Izinkan aku
menghirup hembusan kasihmu
dibelai manja sayangmu
menghidu harumnya cintamu
lena dalam sentuhan qudusmu
Izinkan aku
erat dalam dakapanmu
dikucup kasih bibirmu
merasa hangatnya rindumu
mendamaikan gelodak jiwaku
gersang dahagakan sayangmu
Izinkan aku
merasa tenang dalam pelukanmu
diusap dahiku dengan tangan mulusmu
izinkanlah aku
merawat rinduku
dalam cinta dan kasihmu..
ibu
jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Sunday, March 30, 2008
Wednesday, March 26, 2008
cinta di dalam Islam
Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin. Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.
Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadarsuka-suka, tidak membawa kepada pernikahan. Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.
Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak. Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.
Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan sama ada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."
Baginda bersabda lagi yang maksudnya: "Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."
Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.
Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:
1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.
2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.
4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.
5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.
Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi. Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki.
Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas . a: "Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."
Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah saw: "Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."
Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah. Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan persaudaraan Islam. Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak.
Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."
Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda. Rasulullah saw bersabda: "Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya." Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.
Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin. Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan.
Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula. Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang antara kedua suami isteri.
Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda: "Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku dihadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."
Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam. Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."
Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis. Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentuapabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.
Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud: "Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."
"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."
Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.
Tuesday, March 25, 2008
dapat mc
pukul 8-10am, masuk kuliah Undang-Undang.
duk sebelah wahee (macam biasa). **nama penuh : Nor Waheda bt Yaakub.
-awak nak tak tudung macam tu? (sambil tunjuk ke arah seseorang)
+kenapa?
-kite ade wane merah. kalau awak nak, kite bagi awak
+kenapa saya tak pernah nampak awak pakai pun?
-kite tak pernah pakai kat sini, kat umah je pakai
+wane merah...? ok. tapi kite nak pakai dengan baju wane ape?
-pakai dengan maroon..
+mane ade... (baju wane pink ade la)
-awak takde eh? takpe. awak mintak dekat specky, dia kan ada baju wane maroon
**kuang asam!
dalam pukul 11am, tengah cari kelas kosong nak buat keje..
terserempak dengan specky dan kawannya. haihh..
nak berpatah balik, rasanya dia pun dah perasan akan kewujudan saya
nak tak nak, buat biasa. jalan terus.
tengok je la dia (sikit-sikit)..
buat macam tak kenal. (Mogok dilancarkan).
saya tengok dia macam serba salah. serba salah ke?
saya tengok kawan dia. kawan dia tak tengok saya pun, bagus.
bila dah makin hampir, saya toleh arah bertentangan dengan dia,
saya tengok sebelah kanan, nombor bilik tutorial.
dia memang betul-betul saya buat macam tak kenal + tak nampak.
dan semuanya terkawal...
lepas tu pegi klinik (baru terfikir nak amik mc, hehe)..
sebab? ade keje tak siap... haha.. jahat kan?
da dapat mc (untuk SATU hari sahaja) cari kawan nak suh bagi mc dekat pensyarah
jumpa kawan lelaki sekelas, acoy **nama sebenar : Helmi Fahmi.
suh dia bagi dekat madam. dia pinjam buku saya.
ade la jugak saya buat, cuma tak siap je.. so, saya pun bagi la dia pinjam.
malam..ade kawan dari brunei yang belajar di sabah telefon.
bertanya khabar (petang tu ade je msg.. huhu).
lepas tu dapat msg dari M, classmate.
-semoga cepat sembuh.
terharunya.. kenapa mesti terharu ye?
isk3.. pelik betul.
mungkin sebab saya pernah ,,tutt,,(terpaksa ditapis) dia kot. hehe
dan kitorang pun agak rapat masa sem satu dulu.
dia tua setahun dari saya =) (panjang pula cerita pasal M nanti)..
aih.. kan baik kalau specky yang macam tu..?
ohya, farhat abbas (kawan, pakistani) juga mendoakan semoga saya cepat sihat.
dan seorang kawan lagi pula menasihatkan "awak ni, belajar2 jugak. tp ksihatan kena jaga"
apa-apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan saya cepat sembuh...
***************************
bahagianya bila terasa diambil berat, ade orang risau.. hehe..
rasa disayangi pun ada.. **lebih dah nihhh..
Sunday, March 23, 2008
fever
Semalam kene hujan.
Malamnya tido awal.
Pagi lak bangun awal sebab nak gi program dekat kampus.
kursus protokol start pukul 8.
kem bahasa inggeris start pukul 9.
nak pergi mana satu?
sabtu, dari pukul 8-5pm spend full time
untuk kem bahasa inggeris atau nama rasminya
Language Support Program (LSP).
da banyak kali jugak ada LSP ni
dari awal first sem dulu,
tak termasuk time matrik dulu.. adeh.
lepas abis final exam ni, untuk bahasa arab pula..
hurmm..
ahad (hari ni),
pukul 8am join kurus protokol.
dalam kul 9am masuk kelas LSP
inform dekat cikgu, nak masuk program lain kejap,
lepas lunch baru join.
cikgu cakap, bagitau pensyarah @ penyelaras program..
pensyarah bagi lampu hijau, hehe (msg je pun...).
kebetulan, kursus protokol tu sampai tengahari je..
pukul 2.30pm, masuk LPS sampai pukul 5.
balik hostel, tido....
suhu badan agak panas dirasa sendiri (hehe)
dan disahkan oleh nadya, kawan nisa (housemate).
zzzZZZZ...........(+.+)
Saturday, March 22, 2008
specky
berani betul specky tu
memang buat saya terasa
tapi yang lebih terkilan
dia tidak membalas msg saya.
balas cuma sekejap
saya tanya dia soalan
sekali tak jawab
apa perasaan anda?
lainlah kalau saya menjawab soalan dia,
dan dia tak hantar apa-apa..
it's ok la..
aih.. memang saya tak faham
tak faham, tak faham!!
saya mahu tahu kenapa
kenapa..??
sudahlah,
malas pula nak ambil tahu
malas juga nak faham lagi
geramnya.
saya tengah marah ni
kata syaima,
-imah bukannya marah
+habis tu?
-imah tengah geram.
-kalau imah marah, imah takkan cakap dengan orang (yang dimarah)
er..tak sama eh?
huhu..
Monday, March 10, 2008
kenduri rumah papa
Jalan-jalan di Jelai.
09-03-2008.
Dari Nilai 3 (Batang Benar), bertolak pukul 11. Dari Seremban ke Tampin pukul 12. Dari Tampin ke Jelai pukul 2. Sampai Jelai 2, lebih kurang pukul 3. Lepas tu, adik angkat papa ambil ke rumah di Jelai 4, dalam 5 minit sahaja.
Lepas tu, makan, berbual, bergambar.... 3.50, dah nak balik.
Puteri : Mama tak ikut?
Mama : Orang ramai, mama mane boleh hantar same. Takpe, papa hantar ok?
Papa hantar ke Jelai 2, lebih kurang pukul 4. Ade dengan 3 orang kawan; Syaima, Aza dan Aisyah.
Papa : Bas dalam pukul 4.00, 4.15.
Puteri : Ok
Papa : Baby, kalau ade pape hal, kol papa ok?
Puteri : Baik..
Pukul 4.20. Bas belum datang. Pergi cari masjid. Jumpa surau sekolah. Tompang sekojap (dailek negori yang tak berape jadik, hehe). Pukul 5.00, tunggu tempat yang papa hantar tadi.
Puteri : Papa
Papa : Kat mane ni?
Puteri : Ade kat sini lagi..
Papa : La, ye ke.. Tunggu kejap, nanti papa kol balik
Puteri : Ok
Papa datang, dengan baju yang dah bertukar ke t-shirt. Tadi mula-mula, baju melayu lagi.
Papa : Kenapa tak bagitau awal2. Ingat dah sampai mane tadi..
Puteri : ...
Papa hantar ke hentian bas Gemas (agaknye la).. Naik teksi ke Bahau. Dari Bahau naik bas ke Seremban. Dari Seremban ke Batang Benar. Sampai rumah lebih kurang pukul 10.30. Lepas tu singgah kedai makan, hehe. Cakap dengan mama dan papa; dah sampai.
Jalan-jalan yang agak menarik (dan jauh) hari ni. Hurm.. tak penah ke mana-mana pun di negeri Sembilan sepanjang menjadi 'orang sini'. habis jauh, Seremban. Tempat biasa; kampus, Nilai, Semarak dan Rantau (masa program minggu integriti). Apa-apa pun, gembira bertemu mama dan papa!! =)
************************************
Kenduri rumah mama, tak dapat pergi minggu lepas. Ohya. kebetulan auntie jaja pun ade. Tapi sebab dah lama tak berhubung, agaknya die tak berapa ingat tentang puteri.
Tuesday, March 04, 2008
Monday, March 03, 2008
pantun pilihanraya
p
Pok Amai2,
budak baru meniarap,
Undi ramai2,
Tolak kerajan korup.
Pok Amai2,
ambil batang penyapu,
Undi ramai2,
Tolak kerajan penipu.
Pok Amai2,
makan gulai timun,
Undi ramai2,
Tolak kerajan penyamun.
Pok Amai2,
belalang kupu2,
Pakat ramai2,
Sokong tok guru.
Pok Amai2,
katak bawah tempurong,
Pakat ramai2,
tolak kerajan pembohong.
Pok Amai2,
budak baru meniarap,
Undi ramai2,
Tolak kerajan korup.
Pok Amai2,
ambil batang penyapu,
Undi ramai2,
Tolak kerajan penipu.
Pok Amai2,
makan gulai timun,
Undi ramai2,
Tolak kerajan penyamun.
Pok Amai2,
belalang kupu2,
Pakat ramai2,
Sokong tok guru.
Pok Amai2,
katak bawah tempurong,
Pakat ramai2,
tolak kerajan pembohong.
Subscribe to:
Posts (Atom)