© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, July 19, 2013

mungkin kau bukan takdirku - part II

"Pasal yang awak cakap hari tu... Saya.." Dia memulakan topik baru. Aku mula khuatir hal yang akan dibicarakan adalah tentang perasaan. Cepat-cepat aku menutup telinga. Dan dia terus menyambung butir bicaranya.

"Saya belum bersedia," katanya.

Aku tidak memandangnya. Tangan masih ditelinga.

"Tak dengar?" dia bertanya.

"Tak nak dengar. Jangan cakap. Saya dah cakap jangan cakap".

"Awak nangis?"

"Tak" aku memekupkan kedua tangan ke wajah.

"Nangis?"

"Tak. Saya tahu, sebab tu tak nak awak cakap. Saya tak nak dengar".

"Ok, tak payah cakap apa-apa", dia mendiamkan diri. Aku menoleh ke kanan, melihat dia yang sedang memandu kereta. Sepi menguasai. Aku kaget. Rasa lain pula.

"Hurm.. Malu?" dia memandangku. Aku senyap.

"Sebagai gentleman lah kan, saya tak suka perempuan sedih-sedih sebab saya," dia menambah. Aku hanya memandang kawasan yang kami lalui tanpa menjawab soalannya.

"Awak ni dah la banyak berahsia," selepas seketika dia berbicara lagi.

"Mana ada rahsia? Apa yang saya rahsia?"

"Adik-beradik awak pun saya tak tahu"

"Dah awak tak tanya, buat apa saya nak beritahu"

"Sebab saya belum bersedia"

"So tak perlulah saya beritahu", balasku, giliran dia pula yang mendiamkan diri.

Sunday, July 07, 2013

#070713

Saya mimpi awak lagi.

Tapi kali ni saya mimpi awak kesedihan.

Awak menangis.

Saya ingin tahu kenapa.

Awak senyum tanpa berkata-kata.

Entah. Last time saya mimpi awak sebab saya sedih. Dan dalam mimpi tu memang saya sedih.

Tapi tadi... Saya.. Mungkin sedikit sedih? Tapi dalam mimpi tu awak yang menangis.

Saya tahu awak terasa dan saya pun ada terasa. Maaf. Tapi ini persamaan kita, berterus-terang.

Saya harap ini cuma dalam mimpi saya.

Walaupun mimpi saya adalah realiti saya, tapi saya tak harap mimpi saya adalah realiti awak. Awak pernah cakap yang awak tak nak saya menangis atau bersedih kerana awak, dan macam tu lah juga saya.. Saya tak mahu awak bersedih kerana saya.



*********

Ingin ku mengusap tangismu dan membelai rambutmu, namun tangan tidak sampai.

Sebenarnya bukan tidak sampai. Namun dibatasi hukum syara'.