© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, October 31, 2006

poster


Ada poster yang menarik yang ingin ana kongsikan bersama semua..



Maksud kalimah di dalam poster tersebut:

"Boikot keluaran Denmark demi Rasulullah yang dirindui dan disayangi, dan yang pastinya seluruh dunia mengetahui bahawa KAMI MENCINTAI NABI KAMI "


jom..boikot Israel, Denmark dan sekutunya demi cinta kita..

**poster ni ana ambil dari blog seorang kawan, ibnuhazam...
terima kasih utk beliau..hehe

Sunday, October 29, 2006

majlis hari raya

hari ni ade majlis ramah mesra kot kat skolah..
apa2 pun lbh sng ana panggil majlis hari raya..
so..ada kawan ajak gi..
tanpa melengah2 kan peluang yang ada, ana pun pegi la
sebab memang dalam rancangan nak gi skolah time cuti nih..
rancang dgn nik..tp sebab dia ade kls esok.. so ana sorang la
wakil untuk dia..hehe
bukannya apa..dia duk jauh..kl
tak padan pulak nanti..

ade cite yang best dan ade yang sedey..
yang sedey ana pendekkan..
kene balik awal sebab pegi dgn ayah..uwaaAA..
dah la rindu gile kat kengkawan ana tuh..
ngan cikgu2 pun tak sempat nak jumpe..
ye la..ms mula2 diorang masing2 busy wat persiapan utk majlis tuh..
duit raye kat ustazah nabilah pun lupe nak amik...hehe
(dia kata klau jumpa lepas ni..mintak la..)

yang best lak..hurmm.. jumpe adik..hehe
tapi tak tego pun..just senyum..ntah
memang macam tu kot.. klau sms ok..ble tahan
haih..pelik lak diriku ini..

sape yang hadir diantara kawan2 ana?
nabila, rose, kak huda, kak yati, mariah, nabilah, faradila, shahidah, nurul,
azila, kak shu, adibah, hajar,kak chik.. pastu nampak fikri, haris, erm..
tak pasan sangat la dekat bahagian lelaki..huhu..
adik syed (syed firdaus) ade tego..hurm..hehe

ustaz asri..org fisrt ana tego..ye la..kuar2 kete jea nampak dia dulu..
pastu ustaz ya, ustaz hasbul, ustaz nazri, cikgu...(lupe lak nama dia..cikgu laki)
ustaz taib..ustazah nabilah, latifah, teacher ahlam, shatirah, cikgu balkis
dan ramai jugak ana rasa..

dan teristimewa..ustaz hilmi..hehehe..
"ustaz tukaq nomber baru ?"
"haa.. henfon ustaz hilang.."
pastu kengkawan ana nyampuk..pastu ustaz sambung lain
"ustaz ada bagi kat depa suruh bagi kat kamu"
alah..terharu lak..ahaks.. :D
pastu ana pun amik..ustaz tulis kat papan hitam dulu..
diorang lum padam..hurmm..

pa pe je la..
nik..aku tak sabaq nak pi umah hang!!
hehe..
meh cite sket psl nik.. kwn ana orang kelantan..pnh tinggal kt sp, kedah
masa ana knl dia, dia tinggal kat penang..pastu ipoh dan sekarang
taman melawati, kl..hurmm.. sket2 jea ek.. =)

kenduri abg lie



alhamdulillah.. abg lie dan kak sue telah selamat diijabkabulkan..
hermm..
semoga berbahagia selalu..insya-Allah..



ni gambar masa kenduri di umah kak sue..
ana tak pergi pun..ye la..
jauh maa..
keinginan tu ada..tapi keizinan lak tak de..
hurmm..

Wednesday, October 25, 2006

banjir di jitra


hehe..
dua kali ana ditanya tentang banjir di jitra..
ye la sebab kampung ana kat jitra kan..
mula-mula orang yang bertanya tu..malam raya pertama
ana jawab la dgn penuh konfiden 'tak'
tanpa memikirkan ditempat lain dalam kawasan jitra jugak..
lepas tu, keesokan hari dalam perjalanan balik ke sp..
kami lalu dikawasan yang mengalami banjir..
ya Allah, teruknya aku..haha
tempat sendiri pun taktau kata banjir..
ape kes orang luar yang tau ni? huhuhu
malam raya yang kedua lak.. nik syafawati yang tanya
lalu ana kata pada dia 'dua orang dah tanya..'
dia tanya balik, siapa orang pertama?
ana jawab.. 'ada la..hahaha'

nak memendekkan cerita,
kawasan kampung ana tak kena banjir,
yang lain banyak jugak yang kena..
so pesanan buat diriku..
"sila alert dengan isu semasa!"
hehehe..
hermm..petang ni insya-Allah nak g jenjalan umah laila
katanya nak bawa ana ke rumah baru keluarganya
di mana ye? bandar mutiara tak silap..

Monday, October 23, 2006

salam aidilfitri


alhamdulillah.. setelah hampir sebulan berpuasa..
pada keesokan hari, insya-Allah umat Islam akan menyambut hari raya,
hari kemenangan..

dikesempatan ini.. ana ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada sanak saudara, sahabar handai, rakan taulan..
terutama buat abah,emak,abang&kak nor,kak nun&abg sham,kak yah,abg azim dan juga kak not.
buat sahabat-sahabat tersayang dan teristimewa, laila, amirah, farhanna,faradila,
azila, mariah, zahida,fikri, nik syafawati, fasiehah,junior dan senior di MMKM..
alan(@fazlan,huhu..saje pomot), dak2 tamhidi KUIM 2006 terutama
tamhidi akaun dan muammalat, my housemate fifi,kak auni,huda,daling..
kak syakirah (al-insyirah), abg zul (ibnuhazam),abg zamri,abg lie, abg hazar dan razie..
hihihihi..




tidak ketinggalan buat group nasyid yang ana minati (klau dpt baca la..=D)mestica,wildan,inteam,unic,hijjaz,saffone,fareast,firdaus,alarmMe,knowseeheart dan raaamai lagi..!!

jika ada salah silap, terkasar bahasa, tersilap kata, terlebih terkurangharap dimaafi..
semoga syawal ini akan mengeratkan lagi ukhuwah diantara kita, insya-Allah..

nyimpan jenang nang jero tin
ngesok arek digowo mareng suro
keluputan kulo lahir batin
salah silap njolok dingapuro

godok kopat neng ngisor ondo
godong nipah digawe atep
salah silape jalok ngapuro
ketemu meneh tahun ngarep..

huhu..
aku kangen karo kue..! :D ;)

Friday, October 20, 2006

cuti raya


hermm..
lama jugak tidak mencoret-coretkan kata-kata di ruangan ini..
terasa rindu yang teramat..
bukan tiada masa untuk menulis.. cuma..
mungkin tidak tahu bagaimana mengolah ayat, mungkin

hehe..

malam nanti balik umah kat sp..
best kah? gembira? sedih? terharu?
ntahlah..

kenapa terkadang aku merasa bahagia bila bersama 'yang lain'??
berdosakah aku merasa begitu?

ya Allah..
ampunilah akau..
emak..aku banyak berdosa padamu..
ampunilah aku andainya apa yang berlaku adalah
kerana aku adalah aku
bukan aku meminta belas atau simpati
cuma..
izinkan aku beroleh secebis kasih darimu..

emak..
aku ingin seperti teman-temanku
ibu mereka terlalu baik dan akrab denganku
aku ingin kita seperti kawan..
terlalu besarkah permintaanku ini?

lantas..
aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri seperti selalu
yang sering aku lakukan..
biarlah..
doaku Ya Allah..
maqbulkan permintaan hambaMu yang hina ini..

Thursday, October 19, 2006

tulang rusuk


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lenatidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadimembosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dancinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuahpertengkaran

WANITA lari keluar rumah.Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan sayalagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak
"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulangrusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untukberpisah."Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukanWANITA.Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamutahu nombor telepon saya kan ?Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."Satu minggu kemudian,

LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kitacintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semuasudah terlambat... .Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuhhati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akanmenyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Wednesday, October 04, 2006

pantun raya


Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik ghayo toksir laju
Nanti ghayo dale sepita

Terengganu...

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

hehehe...