© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, October 24, 2008

airport lcct

Hari ini saya telah bertemu dengan Zikri. Kami bertemu di LCCT. Saya tidak tahu ‘LCCT’ itu nama penuhnya apa, yang saya tahu cuma ‘T’; untuk terminal, hehe. Siapa Zikri? Saya pernah memasukkan tentangnya di dalam entry saya yang lepas-lepas. Zikri merupakan kawan saya yang agak rapat, tapi sekarang dah kurang rapat sebenarnya. Dia orang Brunei yang tinggal dan belajar di Sabah. Pendekkan cerita, saya pergi ke sana bersama rakan sekelas baru saya, Izati. Baru sem ini saya sekelas bersama dia dan rakan kelasnya.

Perbualan saya dan Izati sebelum flight Zikri tiba di LCCT dari utara.
--Kawan awak tu macam mana?
++Biasa-biasa sahaja. Ok je.
--Dia pakai macam ni ada tak? (sambil menunjuk ke arah seseorang)
++Er, rasanya tak. Tak adalah rock sangat macam tu.
--Pernah jumpa dia?
++Rahsia
--Kenal mana?
++Rahsia
--Rahsia-rahsia ni, bukan kawan lah tu
++Eh tak ada lah. Memang kawan pun. Kawan baik. Dia tu muda dari saya lah.

Hari selasa yang lepas, Zikri ada memaklumkan saya bahawa dia dan rakan-rakannya ada program di Perlis. Rasanya bukan pertandingan nasyid, tapi band (sebab saya ada dengar bunyi alat muzik band semasa dia mengubungi saya dari dalam dewan). Di tempat belajarnya, dia ada terlibat dengan nasyid, band, macam-macam lah persatuan, badan, kelab yang dia masuk. Ini kali pertama dia datang ke semenanjung. Dulu pernah saya suruh dia datang. Dia pun ada cakap, mungkin dia akan cuba minta Latihan Industri di semenanjung.

Semasa menunggu ketibaannya (macam tunggu yang berhormat pula bunyinya..), dia ada bertanya kepada saya warna baju yang saya pakai. Biru. Saya tidak pula bertanya kepada dia semula. Hehe. Izati suruh tanya, tapi tak tertanya pun. Dalam pukul 12.50, hampir pukul 1.00, barulah kami berjumpa. Sekadar berjumpa, sekejap sahaja. Selepas itu, dia perlu masuk ke dalam kapal terbang untuk penerbangan ke Kota Kinabalu. (Dia ada menulis sesuatu di atas kertas untuk saya).

Selepas pulang dari LCCT, saya memberitahu ini kali pertama saya berjumpa dengan Zikri. Izati tidak percaya; tipu, katanya. He.he.. Mungkin dia (Izati) agak terkejut bagaimana saya boleh mengenali Zikri semasa sedang mencari-cari kelibatnya (Zikri). Bagaimana saya boleh mengecam dia dengan baik? Hurmm.. Saya mengenalinya melalui gambar, itu sahaja. Kami berkenalan sejak tahun lepas.

Banyak juga yang saya tahu tentang dia, dia juga. Kalau ada yag masih ingat, semasa saya mempunyai masalah bersama rakan-rakan sekelas saya dahulu, Zikri banyak bersama saya. Kawan-kawan blog saya juga, yang memberi komen, nasihat, semangat. Zikri juga nasihatkan saya, memujuk saya, menguatkan saya. Dia seorang kawan yang baik. Sebelum saya bersetuju untuk mengambil watak ‘Alice’ dalam drama yang perlu dilakonkan dalam program Bahasa Inggeris dulu, dia juga yang menyokong saya dari belakang. Pada mulanya saya tidak yakin untuk watak itu… Eh, banyak pula bercerita tentang cerita lama. Cukuplah dulu “a date in LCCT”, hehe.

Inilah kali pertama kami bersua muka dan mungkin terakhir……..
****************************************
Sebuah catatan pada 18-10-08

No comments: