© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, November 21, 2025

Skrip Pengacara Hari Apresiasi 2025

 

SKRIP PENGACARA HARI APRESIASI PRASEKOLAH & TAHUN 6

 

PERKARA

TEKS

NOTA

peringatan

hadirin sekalian, majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Sukacita sekiranya hadirin mengambil tempat masing-masing.

 

Bagi memastikan kelancaran majlis pada pagi ini, majlis ingin mengingatkan hadirin untuk mematikan telefon bimbit atau menetapkannya pada tetapan senyap.

 

Kerjasama hadirin sekalian adalah sangat dihargai.terima kasih.

 

 

ketibaan

 

 

Perarakan vip dan graduan

Mengumumkan perarakan masuk graduan MURID PRASEKOLAH DAN TAHUN 6 PINTAR serta perakan masuk YANG DIHORMATI DR MOHAMAD ASWAD BIN ITHNAIN, PENGARAH POLIKLINIK AL AMIN BATU PAHAT diiringi YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR, PUAN RAFADZILAH BINTI ABD RAHIM, barisan pentadbir dan guru kelas.

 

Majlis mohon berdiri.

 

 

Lagu

Nyanyian lagu Bangsa johor & lagu Sekolah.

 

Hadirin dipersilakan duduk.

 

salutasi

Bismillah… selawat…

 

Sireh berlipat sireh pinang

Sireh dari pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang,

awal bismillah pembuka bicara.

 

Yang berusaha,

PN RAFADZILAH BINTI ABD RAHIM,

GURU BESAR SK SERI PEMATANG RENGAS

 

Yang dialu-alukan

DR MOHAMAD ASWAD BIN MOHD ITHNAIN

PENGARAH POLOKLINIK AL AMIN BATU PAHAT

 

Yang dihormati,

EN PAUZIDAN BIN SUNGIP, GPK PENTADBIRAN

EN YUSMARIZAL BIN IDRUS, GPK HAL EHWAL MURID

PN NURUL SHUHADA BT MASRUN, GPK KOKO=URIKULUM

 

Yang dihormati,

EN ANUAR BIN KASIM,

Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa & Guru RENGAS

EN AZRI EFFENDY BIN ABBDUL RAHMAN

Naib Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa & Guru RENGAS

 

Penyelaras HARI ANUGERAH APRESIASI PRASEKOLAH & TAHUN 6, guru PRASEKOLAH, guru TAHUN 6, murid-murid yang diraikan, PENERIMA ANUGERAH, IBU BAPA, GURU-GURU, HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

 

Assalamualaikum..

 

aluan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran YANG DIHORMATI Dr Mohamad Aswad bin Ithnain, Pengarah Poliklinik Al Amin Batu Pahat dan semua hadirin ke majlis hari ini.

 

Syukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat Bersama-sama pada pagi ini bagi meraikan anak-anak prasekolah dan Tahun 6 yang akan mengakhiri zaman prasekolah dan sekolah rendah.

 

 

 

 

 

 

doa

Hadirin yang dimuliakan sekalian,

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis ingin menjemput MUHD DARWISY DANISH BIN NORAZWAN bagi mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.

 

Amin…amin… ya rabb al-alamin…

Terima kasih diucapkan kepada MOHD DARWISY DANISH BIN NORAZWAN di atas bacaan doa sebentar tadi. Moga-moga majlis mendapat keberkatan Ilahi.

 

 

Ucapan GB

Buka majlis konvo

Hadirin yang dihormati sekalian,

 

Kini, majlis mempersilakan PN RAFADZILAH BINTI ABD RAHIM, untuk memberikan ucapan, seterusnya mengistiharkan pembukaan majlis apresiasi prasekolah & tahun 6 sesi 2025. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

 

Terima kasih diucapkan kepada PUAN RAFADZILAH BT ABD RAHIM di atas pengisytiharan pembukaan sebentar tadi.

 

 

Ucapan YDP

Seterusnya, majlis mempersilakan EN ANUAR BIN KASIM, ydp pibg skspr untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

 

Terima kasih en. Anuar bin kasim.

 

Perasmi

Kini, majlis mempersilakan YG DIHORMATI DR MOHD ASWAS BIN ITHNAIN, Pengarah Poliklinik Al Amin Batu Pahat untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

HARI APRESIASI PRA SEKOLAH & TAHUN 6 2025. Dipersilakan

 

Terima kasih DR ASWAD BIN BIN ITHNAIN.

 

Persembahan

Hadirin dan hadirat sekalian,

 

Sebagai penyeri majlis, kami hidangkan kepada anda persembahan Istimewa dari murid. Sama-sama kita saksikan.

 

Terima kasih murid tahun 4.

Untuk makluman, persembahan itu tadi di bawah bimbingan CIKGU FAZILAH BT ROSDI. Tahniah dan terima kasih cikgu.

 

Konvo

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis seterusnya adalah penyempurnaan graduasi kepada murid-murid tahun 6 dan prasekolah 2023/24. Untuk makluman hadirin sekalian, seramai 24 murid tahun 6  dan 14 murid prasekolah yang akan menamatkan sesi persekolahan pada tahun 20203 di SK Seri pematang Rengas dan akan menerima sijil graduasi pada hari ini.

 

Bagi menyempurnakan majlis, dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan sekali TUAN GURU BESAR PN JULIAH BT SARJU UTK MENJEMPUT DAN MENGIRINGI YB DATO ZULKURNAIN BIN HJ KAMISAN untuk menyampaikan sijil kepada para graduan.

 

Majlis menjemput GURU KELAS TAHUN 6 UNTUK MEMOHON IZIN MENGUMUMKAN SENARAI PENERIMA SIJIL TAMAT TAHUN 6. DIPERSILAKAN.

 

*Penerima sijil tamat tahun 6:

 

TERIMA KASIH CIKGU MOHD HARIS ZAIDI BIN OMAR ALI.

 

Majlis seterusnya menjemput GURU KELAS PRASEKOLAH UNTUK MEMOHON IZIN MENGUMUMKAN SENARAI PENERIMA SIJIL TAMAT PRASEKOLAH. DIPERSILAKAN.

 

*Penerima sijil tamaT prasekolah:

 

TERIMA KASIH CIKGU SHAHIDA BINTI BEKIS.

 

Hadirin dan hadirat, kita akan teruskan dengan penyampaian anugerah tokoh dikalangan murid tahun 6 SESI 2023/24.

 

*BACA BIODATA RINGKAS TOKOH.

 

● Tokoh Akademik

● Tokoh Kokurikulum

●Tokoh Sahsiah

● Tokoh Murid

 

TERIMA KASIH YANG BERHORMAT DATO ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN SIJIL & ANUGERAH SEBENTAR TADI.

 

Tangguh majlis konvo

Hadirin sekalian,

 

Kini, majlis mempersilakan TUAN GURU BESAR, PN JULIAH BT SARJU untuk mengisytiharkan penangguhan majlis graduasi tahun 6 dan prasekolah 2023/24.

 

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

 

Perarakan keluar

Diumumkan PERARAKAN KELUAR, YANG BERHORMAT DATO ZULKURNAIN BIN HJ KAMISAN, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Medan, diiringi YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR, Puan Juliah binti Sarju, barisan pentadbir dan guru-guru kelas.

YG BERHORMAT DATO ZULKURNAIN , Bersama BARISAN PENTADBIR dan guru-guru keluar dewan.

 

Hadirin mohon berdiri.

 

 

Hadirin dan hadirat, majlis akan berhenti rehat seketika dan akan bersambung semula pada jam __________________  pagi.

 

Rehat

 

 

Hadiah/sijil

Salam sejahtera kami ucapkan,

Para hadirin semua jemputan;

Selawat dan salam kami junjungkan,

Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

 

 

persembahan

Prasekolah,

Tahun 6

 

Hadiah/sijil

Penyampaian Hadiah /Sijil

 

 

fotografi

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi maka majlis kita sudahpun dipenghujungnya. Sebelum bersurai, marilah kita sama-sama membaca tasbih kafarah dan surah al-asr.

 

Tuan2 dan puan2 bolehlah meneruskan acara fotografi di sekitar dewan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments: