© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, February 28, 2007

kembara hamba


Akankah Islam Dihina Sedang Aku Masih Bernafas?
Catatan Seorang Pencinta Islam..


Ana tertarik dengan tiltle blog di atas. Dimiliki oleh seseorang yang juga merangkap sahabat ana, insya-Allah. Tiltle itu adalah yang baru, ana menyedari perbezaan pertama di blog beliau adalah di situ.

"Akankah Islam Dihina Sedang Aku Masih Bernafas?"
Islam tetap akan dijulang walau ditentang.

Dan ana teringat pada kata-kata arwah Fadzil Noor
"Islam akan bangun apabila ditindas.."

Tuesday, February 27, 2007

seorang teman


Apabila kita ingin berteman
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kita mungkin akan menjauhinya..

Jika kita ingin bersahabat
Janganlah kerana kebaikannya,
Mungkin dengan satu keburukan
Kita akan membencinya..

Andai kita ingin berkawan
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu
Kita mungkin akan memfitnahnya..

Jikalau kita inginkan seorang teman
Janganlah kerana sifat keceriaannya,
Andai dia tidak pandai menceriakan
Kita mungkin akan menyalahkannya..

Sekiranya kita inginkan seorang sahabat
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang sahabat
Yang juga hanya manusia biasa…

Monday, February 26, 2007

laptop


Sukanya. Laptop ana sudah kembali berfungsi. Huh, banyak tugasan yang tidak terlaksana sepanjang ketiadaannya. Malah sunyi terasa. Ceritanya begini, ana telah memberi kepada abg CC (Hairi dan Deen) apartment untuk tengok-tengokkan dan perbaiki Dell sebab Dell buat hal. Bila klik Log On je, jadi Log Off. Hurmm.. Hampir dua minggu Dell di bawah jagaan abg2 CC tu.

Suatu malam, ana tanyakan khabar Dell pada diorang. Rupanya Dell masih belum sihat. Alahai… lama lagi ke? Kemudian, baru teringat dekat sorang kawan, Fazlan. Msg dengan Alan pasal laptop. Alan suh bawak Dell kepada dia. Sebenarnya agak tebal masa nak mintak balik dekat abg Deen tu. Tapi buat2 tak tebal la sekejap.

“abg, nak amik laptop…ermm, kawan nak tengok” Pastu dia pun jawab
“haa..amiklah.. kawan mana nak tengok? Perempuan?”
“a’ah.. eh, lelaki” Huhu.. tak patut lak nak bohong kat beliau :D

Hari sabtu bagi dekat Alan, ahad tengahari Alan SMS, katanya Dell dah siap. Wah..beshnye. pastu gi ‘jemput’ Dell. Dah diformatkan. Hurm.. Tapi takde MS Offices. Isk3.. Camne nih? Tapi ok la, 2 hari dari 2 minggu yang takde pa pe..

Tingat dekat abg Hilal, ana penah tanya dia (msg) pasal problem laptop dulu. Tanya dia pasal CD program MS Offices. Pastu dia cakap dia ada. Dia suh ana beli CD kosong, dia nak copykan. Pendek-pendekkan cerita, dia bagi dan tak kenakan apa-apa bayaran. Ish..baiknya. Huhuhu. Takde pa pe niat yerk. Cuma..ye la. Segan la pulak, sebab mintak tolong dia. Dah tu lak, ana mana ada kenal atau pernah terserempak dengan dia sebelum nih. Kiranya pasal CD tu la, first time jumpa. Ana amik num dia dekat iklan pasal PC, tak silaplah.. Yang pastinya dari iklan.

Hurm..bagus gak. Daripada hampir-hampir kena charge RM40, ana hanya perlu mengeluarkan RM** + RM* untuk empty CD tu. (RM**, masih hutang pada Fazlan, alah..berkira ke? :P) Special thanks kepada abg Hilal, abg Hairi, abg Deen dan Fazlan.

Sekian untuk cerita laptop. Kelmarin pagi, ana ada sent SMS dekat ayah..
“dah format laptop RM**. abah, nak duit. buh duit RM100 dah la”. Lepas tu hari ni dalam kul 10.30 pagi, ayah ana SMS yang dia dah masukkan duit. Pegi check balance dekat bank. Uiks?? RM200??! Hihihi :D beshnye…

Malam, siapkan esaimen bisnes dengan ahli kumpulan, print dengan esaimen ekonomi. Print kat mana tahu? Kat CC apartment gak. Huhu.. Dah lah hari ni dekat kampus first time jumpa abg Hilal (entahlah dia perasan ke tak) dengan abg Deen (dia yang tegur pasal laptop) pada masa yang berbeza. Hurmm.. Wat muka selambe je la dalam CC tu. Kontrol2. Penuh kontrolversi. Kontrol hensem :P

Tamatla riwayat untuk hari ni.

Sunday, February 25, 2007

hati saudara


“Sahabat, dalam kabut mencari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria
Di raut wajahmu..

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di dunia ini akulah yang bertuah
Punya sahabat sepertimu…”


Seorang sahabat yang pernah menghulurkan tangan kepada ana suatu masa dahulu seakan menjauhkan diri dari ana. Maaf, jika ana yang bersalah. Maaf jika ana menyinggung perasaannya. Tapi ana bukan sengaja. Ana rasa apa yang ana katakan tidak melukakan hati sesiapa, apa lagi membuatkan dia terasa hati, tapi.. mungkin itu hanya di pihak ana, dipihak dia? Salah anakah?

Buat si dia, maafkan ana. Ana benar-benar susah hati sekarang. Sepatutnya ana tidak merasa apa-apa, tapi…? Tapi dan tapi. Ana rasa ana dijauhi. Ana takut perasaan ini. Rasa kehilangan. Hilang.

Biarpun kata-katanya adakalanya terlalu sinis buat ana, tapi itulah yang menguatkan ana. Walaupun ayat-ayatnya terlalu ‘power’, seakan sindiran buat ana, tetapi itulah yang membantu ana sebenarnya. Mengejutkan dari lamunan mimpi episod lalu yang telah berakhir. ‘Anugerah Istimewa’ itu.. mana mungkin dilupa. Anugerah itu amat dihargai. Karya itu sendiri terhasil kerana dia. Dia tahu dan seharusnya tahu.

Hati ana resah. Ada sesuatu yang perlu dilakukan agar ia dihentikan segera. Namun, apa yang perlu ana lakukan? Ya Allah, bantulah aku. Ya Allah, tetapkanlah hatiku. Ya Allah, lembutkanlah hatinya. Moga apa yang berlaku ini segera berlalu. Ana takut kehilangan sahabat, teman.. hati seorang saudara.

Dan sahabat itu.. sesungguhnya persahabatan ini amat ana hargai.

Berkawan kerana Allah
Berteman kerana Agama
Bersahabat kerana Perjuangan
Bersaudara kerana Satu Matlamat
Bertemu dan Bersatu
‘Merampas Kembali Apa yang Dirampas!’

Saturday, February 24, 2007

kehidupan


malas pula untuk menulis..
banyak yang ingin dikongsikan..
tapi..
malas..

sekarang puteri dalam cc..
nak cari bahan untuk esaimen..
tp.. main2 dlu..
hihi..

kehidupan..macam tajuk lagu inteam je..

hehe..tapi itulah hakikatnya dalam diri kita

ada kehidupan..

yang selalunya berputar

dan terus berputar........

jumpe lg

Friday, February 16, 2007

esaimen i.t


Alhamdulillah.. dah selamat berjaya menghantar esaimen Information Technology semalam.. huh.. jenuh jugak dibuatnya. Apa bahan yang dapat, itulah yang diletakkan dalam file. Tengok yang kawan-kawan punya jawapan..ah.. macam-macam. Lain pulak dari yang puteri buat. Sape yang betul?? Sape yang salah? Tunggu dan lihat. :)

Hari ni satu kelas je. Kalau tak, abes kul 10.00a.m. Tapi, lecturer tu baik hati, dia keluar awal =) hehehe.. susah betul jika mendapat student macam puteri : Nak lecturer masuk lewat dan keluar awal. Huhuhu..nakal nakal..

Lepas tu, tunggu bas. Tak de. Ade la dekat setengah jam tunggu. Kawan kol driver bas. Pakcik tu cakap kul 12.30. 12.30??!! Masa puteri tunggu tu, baru pukul 10.30. Oh..boringnye la.. So, balik ke fakulti and masuk lab. Hihihi..

Oh ya..baru tingat, lecturer tadi ade tinggalkan esaimen jugak.. untuk subjek Business Management. Hermm..patutla baik hati tadi.. ;( Ermm..ape lagi yer? Tengok2 forum, mana tau ada jadual best2 untuk cuti 4 hari ni. Show nasyid...hurm.. Macam takde je. Tengok bulan Februari punya. Mac ade pulak. isk3 =(

Selamat bercuti buat semua kawan-kawan yang mengenali puteri!! ;)

Thursday, February 15, 2007

posting


dalam keadaan yang semakin sibuk, puteri masih lagi menggagahi diri menulis entry baru. oh.. rindu..rindu dan rindu.

nak wat esaimen it. hurmm.. help help.. esok dh nk kene hantar.. smlm baru je dpt soalan.. pagi ni plak dapat lagi 4 soalan baru!!

Thursday, February 08, 2007

soalnya siapa


Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", dan mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Monday, February 05, 2007

rindu


Assalamualaikum..

Lama sudah tidak menulis. sebelum ini pernah mengarang-ngarang dalam pc di apartment. Namun, terasa malas pula untuk posting ke sini. Rasanya, ia tidaklah begitu penting untuk dikongsikan.

Baru-baru ini, ustaz sanusi ada berpesan, "jangan terlalu percayakan orang.." Kata-kata itu ustaz fokuskan kepada lelaki. Maknanya, kepada perempuan, jangan terlalu percayakan lelaki. Kata ustaz lagi, perlu ada sedikit ragu-ragu dalam hati terhadap orang itu. Sekurang-kurangnya 10%. "Dekat ustaz pun kamu kena ada ragu-ragu"

Akhir sekali ustaz kata "tapi, dengan suami kamu jangan lah.. susah susah.." Hurm.. betul kata ustaz tuh. Ana..malas untuk berfikir lagi. Biarlah.