© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, May 31, 2011

mesti kira

Salmah:
Eh teruknya kedai ni. Ada ke patut benda ni RM5.50?? Aku beli dekat tempat lain RM4.90 jer.

Rafidah:
Tak payah beli lah. Beli yang lain.

Habsah:
Uih yang ni lagi teruk. Satu paket kecil RM0.30, tapi dia jual paket besar, ada 8 paket kecil RM 2.90. Walhal kalau beli 8 paket kecil kedai biasa baru RM2.40.

Salmah:
Hei ko lagi berkira dari aku? Lagi dahsyat.

Habsah:
Mestilah. Orang-orang miskin macam aku seposen dua pun mesti kira masuk akaun tau.

Rafidah:
Ok dah, dah. Kita pergi kedai lain. Jom.

Sunday, May 29, 2011

terima kasih Perdana Menteri

Info Makluman Pembekuan Jawatan Kosong di Sektor Kerajaan Malaysia

Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan Dan Badan Berkanun Negeri

Muat Turun Surat Edaran cinta dari PM: JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld. 3(17)

atau link: http://www.jpa.gov.my/docs/se/2011/se23052011.pdf

Dimaklumkan mesyurat yg dipengerusikan oleh PM pada 6 Mei 2011 telah bersetuju supaya semua jawatan kosong di mansuhkan berkuat kuasa pada 1 Jun 2011

Pihak berkuasa Melantik diminta memastikan urusan pengambilan baru dibekukan berkuat kuasa mulai tarikh surat ini ( 20 Mei 2011) dikeluarkan sehingga 31 Ogos 2011.


NOTA:

untuk detail atau kalau tak percaya, boleh lah download surat edaran seperti di URL di atas.


NOTA DUA:

rupanya bukan hanya saya dan pencari kerja yang mengalami masalah ini. Pertukaran guru antara negeri juga terkandas tersekat.

"Mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran Guru Antara Negeri Sesi Jun 2011 telah mempertimbangkan permohonan tuan dan memutuskan permohonan tersebut TIDAK DILULUSKAN.... waaaa dok lagi kat semporna ni" - Nur Zihnun (fb).

Saturday, May 28, 2011

Aliya, Maysara

Ada dua orang sahabat, Aliya dan Maysara. Mereka berdua boleh dikatakan sahabat baik. Hampir semua tempat yang Aliya pergi, Maysara ikut, begitu jugalah sebaliknya.

Pada suatu hari, Aliya dan Maysara pergi ke pasaraya. Di sana mereka bertemu dengan kawan lama Aliya, Balqis. Kebetulan, Balqis juga ingin membeli-belah bersama Nora Elena. Aliya tidaklah begitu rapat dengan Nora Elena, akan tetapi mereka saling mengenali.

Selesai membeli belah, Aliya dan Maysara kekurangan wang. Maklumlah, ter-overdose, terlari bajet. Maka Aliya dan Maysara meminjam wang dari Nora Elena kerana Balqis tidak membawa wang lebih.

Keluar dari pasaraya, Aliya bercadang untuk pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang, membayar semula hutangnya kepada Nora Elena, hutangnya dan hutang Maysara sekaligus. Yelah, alang-alang kan.

Akan tetapi, rancak berborak punya pasal Aliya terlupa untuk singgah ke mesin ATM yang kebetulan agak tersorok di suatu sudut, padanlah dia terlupa.

Lalu beberapa hari kemudian, Aliya mengirimkan SMS kepada Balqis, dengan harapan Balqis akan menolongnya membayar hutangnya dann Maysara kepada Nora Elena. Iyalah, segan dengan si Nora Elena tu.. Kalau berhutang dengan Balqis takla segan sangat sebab Balqis dengan Aliya memang kamceng.

Balqis membalas, hanya Aliya yang masih berhutang dengan Nora Elena. Maysara sudah menjelaskan hutangnya sebelum ini.

Aliya senyap.

Tak boleh ke bagitau nak bayar kepada Nora Elena?
Tak boleh ke tolong bayarkan bagi pihaknya sekali?
Nanti pandai-pandailah Aliya bayar kepada Maysara.
Yang tu pun tak boleh ke?

Apa punya kawan da...
Aliya mengomel-ngomel lagi.

Friday, May 27, 2011

sudah menjadi adat

Bukan nak bercerita tentang adat resam, atau adat budaya.. Akan tetapi adat dalam kehidupan kita.

Adat pertandingan = kalah, menang
Adat persahabatan = bertemu, berpisah
dan ...
Adat interview = diterima, ditolak

Apakah maksud yang tersirat?
Tak lain tak bukan bercakap mengenai Interview baru-baru ini...

Nampak gayanya..
Tak dapat la berangan-angan nak jadi Halal Executive (he.he.he)
Sebab tak berjaya masuk program untuk menjadi seorang H.E..

..............
............

Tidak diterima, namun sekiranya yang diterima menolak tawaran, pihak penganjur akan memilih untuk menggantikan tempat yang kosong..

Harapan tipis.. Ramai yang tertolak sebab permohonan terlalu banyak. Ui.. pesaing3...

Jadi da set perkara lain...
Tak mo keroje lagi..

Sambung belajar.. mek master.. ok tak?
hi.hi.hi
(frust ngan interview konon2)

Tuesday, May 24, 2011

interview - halal executive programme


Esok.. 25/Mei/2011... akan diadakan sesi temuduga (kali kedua) bagi Halal Executive Programme di USIM. Bagi yang lulus temuduga akan mengikuti program ini selama 6 bulan bermula Jun depan.

Saya join. Harap-harap lulus, ameen..

Tapi preparation macam kurang jer.. hiii......

Monday, May 16, 2011

run away to Nilai

Oh

semalam 15 hb Mei merupakan hari terakhir praktikal.

tapi hari ni masih ke Pejabat Agama Kubang Pasu, Jitra,
diorang buat majlis perpisahan untuk saya
dan kawan praktikal

hihihi..

malam ni naik bas, ke Seremban,
esok pagi, sampai Nilai, bandar USIM
insya-Allah =)

Sedih pulak nak menamatkan latihan industri/praktikal ni...

Nota tambahan:

Guru, Cikgu, Pensyarah, Sifu
Atau apa jua gelaran yang diberi
Ia tetap mempunyai maksud yang sama
Terima kasih atas tunjuk ajar yang telah dicurahkan
Buat diriku dan teman-teman
"Selamat Hari Guru"

-nurfatimahz aka puteri-

Selamat Hari Guru kepada abang saya (Muhd Azim), kakak-kakak saya (Nur Zihnun, Nur Ainun, Nur Zihan), ipar-ipar saya (Tengku Norehan, Hisham, Md Lizan),

guru-guru saya (Tadika Al-Azhar, Sek Ren Al-Azhar, Sek Ren Islam ABIM, Sek Men Islam Bestari, Sek Men Agama Tarbiah An-Nashiin, Mkatab Mahmud Kuala Muda),

juga kepada tutor dan pensyarah saya (Universiti Sains Islam Malaysia -former name- Kolej Universiti Islam Malaysia),

tak lupa kepada kawan-kawan saya (alam nyata, alam maya, alam siber atau apa jua alam yang available) yang bergelar@bakal 'pendidik'..

Monday, May 09, 2011

hitung hari dan hari

Sekarang 9 hb Mei..
15 Mei hari akhir saya berpraktikal.

Oh pantasnya masa berlalu..

Hari tu masuk Januari...
Rasa macam...
baru je masuk...
walhal bulan dah bersilih ganti...

Thursday, May 05, 2011

osama ben laden - part 2

Sedang media sibuk-sibuk memaparkan isu kematian Osama ben Laden, juga ada pihak yang meragui kesahihan isu berkenaan.. Saya teringat, saya mempunyai seorang kenalan di Pakistan. Dia orang sana, namanya Farhat, Farhat Abbas.

Tanpa melengah-lengahkan masa, saya cuba mengorek sedikit berita dari sana. Sms dikirimkan.
(hehe...grammar ade yang tak berapa betul rasanya, huuu)

-------------------

Puteri:
Salam. How are you? Everything fine there? Actually I have a question to ask you. Is it true that Osama Laden was killed? I can't believe it. I saw last night news.

Farhat:
W'salam. I'm fine. Yes dear this news is true according to media. Pakistanis media was not allowed cover (the issue). USA media only allowed to cover (it). Finally, HE killed.

Puteri:
Why Pakistanis can't cover the story? It make me think that Osama's death only a fake. Osama allive, isn't it?

Farhat:
Maybe dear. But if Islamic country would not unite, we will pay great cost of it. Each and every where Muslims are being killed and beaten due to lake of power.

-------------------

Bersambung...
perlu ke?
he.he.. :D

Tuesday, May 03, 2011

osama ben laden

Kecoh semalam di kaca-kaca TV... Osama Laden di tembak mati.

Maka timbul pula spekulasi..

satu:
sebenarnya Osama tidak pernah hidup, bagaimana dia mampu mati?

dua:

yang gambar ditayangkan itu bukan Osama. bagaimana keadaan Osama mati, tidak diketahui.

tiga:
semua itu hanyalah super impose. Osama belum mati!

empat:
iaitu dari saya sendiri. benarkah Osama ditembak? benarkah mati? Osama tidak boleh mati selagi tidak tercapai segala misi, selagi Allah tidak mengkehendaki!

Nota:
Memetik dari blog ben ashaari:

imageGAMBAR disiarkan televisyen Pakistan menunjukkan wajah Osama Bin Laden yang didakwa Amerika Syarikat berjaya dibunuh (kiri) berbanding gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama. - Foto AFP