© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, August 29, 2010

Chong Wei kecundang?

RAMAI pasti kecewa menyaksikan kekalahan pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei kelmarin.

Datuk Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei

Apa sebenarnya punca kekalahan pemain nombor satu dunia itu yang juga pilihan utama Kejohanan Badminton Dunia edisi ke-18 di Paris? Jurulatihnya Datuk Misbun Sidek ada jawapannya.


“Dia sebenarnya sudah mengadu sakit di bahagian bawah tulang belakang selepas perlawanan menentang Rajiv (Ouseph) pada pusingan ketiga. Ketika perlawanan, dia berkata ada bunyi ‘krek’ di bahagian belakangnya apabila dia cuba membalas satu hantaran bola tinggi.


“Bahagian itu membengkak, selepas perlawanan kami melihat keadaannya dan malam tadi (malam sebelum pertemuan suku akhir) dia susah nak tidur, terpaksa meniarap sepanjang malam kerana kesakitan.


“Kami membuat sedikit urutan di tempat yang sakit itu, membuat sedikit bekam dan dia makan ubat penahan sakit beberapa jam sebelum perlawanan, namun ia tidak dapat membantu dan dia tidak dapat pulih sepenuhnya.

“Jika anda lihat, Taufik sudah nampak keadaannya dan menggunakan peluang itu dengan sering menghantar bola ke belakang terutama pada set terakhir. Chong Wei hanya mahu menghabiskan perlawanan, tiada usaha langsung, dia hilang senjata utamanya iaitu ‘explosive’ sepanjang perlawanan, dia tak dapat mengekalkan rentak permainan set kedua hingga ke akhirnya.


“Reaksinya dia amat sedih, namun dia sudah mencuba sedaya upaya cuma dia tidak bernasib baik kali ini.” Misbun tidak dapat membayangkan berapa lama Chong Wei perlu berehat berikutan kecederaan itu, kecederaan yang hampir sama dialami dua pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro (yang menarik diri sebelum kejohanan) dan Simon Santoso (menarik diri selepas melepasi pusingan pertama).


“Kami akan tengok selepas balik ke Malaysia nanti dan lihat perkembangannya. Kami belum tahu keadaan sebenarnya. Kita ada Sukan Komanwel dan Sukan Asia selepas ini, dua kejohanan yang penting buat kontinjen negara,” kata Misbun.


Chong Wei, yang menjadi sandaran utama skuad badminton negara bagi menamatkan kemarau kejuaraan pada Kejohanan Dunia, gagal bermain seperti kebiasaannya dan kecundang 15-21, 21-11, 12-21 kepada Taufik, juara 2005, pada suku akhir kelmarin.


Ditanya bila Misbun mampu melahirkan juara dunia, bekas jaguh negara itu tenang menjawabnya.


“Kejohanan Dunia diadakan setiap tahun, saya masih mengintai peluang itu. Namun sebelum itu, kita akan berdepan dengan Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Kami akan berdepan dengannya, ia akan datang juga satu hari nanti. Tugas saya hanyalah untuk melahirkan pemain bergelar juara,” katanya.

Daripada HAMDAN SAAID di Paris / ahamdan@hmetro.com.my

6 comments:

gadisBunga™ said...

sigh. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. :)

Puteri said...

fidde -->>

sedih..
semoga Chong Wei cepat pulih
dan beraksi utk Malaysia!

Bangauputih said...

tak mengapa kalah jika karena kesehatannya agak terganggu atau ada cedera. semoga lekas sembuh dan bisa bertanding lagi secara sehat dan fair

Puteri said...

bangauputih -->>

mudah2an..

suri said...

suri pun minat badminton..

mugkin terrlu bayk sgt perlawanan..so tak der rehat tu yg jadi bgtu..smoga datuk cpt smbuh

faizal ehsan said...

salam. Chong wei mmg tidak bernasib baik kerana cedera. namun yang lebih sedih adalah, betapa kurangnya manusia yang setaraf atau lebih baik dari chong wei di Malaysia.

Wahai generasi pelapis, dimanakah anda?