: Kalau LCW kalah pun dia terpaksa kalah, sebab kalau dia menang, dia risau kena peluk lagi sekali! WAHAHAHA!
Ok kembali kepada topik. Ada tiga game. Lee Chong Wei : Lin Dan, musuh tradisi.
Pertama : 21 - 15
Kedua : 10 -21
Terakhir : 19 - 20
Heuuhh tak jauh beza dah tu!!!!! Game pertama CWL memang ke depan. Masuk game kedua Lin Dan mula menunjuk belang. Game terakhir sama-sama mengejar dan OH! Sangat tipis kekalahan!
Tak apalah.. Walau pun tak dapat emas, dapat perak saja, ia tetap EMAS di hati kami rakyat Malaysia. LCW sudah melakukan yang terbaik!
PROUD OF HIM
"Sebangsa, Senegara, Sejiwa"
Wednesday, December 01, 2010
Red Warrior dapat RM200 ribu
Sebelum ni dalam Hot FM ada temubual DJ dengan Tuan Guru Nik Aziz merangkap Menteri Besar Kelantan. Ada tengok (youtube) or dengar (radio) tak? Kalau tak tengok lagi, jom tengok kat sini: Temubual bersama Nik Aziz di Hot FM. Saya pun tengok dan dengar melalui youtube je, ;-)
Tuan Guru ada memberitahu bahawa pihak kerajaan (Kelantan) akan memberi hadiah kepada Red Warrior kerana berjaya ke peringkat akhir.
Kalau tahun sebelum ini, setiap pemain Red Warrior mendapat hadiah berupa umrah, tapi kali ini Tuan Guru akan memberikan hadiah dalam bentuk wang agar satu keluarga si pemain bola itu dapat merasa (gembira dan juga hadiah itu sendiri).
Tahniah kepada Red Warrior sekali lagi!
Pssstt.. Ada blogger Red Warrior tak? He.he.. Kalu ado, bagi la ko kito sikik hadioh (pitih) tu,, he.he.he... =)
[sumber: HarakahDaily]
Thursday, November 18, 2010
i love Lee Chong Wei!
Sonok.. Singgah makan tengahari sebelum balik di rumah Tok Long yang buat masak daging korban.. Ada sup tulang, daging masak
Eh,, macam dah lari tajuk je. Haa.. berbalik kepada Lee Chong Wei. Saya sangat meminati beliau sebab saya suka badminton. Nak cerita tentang saya dan badminton? Er, dalam lain entrylah. Nanti kang terpanjang pulak entry ni.. he.. :D
Tadi dalam pukul 10.45 pagi, saya buka tv di rumah nenek. TV1
Masa saya tengok tu, game kedua. Game pertama Yan Kit juara 21-*18. Ui.. tak boleh jadi ni,,.. Chong Wei!! Jangan bagi dia
Dan tak sesia sokongan saya walaupun yang tak seberapa ni, Chong Wei berjaya menyamakan kedudukan dalam game ini. Seri, 1-1 dengan mata 21-*16.
"Chong Wei!, Chong Wei!" Nasib baik tak ada sesiapa tengok tv atau yang hampir dengan saya waktu tu. Kalau ikut dalam stadium, ui.. kompem kuat den sebut,, semangat katakan.. Heee.. :)
Seterusnya dalam game ketiga.. Yan Kit seolah-olah tidak berdaya. Beberapa 'markah percuma' diberikan kepada Chong Wei dengan mudah. Malah kesalahan yang ringan kerap dilakukan Yan Kit, antaranya bola tangkis terlanggar jaring, serta keluar dari gelanggang
* Jumlah yang tak menang tu tak ingat dengan tepat, he.he.. Bab2 nombor ni eden lambek sikit.. hu.. :D
Dengan ini melayakkan Chong Wei ke peringkat seterusnya.. Tahniah Chong Wei! Semoga beroleh emas
Sunday, October 31, 2010
Saturday, October 30, 2010
gomo kelate gomo
Ho.ho.ho..
Suka, suka, suka!! :) :)
[7.00 pm] Saya dan kak kaisi @ atom
Atom: Maksu, malam ni you harap pasukan mane menang?
Saya: Of kos la kelate sebab ambo minat ke ore kelate. he.he. Gomo kelate gomo!
Atom: Hehe.. Bagila kelate pulok. Terima kasih atas sokongan. I doakan you jumpa jodoh dengan ore kelate, nanti senang nak jumpa dengan you masa akan datang. Ngeee....
[10.00 pm] Saya dan abg saya: Abezim
Saya: Gomo kelate Gomo
Abezim: Nok kaloh doh
Saya: Yolo? Berapo doh?
Abezim: Kosong sa
[10.00 pm] Saya dan dia
Saya: Gomo kelate gomo
Saya: Gi bukit jalil?
Dia: Ye. kat stadium
[11.00 pm] Saya dan kak kaisi @ atom
Atom: Kelate mene 2-1. I tengok tv tadi. 2/3 stadium penyokong kelate, siap bawa bendera kelate lagi. Yang lucunya bendera PAS pun ada. Bukan 1, adalah dalam 3 gitu.
Saya: Yolo? Wiii... buley tuntut teh O.. kikikiki
[11.05 pm] Saya dan dia
Saya: Oh menang rupenye kikiki.. Buleh tuntut teh O.. Yeye
Dia: Haha
Saya: Sape bawak bendera PAS pegi stadium?
Dia: Saya
Saya: Ye? bagus :)
Nak tuntut teh O ngan sape? Abezim? Atom? Dia? Bukan, bukan, bukan... Bukan salah seorang dari nama-nama di atas, sebaliknya ialah... dengan rakan blogger yang bernama Tehr!! He.he.he..
PSSSTTT...
Merujuk kepada entry: Penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan oleh Tehr.
Sunday, August 29, 2010
Chong Wei kecundang?
RAMAI pasti kecewa menyaksikan kekalahan pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei kelmarin.
Apa sebenarnya punca kekalahan pemain nombor satu dunia itu yang juga pilihan utama Kejohanan Badminton Dunia edisi ke-18 di Paris? Jurulatihnya Datuk Misbun Sidek ada jawapannya.
“Dia sebenarnya sudah mengadu sakit di bahagian bawah tulang belakang selepas perlawanan menentang Rajiv (Ouseph) pada pusingan ketiga. Ketika perlawanan, dia berkata ada bunyi ‘krek’ di bahagian belakangnya apabila dia cuba membalas satu hantaran bola tinggi.
“Bahagian itu membengkak, selepas perlawanan kami melihat keadaannya dan malam tadi (malam sebelum pertemuan suku akhir) dia susah nak tidur, terpaksa meniarap sepanjang malam kerana kesakitan.
“Kami membuat sedikit urutan di tempat yang sakit itu, membuat sedikit bekam dan dia makan ubat penahan sakit beberapa jam sebelum perlawanan, namun ia tidak dapat membantu dan dia tidak dapat pulih sepenuhnya.
“Jika anda lihat, Taufik sudah nampak keadaannya dan menggunakan peluang itu dengan sering menghantar bola ke belakang terutama pada set terakhir. Chong Wei hanya mahu menghabiskan perlawanan, tiada usaha langsung, dia hilang senjata utamanya iaitu ‘explosive’ sepanjang perlawanan, dia tak dapat mengekalkan rentak permainan set kedua hingga ke akhirnya.
“Reaksinya dia amat sedih, namun dia sudah mencuba sedaya upaya cuma dia tidak bernasib baik kali ini.” Misbun tidak dapat membayangkan berapa lama Chong Wei perlu berehat berikutan kecederaan itu, kecederaan yang hampir sama dialami dua pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro (yang menarik diri sebelum kejohanan) dan Simon Santoso (menarik diri selepas melepasi pusingan pertama).
“Kami akan tengok selepas balik ke Malaysia nanti dan lihat perkembangannya. Kami belum tahu keadaan sebenarnya. Kita ada Sukan Komanwel dan Sukan Asia selepas ini, dua kejohanan yang penting buat kontinjen negara,” kata Misbun.
Chong Wei, yang menjadi sandaran utama skuad badminton negara bagi menamatkan kemarau kejuaraan pada Kejohanan Dunia, gagal bermain seperti kebiasaannya dan kecundang 15-21, 21-11, 12-21 kepada Taufik, juara 2005, pada suku akhir kelmarin.
Ditanya bila Misbun mampu melahirkan juara dunia, bekas jaguh negara itu tenang menjawabnya.
“Kejohanan Dunia diadakan setiap tahun, saya masih mengintai peluang itu. Namun sebelum itu, kita akan berdepan dengan Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Kami akan berdepan dengannya, ia akan datang juga satu hari nanti. Tugas saya hanyalah untuk melahirkan pemain bergelar juara,” katanya.
Daripada HAMDAN SAAID di Paris / ahamdan@hmetro.com.my




