© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, January 25, 2011

modul mental di sekolah

~ Menangani masalah pelajar stress ~

PUTRAJAYA 18 Jan. – Kementerian Kesihatan mulai bulan ini akan memperkenalkan modul kesihatan mental di sekolah menengah untuk menangani masalah stres yang semakin meningkat dengan sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, program menangani kesihatan mental seawal umur remaja itu buat permulaan diperkenalkan di empat sekolah perintis selama enam bulan sebelum dikembangkan ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, empat sekolah perintis yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi, Seberang Perai; Sekolah Menengah Simpang Bekoh, Jasin; Sekolah Menengah St. Michael, Penampang dan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.

‘‘Modul ini antaranya bertujuan memberi pendedahan kepada guru untuk mengenal pasti pelajar yang berdepan stres dan kemurungan, ini memastikan pelajar berkenaan menerima rawatan dan bimbingan seawal mungkin.

‘‘Program ini dilaksanakan bersama dengan Kementerian Pelajaran dan perbincangan akan dilakukan sama ada ia akan dilaksanakan dalam kurikulum pelajaran atau melalui aktiviti kokurikulum,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata, masalah penyakit mental semakin serius dan ia boleh melanda sesiapa saja tanpa mengira lingkungan umur atau jenis pekerjaan yang dilakukan.


Baca selanjutnya di sini.

Sungguh, ramai orang, bukan sahaja 'pelajar' mengalami stress, tekanan emosi, perasaan, juga tekanan mental. Ramai yang mengalami sakit jiwa tanpa sedar. Sakit tanpa terlihat, mungkin sedikit, atau dalam jumlah yang kecil, tapi penyakitnya tetap ada.

Hurrmm.. Saya amat bersetuju dengan idea baru Kerajaan Malaysia. Tapi.. Kenapa lambat sangat? Masa saya sekolah dulu tak nak wat. Isqhh.. Mungkin idean belum ada lagi, atau pemberi idea ini belum masuk dalam kementerian lagi, atau.. alasan-alasan yang lain.

Dan ada komen dari seorang staff (bukan tempat praktikal saya), sepatutnya dekat semua institusi buat perkara yang sama.

Ups. tiba-tiba macam berkait pula dengan post saya yang sebelum ini.. tentang warga dan institusi.. Warga dan institusi itu tidak semestinya merujuk kepada 'institusi'...

Monday, January 24, 2011

minggu ke-4

Pejam celik, pejam celik.. Dah masuk minggu ke-4 praktikal. Cepat terasa masa berlalu. Hrrmm....

Nak post apa ya? Mmm..

Kat ofis ni. On time tak ada klien.. :)

Sunday, January 23, 2011

tahu atau tak tahu

Kura-kura dalam perahu
Perahu dibawa pergi ke sungai
Bukan aku pura-pura tak tahu
Namun malu mengaku pandai

Tuesday, January 18, 2011

aku hairan

Aku hairan
ada institusi yang inginkan
warganya menjaga nama baik mereka
tapi kebajikan dan nama baik warga
ada institusi menjaganya?

Aku hairan
ada institusi yang adakan aktiviti
untuk membantu orang luar, anak yatim
tapi warga sendiri, bukan sahaja di-anak-tirik-an
malah di-anak-yatim-piatu-kan

Aku hairan
institusi ingin membuktikan kuasa
namun warga tersiksa
apa yang mereka inginkan?
dihormati? disanjungi?
atau ditakuti warga sendiri?

-Nurfatimahz AKA Puteri-
18/01/2011 @ 09.49 am

Monday, January 17, 2011

perlu ke pembangkang fitnah rais yatim?

Oleh: Subky Latif


DATUK Seri Dr. Rais Yatim yang berdepan dengan satu fitnah besar negara sekarang cuba menangkisnya sebagai satu angkara jahat pembangkang untuk meruntuhkannya dan sekali gus meruntuhkan Umno.

Memang benar pembangkang memberi reaksi bersungguh terhadap fitnah yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu kerana ia adalah satu yang mengaibkan negara.

Baik Dr. Rais di pihak yang benar atau sebaliknya, fitnah yang melandanya itu adalah mengaibkan.

Sebelum fitnah itu diselesaikan, maka pembangkang ada peranan dan tanggungjawab mengikut caranya bagi membantu menyelesaikannya. Sama ada penyelesaiannya nanti gembira untuk Rais dan semua atau sebaliknya bergantung kepada tindakan yang diambil terhadap fitnah itu.

Tetapi tidak banyak yang dapat membantu Dr. Rais meringankan fitnah itu dengan melemparkan ia adalah gara-gara dan angkara pembangkang.

Sekalipun reaksi pembangkang boleh memanaskan fitnah itu tetapi apa keperluan yang pembangkang boleh dapat dengan memfitnahkannya dalam keadaan dia sudah berada di babak hujung hayatnya dalam Umno dan kerajaan.

Gilirannya untuk pergi seperti Samy Vellu mungkin yang tertinggi dalam seranai selepas Samy Vellu itu. Tidak buat apa-apa pun terhadapnya dia adalah ibarat buah ranum yang menunggu gugur. Tidak diusik pun dia tetap gugur. Maka apa perlunya bagi pembangkang menimbulkan fitnah terhadapnya.

Kalau dia gugur dan binasa kerana fitnah itu maka tidak banyak yang menjamin tumbangnya kuasa dan kerajaan yang bertulang belakangkan Umno. Ia boleh memalukan Umno dan Umno memang sudah biasa dengan malu yang begitu.

Kesan memfitnah Rais tidak sebesar memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memfitnah Anwar dulu menyebabkan Barisan Nasional tumbang di Terengganu tahun 1999 dan PAS dalam sejarah menjadi pembangkang terbesar di Parlimen. Selangor dan Pahang buat pertama kali berADUNkan PAS.

Fitnah terbaru terhadap Anwar boleh mengsosongkan calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat jika dia dipenjara lagi.

Tetapi kesan terhadap Rais tidak sebesar itu. Rais boleh binasa tetapi Najib. Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein dan lain-lain yang masih ada potensi dapat meneruskan cengkapam kuku Umno yang sudah tidak berapa tajam itu.

Kalau fitnah itu boleh memberi pulangan besar kepada politik pembangkang, maka bukan Rais yang berada di hujung jalan itu yang perlu digoda. Kalau dia tidak digodapun dia akan pergi. Dia mungkin pergi lebih cepat bila digoda. Bila dia pergi, dia pun habis. Tetapi kuku UMNO belum dipotong habis. Hayatnya bersambung lagi.

Berbeza fitnah itu ditumpukan kepada Muhyiddin, Zahid Hamidi dan lain-lain. Mereka sedang memanjat tapak yang lebih tinggi dan mereka muda dan masih banyak masa dan tenaga. Mereka juga lebih penting dari Rais yang masa depannya sudah tidak banyak.

Dari membuang masa yang banyak memfitnah Rais, maka lebih menguntungkan kalau memfitnah Muhyiddin dan rakan-rakannya yang lain.

Bahkan memfitnah Datuk Seri Najib tidak begitu diperlukan sangat kerana dia sendiri sudah letih dengan berbagai fitnah yang melandanya. Fitnah tentangnya sudah disekeliling pinggang. Menambah fitnah terhadapnya lebih memberi banyak kesan dari memfitnah Rais.

Kalau Najib boleh binasa dengan beban fitnah yang bertambah, maka binasanya itu boleh memberi keuntungan besar kepada pembangkang. Walau pun Muhyiddin dan Zahid masih ada, tetapi kesannya jauh lebih besar dari membinasakan Rais.

Kalau Najib yang boleh binasa sendiri tidak begitu perlu difitnah lagi, maka keperluan memfitnah Rais tidak mampu memberi keuntungan lebih besar kepada pembangkang.

Tidak begitu perlu pembangkang memfitnah Rais atas suasana yang ada padanya sudah tidak berpotensi besar kepada BN dan Umno. Yang perlu memfitnah Rais ialah orang Umno yang begitu lama menunggu untuk menjadi calon BN di Jelebu. Jika dia tidak dikacau, maka dia mungkin menjadi calon lagi di Jelebu. Sampai bila orang Umno lain hendak menunggu.

Pada saya jika fitnah terhadap Rais datang bukan dari dirinya sendiri, tidak begitu besar keperluan itu datang dari pembangkang. Maka melemparkan fitnah itu datang dari luar tidak banyak dapat membantu Rais keluar dari badai yang melandanya.

Dia perlu banyak bersabar kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Sabar itu menyerah diri kepada Allah sambil memenuhi syarat-syaratnya.

[sumber: harakahdaily]

Sunday, January 16, 2011

on dan online =)

Ingin berkata
Namun kehilangan suara
Ingin melihat
Namun ketiadaan cahaya
Ingin berjalan
Namun kekeliruan arah


Apalah yang dimerepekkan di sini. Puisi yang tak jadi. Hu,.

Ingin menulis
Namun ketandusan idea
Ingin online
Namun terputus broadband
Ingin update
Namun tiada kelapangan

He.he.he..

Ada juga kawan (budak praktikal UUM yang baru kenal) di tempat kerja bawa broadband. Kadang-kadang guna juga. Bila tak ramai klient, kami online. Dekat ofis, satu komputer je ada line yang disediakan, itupun di bahagian kaunter bayaran. Walaupun saya selalu juga jaga di kaunter pembayaran, tapi jarang online kat pc tu. (Sebab kedudukan komputer tu tak strategik, staf kat meja belakang boleh nampak, he.he.he)..

Bercakap tentang shif, biasanya kami budak praktikal (USIM, USIM dan UUM) akan berada di kaunter pendaftaran. Kat sinilah kami online. Shif kami tukar-tukar, sebab PC ada dua je kat bahagian tu. Tapi kalau tak ada orang (staf) di kaunter pembayaran, kawan-kawan saya ni (budak praktikal) suh saya gi bahagian tu, sebab saya ada dapat 'mandat' untuk wat resit, he.he.. Kiranya pangkat tinggi sikit la dari kawan-kawan saya tu, hi.hi.hi..

Seronok bekerja dekat sini, layan klient. Ramai baik-baik. Sampai ada kakak tu ajak gi kenduri dia nanti, tapi sayang, dia tak bawa kad.. Tapi ada juga klient yang wat hal. Cakap kasar, garang. Takut saya. Masa tu saya jaga di kaunter pendaftaran. Saya tanya dia elok-elok, dia marah-marah. Saya pun panggil Wan (UUM) untuk tolong wat pendaftaran dekat orang tu, sebab saya jadi blur, saya tanya dia (klient), dia jawab marah-marah. Hu.. Tak boleh, nanti saya salah wat pulak.

Dipendekkan cerita, saya rasa memang orang tu termalu sendiri dengan saya sebab dia cakap kasar tadi tu.. Sebabnya masa dia nak wat pembayaran, saya yang jaga di kaunter pembayaran, dia tak berani pandang muka saya. Haa..tau pun. Tapi tak apa pakcik, mood saya baik-baik aje. Jadi, dilayan macam klient yang lain.

Ada juga klient yang kelakar, yang ni memang tak boleh lupa. Klient yang paling banyak berbual dengan saya, dan buat saya tergelak,.

SATU

Saya: Abang umur berapa? (untuk taip, wat surat kebenaran permohonan)
Dia: 23
Saya: Ops. Sebaya, he.he
Dia: Haha.. panggil abang pula
Saya: Mana la nak tahu, biasa 'abang2' yang datang, he.he

DUA

Saya: Tunggu jap ek..
Dia: Nak gi mana?
Saya: Gi amik tandatangan bos
Dia: Saya nak kena ikut tak?
Saya: (ha.ha... pertama kali ada klient tanya macam ni)
Saya: Tak yah
Dia: Ada orang tanya soalan apa-apa tak kat saya nanti?
(Sambil dia mengeluarkan sehelai kertas, yang mengandungi beberapa point penting seperti rukun Islam, iman dsb)
Saya: Eh.. tak adalah... Tak kena tanya pun hari ni..
Saya: Soalan yang tunjuk tadi tu, prepare depan tok imam nanti, taw?

Saja nak usik dia dengan jawapan terakhir tu..kikiki.. adoi.. nak jadi laki orang dah pun dia tu. By the way, rupanya boleh tahan. Hek hek hek.. Ha.ha.. :P~

Tuesday, January 11, 2011

sua kasih kita bersaudara



"PEMENANG KATEGORI LENGKAPKAN SLOGAN PROGRAM
KITA BERSAUDARA"


Tahniah dari pihak Sekretariat
Kita Bersaudara kepada pemenang dan kepada yang tidak berjaya, tidak bermakna anda gagal. Cuba lagi di tahun hadapan..

Dengan lafaz Bismillah...Pihak Sakretariat kita Bersaudara mengumumkan pemenang Lengkapkan Slogan Kita Bersaudara:

Tempat PERTAMA:
NUR FATIMAH ZAHARAH BINTI AHMAD

Tempat KEDUA:
MOHD NAJIB BIN ABD RAHIM

Tempat KETIGA:
ATIKAH BINTI JAMALUDIN

[sumber: suakasih]


Nota:
He.he.. Sonokkk.. my name tuhh.. hi.hi.hi

musuh no 1 negara


KUALA LUMPUR, 10 Jan: Akhbar Utusan Malaysia disifatkan sebagai musuh nombor 1 konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, walaupun Utusan terus menolak dasar 1Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat pendekatan perkauman Utusan itu.

"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melain semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri yang menjadikan konsep 1Malaysia kosong dan penuh hipokrit," kata Kit Siang.

Semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia, sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita 1Malaysia," katanya.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia mendakwa akhbar Umno itu memfitnahnya dan DAP.

Lim ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 2 Januari lepas kerana tidak tahan dengan berita fitnah yang saban hari disiarkan akhbar itu dengan matlamat menjatuhkan maruah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Beliau yang datang tepat pukul 12.00 tengah hari bersama peguamnya, Jagdeep Singh Deo terus di bilik mahkamah bagi memfailkan saman terhadap akhbar berkenaan.

Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

Bukan itu sahaja malahan Utusan juga bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan KeAdiLan supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin erat dalam Pakatan Rakyat.


[sumber: harakahdaily]

Wednesday, January 05, 2011

1st entry 4 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 akidah.

He.he.. rini balik 'keje' pegi CC dan online.. Sebenarnya nak hantar email kepada Ketua Program di USIM nu.. Tapi ada maklumat yang belum dilengkapkan.. Maklumat berkenaan dengan tempat praktikal sekarang ni.. Jadi, esok-esok lah saya email kepada beliau..

Ohya.. Undilah cerpen saya 'Bunga Kasih' di 99 Hari Kisah Klasik. Jangan lupa ya.. Klik link laman tersebut dan undi saya tau.. Psstt,, Penting: Jangan undi orang lain, tetapi WAJIB undi saya! He.he.he..

Ahha.. Hari ni hari ketiga gi 'keje'. Mmm.. semuanya berjalan dengan agak lancar. Walaupun ada kerja yang dilakukan tidak berkaitan dengan pengajian di USIM, tapi tak mengapalah daripada tak ada kerja/pengalaman bekerja langsung.. Kan?

Nak tau tak apa antara kerja yang saya buat? Jaga kaunter Pejabat Agama, pastu tunggi pelanggan datang. Sama ada nak ambil borang nikah, atau hantar borang nikah. Kalau mereka hantar, saya akan taip/buat surat permohonan mereka, lepas tu print dengan cop Pegawai.

Ada juga yang datang untuk ambil/hantar borang KAFA, juga untuk sesi kaunseling. Tadi pagi saya ada jadi 'kaunselor' sementara sebab pegawai yang berkenaan agak sibuk. Lepas tu dah dengar masalah dia, saya tulis dan serahkan kepada pegawai. Pegawai akan hubungi pengadu semula dan panggil untuk sesi kaunseling.

Lagi? Cari sijil nikah/cerai. Juga boleh dikatakan jadi operator, angkat, jawab panggilan telefon. Ada juga buat resit pembayaran pelanggan. Tapi tak banyak la buat resit tu. Time tak ada orang/orang panggil tolong buat. Lain2, tolong kemas/semak permohonan Kad Nikah Pintar. Penah dengar tak? Ala..macam IC, cuma kad ni lebih mudah daripada surat/sijil nika. Boleh letak dalam poket/dompet. Harga RM40 untuk dua keping. Sape2 yang belum buat (tapi dah kawen) bolehlah buat di Pejabat Agama kawasan masing2.. :)

Cerita sedih hari ni:

Pagi tadi jam 7.20 am, saya tahan bas nak gi tempat 'keje', tapi dia tak berhenti. Sangat sedih. Teksi lalu pun dia tak nak berhenti jugak. Ui.. dia tak nak duit saya.. Uhuuu.. Dan saya dah mula cuak bila jam melebihi 7.45 am. Opis masuk 8.00 am. Takotnya.. Takot sangat kalau masuk lambat. Yelah, dah lah tengah praktikal. Apa pula kata penyelia (walaupun beliau/staff ada yang masuk lambat, tapi tu diorang..kita lain, ok?).

Saya pun pakai tahan je moto/kereta yang lalu lalang. Tahan punya tahan, tak ada yang berhenti. Banyak juga kakak/makcik yang lalu (dengan kereta) tapi tak berhenti juga bila saya tahan. Segan tu jangan cakap lah. Tapi segan tu tak dilayan.

Akhirnya, ada sebuah kereta produa berhenti. Seorang lelaki, bersama anaknya yang lebih kurang 3-4 tahun berhenti.. Beliau dengan baik hatinya menumpangkan saya, malah menghantar saya ke depan pintu pagar pejabat.

Saya sangat2 berterima kasih kepada beliau. Jasa beliau akan dikenang dan saya doakan semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki beliau (saya ada sebut benda ni sebelum turun kereta, selepas dia menolak sejumlah wang yang ingin saya berikan).

Ok.. itu je untuk hari ni

:)

Nota:
Saya belum sempat blogwalking. Nanti saya online semula suatiga hari lepas ni dan akan komen di blog kalian. Ok? Jaga diri.