PKR mendedahkan satu lagi isu berkaitan dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) — kali ini mendakwa sebuah unit kondominium mewah bernilai RM10 juta pula dibeli di Singapura tahun lalu.
Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi Rafizi Ismail dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, PKR berkata pihaknya boleh mengesahkan ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah di 7 Anthony Road, Orchard Scotts, Singapore oleh keluarga Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.
Kata mereka, kondominium itu dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.
JOM TENGOK GAMBAR KONDO-LEMBU DI SINGAPURA!
NI PULAK BUKTI PEMBELIAN KONDO, NAMA SUAMI DAN DUA ANAK SHAHRIZAT
Kelakar dowh. Ingat kos meningkat sebab makin canggih airport yang ingin dibina (sedang dibina). Rupanya antara punca kos meningkat adalah kerana tapak KLIA2 tu adalah "tanah lembut". Maka perlukan kos untuk "mengeraskan" tanah yang lembut tu.
Yang gatal pindahkan tapak KLIA2 tu apesal?
Eh betol jugak. Kalau tak pindah mana mau "korek" diut, kan?