© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, June 30, 2011

BERSIH kini tiada halangan

Dengan segala hormatnya, penyimpan mohor besar majlis Rajawali dengan ini mengumumkan bahawa tiada lagi halangan perhimpunan Bersih.

Maka secara rasminya baju Tshirt Bersih pada kali ini adalah seperti berikut:

BERSIH 1 MALAYSIA

Persidangan perwakilan Pengerusi Majlis-Majlis Malaysia juga giat membuat hebahan berita gembira ini di dalam kuliah, tazkirah dan juga khutbah. Pengerusi Majlis (PM) cawangan Rajawali turut turun ke kedai teh tarik untuk mempromosikan Bersih dengan gigih.


Selain daripada itu, seluruh penduduk di luar Rajawali juga turut menerima pengunguman tersebut dengan riang gembira.


Sebagai penutup, sekali lagi sari berita utama, BERSIH 2.0 kini tiada lagi halangan. Baju BERS1H boleh didapati di kedai-kedai runcit yang berhampiran. Sekian.

Wednesday, June 29, 2011

TELEKOM PENIPU!

Dia (telekom) cakap, guna internet RM110,
telefon mana2 pun free.
My mom subscribe the plan,
but she need to pay more than RM160!
What de.......

Tuesday, June 28, 2011

my nephews



Nota:
Er.. yang hitam tompok-tompok putih tu tak termasuk dalam tajuk di atas.

Monday, June 27, 2011

mesti cuba: Google Translater

Step 1: Buka Google Translate

Step 2: Taip "Will Dr Yen Yen ever back home"

Step 3: Translate dari English ke Vietnamese


Step 4: Copy perkataan Vietnamese tu, dan pastekan ke Google Translater

Step 5: Translate dari Vietnamese ke English

Step 6: Tengok hasil terjemahan.. :D


Nota:

Google pun pandai berdoa tau.

Sunday, June 26, 2011

kau pergi jua

Pagi, Koko berlegar-legar di halaman rumahku. Aku melihatnya dari jauh. Koko kehilangan ibunya? Ibunya mati? Atau apa? Aku meneka-neka kerana melihat Koko sendirian. Sebahagian tubuh koko kebasahan, mungkin Koko terjatuh longkang sebentar tadi. Tapi, dari mana Koko datang? Walau berbagai soalan ingin ku tanyakan pada Koko, namun ku hanya bertanya kepada diriku sendiri.

Sebenarnya aku tidak tahu apa nama sebenar Koko, aku memberinya nama 'koko' kerana warna bulunya bercampur, namun warna yang lebih menyerlah ialah warna cokelat. Kerana itu aku aku memanggilnya Koko. Koko anak kucing yang mungkin berusia sebulan atau kurang dari itu, melihat dari saiz tubuhnya yang agak kecil. Tambahan, Koko terlalu kurus. Kekurangan zat? Kedua kaki belakang Koko agak pelik. Sakitkah? Patahkah?

Tengahari, Koko tidur di kaki lima rumahku. Letihkah? Penatkah? Laparkah? Aku melihat dari dekat, di sebalik pintu kaca ruang tamu rumahku, rumah kampung namun sem
akin maju seperti taman perumahan. "Hai, penat ke? sinilah. tengok sini," Koko tidak memberi respon. "Sakit ke? Kenapa?" aku seolah-olah berbicara dengan Koko, namun pastinya Koko tidak mendengar kerana terhalang oleh pintu kaca. Kalau mungkin Koko mendengar, mampukah ia memahami?

Petang, sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa di kerusi yang terletak di hadapan rumahku di sudut sebelah kiri, aku melihat pokok jambu nan sebatang di hadapan rumah jiranku. Barangkali belum musimnya, tidak kelihatan dimataku jambu yang baru berbuah, apa lagi yang sudah kemerah-merahan.

Jiranku merangkap tuan punya pokok jambu itu, Uncle Aaron kelihatan menghampiri keretanya yang terletak di bawah pokok jambu bersama isterinya Auntie Suzanne. Mungkin mahu ke mana-mana. Sewaktu kereta Uncle Lim beredar, aku terlihat sesuatu yang bergerak-gerak di tanah, tempat parkir kereta Uncle Lim. 'Koko?'. "Koko?!"

Aku berdiri sambil melihat Koko. Ya, Koko. Tayar kereta Uncle Lim mungkin telah tertindih Koko ketika Koko sedang berehat tadi. Bila masa Koko ke sana? Mungkin bukan pertanyaan yang sesuai untuk dipersoalkan disaat ini. Koko batuk-batuk, dan muntah darah. Aku melihat sendiri darah Koko memercik keluar dari mulutnya. "Innalillahi wainna ilaihi rajiun,". Itu ayat pertama yang aku bisikkan kepada diriku, untuk Koko. Atau perlu aku mengucapkan dua Kalimah Syahadah? Sudah mati atau masih hidupkah Koko?

Aku kembali memasuki rumahku. Segera aku mencapai ubat gamat dari Langkawi yang ku simpan di dalam beg sandangku dan terus menghampiri Koko. Mungkin aku boleh merawatnya. Sekali lagi aku berdiri di sisi Koko. aku tidak menyentuhnya. Pada kesan-kesan darah Koko, aku perasan ada cecair berwarna putih kekuningan. Cecair itu datang dari mata Koko, atau mungkin kepalanya. Apakah cecair itu? Otak Koko?

Ubat gamat yang aku pegang masih ditanganku. Aku ingin menyapukannya pada Koko. Namun tiba-tiba aku terfikir, ubat gamat ini agak panas, sekiranya aku menyapukannya pada Koko, apakah aku semakin menyakiti Koko? Atau Koko sudah tiada, dan perbuatanku nanti hanyalah sia-sia? Rasa sebak menyerbu benakku. "Meaw..." aku memanggil Koko. Air mataku mangalir keluar. "Meaw..." masihku memanggilnya dengan harapan Koko akan bergerak, petanda ia masih hidup.

Semakin laju air mata yang mengalir. Kasihan Koko. Apa yang harusku lakukan pada Koko? Aku takut untuk menyentuhnya. Aku tak sampai hati. Aku kasihan pada Koko. Sudahlah kakinya sakit, kepalanya pula ditindih tayar kereta. Aku menangis teresak-esak sambil melihat Koko diperbaringan.

Koko bukan kucing aku. Koko tidak pernah kelihatan di sekitar rumahku. Malah di rumahku sendiri, kali terakhir aku dan keluargaku memelihara kucing adalah kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Tapi aku tetap bersedih, juga menangis. Terlalu kasihan kepada binatang yang tidak berdosa seperti Koko, tambahan pula Koko masih kecil.

Aku menyeka air mataku yang masih bersisa. Mungkin ini takdir Koko, daripada ia terus menderita sakit dua dari kakinya. Aku meninggalkan Koko. Tidak sampai hati melihat Koko lagi. Koko telah pergi. Ya, ia pergi jua..


gambar sekadar hiasan. ihsan google.

Saturday, June 25, 2011

Friday, June 24, 2011

LAWAK 1MALAYSIA: Penjual baju ditahan

Seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dalam kejadian semalam ketika sedang menjual kemeja-T BERSIH 2.0.

Mengulas kejadian itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ahli jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang mempunyai logo BERSIH 2.0.

NONEKatanya, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi undang-undang.

Malah apa yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

"Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini?

"Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya,"," kata Shamsul kepada TV Selangor.

NONESementara itu, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.

"Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya.

"Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning,” katanya.

NONEShuhaimi, yang juga ADUN Sri Muda berkata seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis Sepang pagi tadi meminta beliau memberikan kenyatannya.

"Besar kemungkinan saya akan beri kenytaan esok kerana saya tidak senang hari ini,” katanya.

Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini menggesa penyokongnya supaya berbaju kuning pada setiap Sabtu ini dan depan sehingga perhimpunan besar-besaran diadakan pada 9 Julai.

"Tidak perlu berhimpun (pada 25 Jun dan 2 Julai), tetapi di mana anda berada pakai t-shirt BERSIH pada hari-hari tersebut,” petik khidmat pesanan ringkas (SMS) itu.

Sumber: Malaysiakini


NOTA 1:
Nampaknya tak boleh jual baju dah sekarang, menyalahi undang-undang kata mereka.

NOTA 2:
Atau tak boleh jual baju Bersih, tapi baju 'kotor' boleh.

sumber gambar: no2umno

Dah macam pusat kegiatan pun ada.
Jual terang2an pulak tu.
Mydin lagi!

Wednesday, June 22, 2011

sebelum dan selepas

sumber gambar: Hasan Basri

Sebelum pilihanraya... .


Pengundi: Kalau kamu teruk atau zalim, saya tak akan undi kamu
Barisan N: Saya tak akan biarkan perkara itu berlaku!
Pengundi: Apakah saya mempunyai hak kebebasan mutlak?
Barisan N:
Sudah tentu! Itu semestinya!

Pengundi: Kamu akan menaikkan harga secara rawak?
Barisan N: Tidak. Siapa yang cakap?
Pengundi:
Ada elaun/imbuhan?

Barisan N: Itu memang peruntukan kami!
Pengundi:
Kami perlu menghadapi kenaikan harga?

Barisan N:
Tidak mungkin!

Pengundi: Ada kebajikan?
Barisan N:
Sudah tentu!

Pengundi:
Rakyat perlu tanggung kenaikan harga?

Barisan N:
Tak mungkin BN melakukannya!

Pengundi:
Jika kami perlukan perubahan, adakah BN akan melakukannya?

Barisan N:
Tidak syak lagi! Inilah BN!

Pengundi: Kamu tidak berbohong?

Selepas pilihanraya... .


(baca perbualan tadi dari bawah ke atas).


Nota 1:
Diterjemahkan dari tulisan Johnson Chai di dalam Bahasa Mandarin yang diperoleh dari fan page CURI-CURI WANG MALAYSIA.


Nota 2:
Kempen masa tengah menoreh, macam yang cikli pernah post lah! hehe..


Nota 3:

Kalau ada sesiapa nak baca versi asal bolehlah baca kat bawah ni.. =)

<国阵大选前后的分别》

大选前的国阵从上读下
选民:如果你不好,你滥权,我不投你
国阵:放心,我不会让这样的事情发生的!
...选民:我有绝对的人民自由权吗?
国阵:当然了!这是肯定的!
选民:你会乱乱涨价吗?
国阵:不可能,谁告诉你的?
选民:还有津贴吗?
国阵:这是我们的明文规定!
选民:那我需要面对涨价吗?
国阵:不,看情况吧
选民:福利呢还会有吗??
国阵:当然!
选民:涨价全部都是人民啃吗?
国阵:怎么可能,有国阵政府在!
选民:如果我们需要改变,国阵会配合吗?
国阵:毫无疑问,这是我们大马国阵政府生存的机制!
选民:你不会是在骗我吧?

大选国阵胜利后(从后往前读)

RAKYAT KEDEPAN!!

Ingat kita takut? Apa mengarut? Kita tunjukkan
RAKYAT KEDEPAN!
RAKYAT KEDEPAN!

RAKYAT KEDEPAN!

[klik untuk play]


Betapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya
Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat
45 hitam biru mencari-cari tujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam

Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KEDEPAN!

Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta
Cari makan mereka kata

Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KEDEPAN!

Bak Kata
Cerita pendek
Kita harus Kerja sama
Jaga jaga Jaga nama
Kalau jatuh Depa pijak
Kerja sama Boleh maju
Jangan malas Jangan tipu
Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini Buat rosak
Tukar cara Kita fikir Baru hapus KORUPSI!
Tukar cara Kita fikir Baru hapus KORUPSI!


Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KEDEPAN!

Singer: One Buck Short
Title: Kelibat Korupsi

Nota:
Cikli, Tehr, Benrauf, Akubiomed dan kawan2 yang lain mesti dengar lagu ni
di sini ok?

Tuesday, June 21, 2011

undi : perlu atau tidak BERSIH 2.0?

Kawan-kawan yang dah mengundi, tahniah. Yang belum mengundi takper, takper.. tunggu lain kali lak ek. Sebenarnya 'pihak penganjur' takyah susah-susah wat poll ni pun takpe.

Keputusannya:




Boleh klik untuk besarkan kalau tak jelas.
Dengar kata dah removed.. malu la tu, kan kan kan? the star

Monday, June 20, 2011

petisyen untuk PM & BERSIH 2.0

Curi-Curi Wang Malaysia V Cuti-Cuti One Malaysia

Kata Menteri Perlancongan Ng Yen Yen yang sebelum ni tak pernah saya kenal atau tahu namanya: "Kita berhasrat untuk mengumpulkan 120,ooo fans (
Cuti-Cuti One Malaysia fan page) dalam masa 6 bulan". Beliau menggunakan RM 1.8 Milion untuk tujuan berkenaan.

Sehingga entry ini ditulis, nisbah
CURI dan CUTI = 121,952 : 41,521 fans. Dan untuk pengetahuan, fan page Curi-Curi Wang Malaysia dicipta pada 14 Jun 2011 dan pada 19 Jun 2011 (dalam masa 5 hari) telah berjaya mengumpulkan 120,000 fans tanpa memerlukan sebarang kos!

Fan page Curi-Curi Wang Malaysia dengan ini membuktikan bahawa untuk mengumpulkan fans sesebuah fan page tidak memerlukan RM 1.8M. Kenyataan ini boleh dibaca di note bertajuk
We reached 120K fans.

Seterusnya, fan page
CURI dalam masa yang sama menghantar petisyen kepada YAB Perdana Menteri ingin penjelasan dari Menteri Perlancongan berkenaan RM 1.8 M.

Antara isi kandungan petisyen tersebut:

"Kami menulis mewakili rakyat Malaysia yang bertandatangan (digital signature) ingin meminta YAB untuk mengutarakan isu perbelanjaan RM1,758,432 oleh datuk Seri Dr Ng Yen Yen di bawah Kementerian Perlancongan untuk memulakan, mengurus dan memantau fan page Tourim Malaysia ~ Cuti-cuti 1Malaysia Facebook beralamat http://www.facebook.com/CutiCuti1Malaysia."

Petisyen ini boleh dibaca di dalam dua versi; versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris. Kepada rakan-rakan yang mempunyai FB, sila klik LIKE pada fan page CURI dan petisyen berkenaan - digital signature anda.

BERSIH 2.0


Apa yang BERSIH 2.0 mahukan:

yang tak suka BERSIH tentulah tidak suka perkara di atas. yang tak suka perkara di atas tentulah mengamalkannya, sebab tu tak suka kan?

Sunday, June 19, 2011

curi-curi (wang) Malaysia



CURI: Cuti, why you cost RM1.8M?
CUTI: Because i need software licensing, dedicated hardware deployment, application server engine, collection and management of database.
CURI: What is these all about?
CUTI: Don't ask me, i'm not the expert.
CURI: If you know nothing about these, how can you boss signed the RM 1.8M contact?
CUTI: Because she love CURI more than CUTI mah ...


source: curi (sila LIKE di FB anda)

bahagia

kebahagian
adalah untuk mereka yang pernah
menangis, terluka, kecewa, menderita
mencari dan mencuba
untuk mencipta bahagia

kebahagiaan
bukan terletak pada raut wajah
mewahnya harta, megahnya kedudukan
tetapi pada hati
yang merasa ketenangan

Saturday, June 18, 2011

kereta tenggelam ikut GPS

GAMBAR menunjukkan kenderaan utiliti sukan ditarik keluar dari dalam tasik.


WASHINGTON - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.

Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.

Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.

Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.

Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.

Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. - Agensi


Sumber: Kosmo Online

Friday, June 17, 2011

ketika..

Ketika harapan ingin berbunga
Ketika ada sinar yang ingin menjengah
Ketika jendela ingin terbuka

Ketika itu racun dibaja
Ketika itu kabus menghalang
Ketika itu ada angin membuat ia terkatup.. sendiri

..............................
......................

HEP.
Kalau ada yang masih ingat Halal Executive Program..
Saya tak dapat sertai, permohonan saya tertolak.

Hampir dua minggu, ada kawan (lelaki) yang join benda ni msg saya.
Dia meminta saya untuk cuba apply HEP lagi sekali.
Dia beri saya contact person. Bukan dari USIM, tapi HDC
sebab HDC yang handle.

Kontek punya kontek..
Pihak HDC cakap diorang tak terima.
(seperti yang diduga)

Sebenarnya tak sedih sangat ditolak sebab sebelum ni pun kan diorang tolak. Tapi rasa sedih sebab kawan2 (perempuan) takde pun nak tanya khabar ke, ape ke, suruh mintak rayuan nak masuk ke..

Walhal kite yang tolong registerkan nama diorang untuk join benda ni.

Tiba-tiba ter-EMO.

Thursday, June 16, 2011

cake's day

may life be colourful day and night with love, happiness and success, and God choicest blessing be always here.. Happy belated Birthday to me.


Date: 16 Jun 2011
Venue: Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah





Wednesday, June 15, 2011

apabila kejahilan dinyatakan


Makin terserlah kebodohan!


Boleh pulak main2 dengan hukum Tuhan
.

14th June



Terima kasih kepada yang mengingati tarikh ini (sengaja tidak dipamerkan di FB);

1- Hartini Mohamad
2- Nik Nuratikah Raja Ibrahim
3- Mohd Farhan Afnan Ab Talib
4- Faradila Mohd Daud
5- Nik Noor Syafawati Mohamed Nasir
6- Nur Zihan Syahriah Ahmad (my sister)
7- Zulaiha Rahmat
8- Hafizah Jamaluddin

Graduan Aspire 2011


Kepada semua graduan yang berminat, boleh ke KLCC pada 16&17 Julai ini. Untuk keterangan lanjut, klik pada gambar.

Nota:
Hebahan dari Timbalan Dekan FSU, merangkap supervisor tesis saya dulu.

Monday, June 13, 2011

cepat solat vs solat cepat

"Farah, bukan kata nak keluar lepas asar ke?"

"Aah yelah"

"Sekarang kan dah asar, solat belum?"

"Belum.. hehe.. kejap la"

"Ah takde, takde. cepat solat!"

"Mane boleh solat cepat-cepat"

"Orang suruh cepat solat, bukan solat cepat!"

"Ye, iye. Amboi garangnya mak"

"Yelah, mak tiri memanglah garang. haha"


Dan sayalah 'mak tiri' yang 'garang' tu. hehe..