jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Monday, May 28, 2007
perasaan ini
Semalam.. aku ada msg dengan sorang tu.. ya, dia juga mengenali "mr" tapi tidak tahu apa-apa tentang hubungan aku dan "mr R".. Dan "mr R" awal-awal lagi (dlu2 la..) cakap yang dia tak rapat pun dengan orang tu, sama umur dengan dia, kenal bila, bla bla bla.. hurm..
Katanya.. "mr R" masuk hospital. Bukan. Dia bertanya padaku, dia dah keluar hospital ke belum? Aku fikir orang lain, lepas tu baru dia cakap 'mr R' masuk hospital sebelum ni, denggi. Hurmm..aku.. tetiba.. entah. pelik betul perasaan ini. Aku..harus kasihan atau simpati? Bukan aku mendoakan dia tidak sihat dan tak pernah begitu, malahan walau dia tidak lagi menghubungiku, dan aku juga begitu, tapi.. aku selalu mendoakan semoga dia senantiasa sihat hendak-Nya.
Aku.. semalam.. rasa.. entahlah.. aku rasa sedih. Mungkin dia dah sihat sekarang, mana la aku tahu.. Agaknya kes itu minggu lepas, minggu lepas2 ke.. Cumalah aku yang baru mengetahui. Tapi.. dia tidak punyai apa-apa hubungan lagi denganku, mengapa harusku bersedih? kenapa harusku rasa susah hati?
Aku doakan dia sudah sihat kini. Dan aku mengirimkan satu msg kepadanya. Semasa mencari-cari nombor untuk dipilih, baruku teringat yang aku telah mendelete nombornya tapi.. aku tak pernah melupakan nombor2 keramat itu..
"AsSLMualaikum. Apa khabar? Semoga sehat2.. Insya-Allah. jgn lupe rajin2 mkn ubat. Smoga cepat smbuh. Xcpt sakit.. Allah yashfika.. ameen.." 01.38am.
Mungkin kerana perasaan itu pernah ada, mungkin masih ada.. Ahh.. susah untuk mentafsirkannya.. Insan pertama yang membuka hati, mana mungkin mudah diusir pergi? Dan hubungan ini juga sebenarnya masih dalam tanda tanya. Aku tak pasti. Kami saling tidak menghubungi.. tapi ada juga sesekali dia mulakan dulu, dan aku juga begitu.
Apakah perasaan dia terhadapku? Rindukah dia padaku? Aku dianggapnya seorang teman? Banyak kisahnya dan terlalu panjang jalan cerita hubungan aku dan dia sehingga berubah menjadi begini.. Macam-macam kebarangkalian yang bermain difikiranku, tapi yang pasti, hubungan ini masih tiada noktahnya!
*************
Pada yang tidak menggemari entry ini, maafkan aku. Untuk pengetahuan, sebenarnya blog ini tercipta sebagai tempat aku meluah perasaan. Tertera pada description blog ini yang tak pernah berubah walau titlenya sesekali diubah. Maafkan aku sekali lagi.
Saturday, May 26, 2007
jejak kasih
Assalamualaikum...
Apa khabar teman-teman puteri di luar sana? abg fysal, diya, ein, chot, daiya, pu3raudhah, abg lie, dr. abid syah, mama, papa, auntie dan lain-lain yang ramai teramat. apa khabar? semoga kalian sehat2 hendak-Nya, insya-Allah.. lama tidak berkesempatan untuk mencoretkan ceritera di sini. bukan sebab sibuk atau apa-apa yang sewaktu dengannya, cuma.. sebenarnya.. puteri tengah exam sekarang.. hehe.. kenapa puteri tidak mengatakan yang puteri sibuk? ini kerana prinsip puteri, "tak ada istilah sibuk untuk kawan". ya.. insya-Allah, akan pegang sampai bila-bila.
Walaupun tak pernah berjumpa dengan teman2 blog (tingin nak jumpa, tapi malu la plak.. hehe).. tapi, puteri rasa sayang pada teman2 blog puteri. sebab itu.. puteri akan rasa kehilangan apabila tidak mengunjungi blog ini dan juga blog teman2 puteri.. *diya, jangan hilangkan diri seperti blog 'diya kupu-kupu' lagi ya..* adakalanya puteri meninggalkan kesan, dan tak kurang juga langsung tidak dapat dikesan.. (msg atau komen la.. hihi.. selalu membaca je entry2..) hurm.. alhamdulillah, 5 paper sudah selesai.. sebahagian dari keserabutan yang berkusut di fikiran telah hilang.. lega (tapi masih berdebar, gerun untuk paper berikut dan resultnya!).. minggu depan, 4 paper terakhir.. hari ini 26hb, dekat apartment.. menaip je, nak publish xde tenet (yang free.. :D).. Bila la nak publish ye? insya-Allah dalam masa terdekat..
Ohya, hari ini hari lahir abg zaidie (ketua kumpulan wildan) yang ke.. erm.. 38 tak silap, ke 39 ya? alamak, tak ingat la.. tapi yang pasti, bawah 40 la.. =) Jadi istimewa buat abg zaidie dari puteri..
"Selamat Hari Lahir abg zaidie..
Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan insya-Allah.."
Sebenarnya semalam puteri ada menghantar sms kepada abg zaidie.. hehe.. belum sampai pukul 12 pun, dalam 11 lebih2.. tak larat tunggu kul 12 la.. ngantuk :) haa.. semalam juga adalah hari lahir kak auni, housemate puteri. msg yang sama puteri hantar dekat abg zaidie, msg tu puteri bagi kepada kak auni, cuma berubah dekat "khas dari imah" =)
Dan abg zaidie membalasnya pagi tadi, dalam pukul 8.00.. "trima kasih putri!" kasihmu diterima ;) (tapi puteri tak balas pun tau..) Herm.. teringat pula pada bakal album kedua kumpulan wildan, Setia.. Maklumat terakhir yang puteri dapat, bulan 8 ni pelancaran.. Hurm.. insya-Allah, didoakan semoga pelancaran album Setia berjalan dengan lancar, insya-Allah.. Semoga berjaya ya abg zaidie! (hmm.. rasanya dah penah bgtau nama betul puteri, tp masih panggil 'puteri' lg..tp takpe la.. best gak.. hehe.. 'puteri_wildan')
Abg lie dah takde, dah gi sabah.. apa khabar agaknya orang sabah bah itu sekarang ya? tinggal 3 sahaja ahli wildan sekarang, sape penggantinya? dah dapat ke belum? agak lama tidak mengunjungi subforum wildan di NC dan MFC. Terakhir, tinggalkan ucapan di NC utk abg zaidie, tu pun 19hb hr tu kot, klau tak silap la.. Ahhaa.. tingat abg lie penah cakap (msg daa) 'imah ble la gantikan tempat abg lie nanti, imah kan puteri wildan'.. Hehe.. ade2 je =P
Erm.. apa khabar "mr"? semoga sehat2.. rindu pula aku pada dirimu.. Ah..apalah puteri ni, time2 macam ni sepatutnya bz dengan buku..hihi.. (macam mn nak belek buku, tengok kejap je dah lali, pastu.. lenaaa.. hohoho). Tapi bz dengan laptop lak.. Dalam otak yang ada sekarang; entry, blog, fs, blog, blog..
adehh.. 9.35p.m.. dah2.. jumpe lagi semua.. nanti sambung lagi =) tata.. :X
Thursday, May 17, 2007
untukmu wanita
Wednesday, May 16, 2007
usrah
Serius. Sukar untuk menyatakan tapi inilah kenyataan. Hari ini kali pertama ana ditemukan dengan usrah. Sebenarnya pernah 'berjinak-jinak' dengan usrah sebelum ini, tapi itupun di zaman sekolah, tahun 2005. Sejak menjadi student di sini, inilah kali pertama usrah ada di sini, yang ana tahu la. (mungkin kalau ada sebelum ini, hanya senior-senior yang terlibat.. mungkinlah sebab ana tak pernah mendengar 'usrah' sepanjang tempoh sebelum ini).
Ya..sungguh terharu dan tersentuh rasa. Betapa sekian lama jiwa menjadi gersang lantaran santapan rohani semakin kurang. Dan alhamdulillah, ada yang masih sudi menitipkan Ruhul Islami dalam sanubari. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat ukhtie itu (ana tidak sempat berbual dengan lebih panjang lebar selepas sesi usrah itu).
Antara yang dibangkitkan ialah isu semasa. Ya kalau dulu orang membuat dosa, rata-rata manusia mencerca, merasa jijik kepadanya (contoh : penzina). Tetapi pada masa kini, zina, rogol.. itu semua dipandang sebagai perkara biasa. Alangkah malangnya manusia berfikiran begitu.
Juga..apa yang telah berlaku di Palestin. Di sekitar MASJID AL-AQSA yang kini dalam proses merobohkannya. Tahukah kalian (ana cuma dengar-dengar sahaja sebelum ini tapi tidak tahu apa yang dilakukan secara lebih detail) bahawa MASJID AL-AQSA sedang dirobohkan secara senyap? Lorong-lorong dan terowong digali disekeliling MASJID AL-AQSA. Untuk apa? untuk merobohkannya. terowong yang digali itu sudah hampir bercantum. Naa'uzubillahi min zalik! Lalu, orang yang menemui terowong itu (bukan pihak musuh) ditangkap, ditahan dan dipenjarakan. Ya, begitulah ganjaran untuk para pejuang.
Seterusnya pemboikotan produk keluaran israel dan yahudi laknatullah.. Mesti dijalankan. Ana juga antara yang masih merangkak-rangkak dalam usaha memboikot. Terlalu banyak yang sudah familiar penggunaannya dalam kehidupan, namun ana akan cuba laksanakan. Kini, antara yang berjaya ana memboikot adalah Cadbury (xigt pula ejaannya), Johson&Johnson dan lain-lain. Selepas ini, insya-Allah..produk kegemaran ramai dan ana juga..Nestle serta banyak lagi syarikat-syarikat israel dan yahudi laknatullah.
Bercakap tentang boikot. Ana tidak melepaskan peluang untuk berbicara dengan ukhtie itu dalam majmu'ah kami.
Puteri : Bagaimana jika orang itu tidak mahu mengikut? Tidak mahu mendengar?
Ukhtie Na : Tak apalah, sekurang-kurangnya kita telah berdakwah. Jika mereka ingkar, itu urusan mereka dengan Allah. Tapi ingat, kita perlu berusaha sedaya mungkin kerana apa yang kita lakukan akan di soal di Akhirat nanti. Jika Allah bertanya, apa yang kamu lakukan untuk Islam.. apakah jawapan yang mampu kita berikan jika tiada apa yang kita lakukan?
Puteri : Orang itu perli, bagaimana pula?
Ukhtie Na : Perli yang bagaimana?
Puteri : Orang itu tahu ana tidak memakan beberapa jenis produk, dan dia pula menggemarinya. (ana pernah memberitahu pada mereka semua, ana menyarankan mereka turut memboikot sebelum ini, namun.. kata-kata ana hanyalah seperti debu-debu yang akan terbang dibawa angin). Setiap kali dia membeli barangan itu (Cadbury, KFC) dia ( dan mereka) akan mengajak ana menyertai mereka sedangkan mereka tahu ana tidak akan menyentuh barangan itu. (Ya Allah, betapa sakitnya hati bila dipermainkan begini). Kemudian, ana mendiamkan diri apabila dia berkata sedemikian, dia kemudiannya akan berkata "awak tak makan kan bende ni?"
Ana menangis selepas ana meluahkan apa yang terbuku di hati ana selama ini. ya..itulah betapa pedihnya hati selama ini orang yang dekat dengan ana, yang tahu apa yang ana suka, benci, berbuat demikian. Tahukah kesabaran ana hampir tercalar?
Lalu ukhtie itu membalas..
Ukhtie Na : Seharusnya enti membalas dengan jawapan yang selayaknya. Katakanlah, bahawa enti tidak redha untuk memakannya kerana tidak sanggup untuk bersengkokol dengan musuh-musuh Allah dalam menentang saudara seagama sendiri. Enti tidak akan memakan atau menggunakan barangan musuh-musuh Allah yang akan membawa kepada kemurkaan Allah kepada enti. Tahukah apa kata Yusuf Al-Qardhawi?Uktie itu berhenti seketika. Mungkin terlalu sebak. Sedih dengan apa yang melanda. Kemudian, dia berbicara semula..
Puteri : Ya.. adalah haram kita membeli,menggunakan barangan yahudi (israel).
Ukhtie Na : Apa lagi katanya? Ada sesiapa tahu?
Puteri : Katanya, apabila kita membeli barangan itu seolah-olah kita sendiri membeli senjata untuk menghancurkan saudara se-Islam (Iraq, Palestin dan lain-lain).
Ukthie Na : Ya.. Apa salahnya jika kita berkorban sedikit demi Allah. Untuk berperang, mungkin kita tidak mampu. Boikot. Kita mampu dan perlu laksanakn. Lihat contoh jiran kita dalam memboikot Pepsi, akhirnya kilang tersebut ditutup. Semua kerana boikot. Nampak betapa pentingnya ekonomi?
Uktie Na : Kalaulah antunna semua berada di sana (Palestin, Iraq..).. Pasti antunna akan merasai betapa sakitnya hati apabila saudara kita sendiri membantu musuh untuk membunuh kita!Dan sesi usrah itu berakhir tidak lama kemudian kerana waktu maghrib hampir tiba. Kata ukhtie itu, insya-Allah, selepas ini akan ada lagi usrah ini.. Ya.. ana ada keinginan untuk menyertainya..
Sedih..hanya beberapa orang teman yang mengikuti usrah yang berlansung tidak sampai satu jam setengah ini. Dalam 12 orang termasuk ukhtie itu. Ana tahu dia agak kecewa, namun katanya..dia tidak memaksa sesiapa.. Dan ana semakin sebak.
Fatwa Yusuf Al-Qardhawi, rujuk link di bawah ini
http://www.mail-archive.com/portal@ikapens.org/msg01230.html
Tuesday, May 15, 2007
speaking
lama tidak menulis. hanya memasukkan gambar, hehe.
nanti2 akan kembali menulis semula.
hari ini muet, speaking. alhamdulillah. tamat sudah kepeningan utk muet.
see ya!
Sunday, May 13, 2007
gegar-U!
Program : Majlis Pelancaran Gegar-U!
Tempat : Universiti Malaya
Tarikh : 12-05-2007
Organisasi : Kelab Penyayang
Univ. : Universiti Sains Islam Malaysia
Friday, May 11, 2007
c 2-8
Sweet memories with beloved housemates
Apartment Sutera Indah
Nilai, Negeri Sembilan..
**Tamhidi Perakaunan dan Muammalat sesi 06/07**
Tuesday, May 08, 2007
sg. congkak
Tempat : Hulu Langat
Tarikh : 06-05-07
Anjuran : Tamhidi Perakaunan dan Muammalat
Univ. : Universiti Sains Islam Malaysia
puteri dan syahirah
lepas tiup tepung.. peace!!
bersama ahli kumpulan "cyaiyok!!"